BAB 12

Romance Completed 26464

" Ya Allah Wafa. Baru sehari dah jadi macam ni. Kepala berbalut, tapak kaki luka. Kau ni jadi pengasuh ke jadi mangsa penderaan? " nyaring kedengaran suara Lisa menyoal.

Dia terkejut apabila melihat keadaan Wafa yang baru saja pulang. Dafi yang menghantarnya pulang ke rumah tadi.

Wafa tergelak kecil mendengar kata-kata Lisa.

" Tak ada apalah Lisa. Aku okay jer. Sikit jer ni. Tak ada apa sangat lah " .

" Macam ni kau cakap tak ada apa-apa? Kalau lah Mak Timah tahu jadi macam ni dekat anak dia, mahunya dia mengamuk " .

" Alah Lisa janganlah beritahu mak aku. Aku okaylah. Lagipun Affan tu bukannya sengaja " .

" Mak kau tak tahu kan yang kau jadi pengasuh? " .

Wafa menggeleng perlahan.

" Aku cuma cakap dengan mak aku, aku dah dapat kerja. Aku merayu sangat dengan kau, tolonglah jangan beritahu mak aku " rayu Wafa.

" Tapi kenapa? " .

" Kalau dia tahu aku kerja sebagai pengasuh jer, sah-sah dia tak bagi aku kerja. Janji ea Lisa yang kau takkan beritahu mak aku? " .

" Yelah-yelah " Lisa terpaksa akur.

" Yeah. Sayang kau " Wafa tersenyum lebar.

Wafa merebahkan badannya di atas katil. Seharian menjadi seorang pengasuh membuatkan dia menjadi letih. Sangkanya menjadi pengasuh itu kerja yang mudah. Tapi tidak semudah yang disangka rupanya. Lagi-lagi apabila menjadi pengasuh kepada Affan.

Perbualan dia dan Mak Minah petang tadi bermain di fikirannya. Kini barulah dia tahu kenapa Affan jadi begitu dan Wafa sudah bertekad untuk mengubah Affan. Dia yakin Affan jadi begitu kerana dia kurang kasih sayang seorang ibu dan perhatian. Lagi-lagi apabila Dafi seorang businessman yang sangat sibuk dan jarang sekali meluangkan masa bersama dengannya. Itu yang menyebabkan Affan menjadi seorang yang sangat nakal.

" Makcik, boleh Wafa tahu mana mama Affan? " soal Wafa.

Dia jadi tertanya-tanya di mana isteri Dafi.

" Dafi dah berpisah dengan isteri dia. Dah hampir enam tahun dah " .

Wafa terkedu seketika. Oh jadi Dafi tu duda rupanya.

" Tapi kenapa hak penjagaan Affan, encik Dafi yang dapat? Bukan isteri dia " .

" Bekas isteri dia yang tak nak Affan. Dia suruh Dafi jaga Affan. Sebab tu lah Affan jadi macam tu. Dia kurang kasih sayang " .

Wafa mengangguk faham.

" Makcik harap Wafa dapat bertahan. Kena dengan caranya, makcik yakin Affan tu berubah. Dia tu anak yang baik. Makcik kesian dengan dia " .

" Insya Allah makcik. Wafa akan cuba" .

Wafa sudah bertekad untuk membantu Affan. Betul apa yang Mak Minah katakan, kena dengan caranya pasti Affan akan berubah. Lagipun Affan masih kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience