BAB 20

Romance Completed 26464

" Tak boleh macam tu encik. Jangan disebabkan masa silam encik, encik hukum diri encik. Encik langsung tak bagi peluang pada diri encik untuk rasakan kebahagiaan itu. Encik pun kena fikirkan Affan. Dia mesti impikan keluarga yang bahagia. Ada papa, ada mama. Macam kawan-kawan dia yang lain. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Kasih sayang seorang ayah tak cukup untuk dia " nasihat Wafa panjang lebar.

Dafi tersenyum nipis.

" Awak cakap macam awak berpengalaman " .

" Saya tahu encik saya langsung tak ada pengalaman. Bercinta pun tak pernah. Saya pun masih muda. Tapi saya cakap benda yang betul. Encik patut beri peluang untuk diri encik bahagia " .

" Entahlah Wafa. Pintu hati saya dah tertutup rapat. Belum terbuka untuk sesiapa lagi. Biarlah waktu yang menentukan semuanya " .

Wafa mengangguk perlahan.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Kak Sofea? " Wafa terkejut dengan kehadiran Sofea di rumahnya.

Sofea tersenyum manis pada Wafa.

" Boleh kita cakap sekejap? " .

Wafa mengangguk perlahan.

" Boleh. Jemputlah masuk " pelawa Wafa.

Sofea melangkah masuk ke dalam rumah Wafa.

" Duduklah kak " .

Sofea melabuhkan punggungnya di sofa.

" Sekejap ya saya buatkan air " Wafa melangkah ke dapur.

Beberapa minit kemudian dia kembali semula dengan membawa segelas jus oren.

" Ada apa akak datang jumpa saya? " soal Wafa.

" Sebenarnya ada benda yang akak nak bincang. Akak dah buat keputusan untuk rujuk semula dengan Dafi " .

Entah kenapa Wafa tiba-tiba rasa sedih apabila Sofea memberitahunya berita itu. Bukankah sepatutnya dia gembira?

" Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu " .

" Cuma akak ada satu permintaan " .

" Apa dia kak? " .

" Akak nak Wafa berhenti jadi pengasuh Affan. Akak nak jaga Affan sendiri. Akak nak tebus segala kesilapan akak selama ni. Boleh? " .

Wafa terdiam. Berhenti jadi pengasuh Affan? Memanglah pada awalnya dia tidak mahu jadi pengasuh Affan. Tapi apabila semakin lama bersama dengan Affan, dia jadi sayang untuk meninggalkan kerjanya. Dia sudah mula sayangkan Affan seperti anaknya sendiri.

" Kalau Wafa masih jadi pengasuh Affan, susah untuk akak tebus kesalahan akak pada Affan. Dia mesti tak nak dekat dengan akak. Tolong ya Wafa? Akak merayu sangat. Wafa perempuan kan. Bila Wafa dah ada anak nanti, Wafa akan faham apa yang akak rasa. Akak nak tebus semua kesilapan akak selama ni pada Affan. Akak nak jadi ibu yang baik untuk Affan. Akak akan curahkan sepenuhnya kasih sayang untuk Affan" bersungguh-sungguh Sofea meyakinkan Wafa.

Wafa terdiam. Dia keliru. Patut ke dia tinggalkan Affan? Tapi Sofea lebih berhak. Dia ibu kandung Affan. Sedangkan dia bukan siapa-siapa. Dia cuma pengasuh Affan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience