BAB 13

Romance Completed 26464

Hari ini Wafa menjalankan kerjanya seperti biasa. Sedar tidak sedar sudah hampir seminggu dia menjadi pengasuh kepada Affan. Selepas mengambil Affan daripada tadika, Wafa menghidangkan makanan untuk Affan. Seterusnya Affan akan menyiaokan kerja rumahnya.

Wafa melangkah ingin turun ke tingkat bawah selepas memastikan Affan menyiapkan kerja rumahnya. Namun baru beberapa langkah, Wafa sudah terduduk jatuh. Dia tidak perasan di tangga terdapat minyak dan kerana minyak itu dia terjatuh.

" Aduhh! " Wafa memegang kakinya yang sakit itu.

" Hahahahaha. Kesiannya kak Wafa " Affan yang terdengar jeritan Wafa itu terus keluar berlari keluar daripada bilik. Terbahak-bahak dia ketawa melihat Wafa tersungkur jatuh di tangga.

Memang dia yang sengaja menuang minyak di tangga supaya Wafa terjatuh. Dahi Wafa sudah berkerut menahan sakit. Air matanya bergenang. Kakinya benar-benar sakit ketika ini.

" Kenapa Affan buat macam ni dekat kak Wafa? Apa salah kak Wafa? " lembut Wafa menyoal.

Mati terus gelak tawa Affan apabila melihat air mata Wafa sudah mengalir di pipi. Rasa bersalah mula menerpa dirinya.

" Affan..err..Affan.. " Affan kehilangan kata-kata.

Mak Minah terkocoh-kocoh datang ke arah Wafa. Dia tergamam melihat keadaan Wafa.

" Ya Allah Wafa! Sekejap-sekejap, makcik call Dafi " kelam-kabut Mak Minah mencari telefon bimbit untuk menghubungi Dafi.

Namun baru saja hendak menghubungi Dafi, bunyi enjin kereta Dafi kedengaran. Mak Minah segera berlari ke muka pintu. Wajah Affan sudah pucat ketakutan. Lagi-lagi apabila melihat Wafa yang sudah mengalirkan air mata.

" Dafi! Wafa Dafi! Wafa jatuh tangga!" kata Mak Minah sebaim Dafi melangkah masuk ke dalam rumah.

" Haa jatuh tangga? Macam mana boleh terjatuh? " Dafi segera mengikut langkah Mak Minah.

Dia tergamam buat seketika melihat keadaan Wafa.

" Macam mana boleh jatuh ni? Awak boleh bangun tak? " soal Dafi.

Wafa menggeleng perlahan. Kakinya benar-benar sakit ketika ini. Nak gerak sikit pun sakit apatah lagi nak berjalan.

" Saya dukung awak " .

Membulat mata Wafa. Ha encik Dafi nak dukung aku? Biar betul.

" Takpa encik. Saya cuba bangun " Wafa cuba untuk bangun. Tapi dia terduduk semula.

" Jangan degil Wafa. Saya bukannya nak ambil kesempatan dekat awak. Saya cuma nak bantu awak " tanpa menunggu lama, Dafi terus mencempung tubuh Wafa.

Mahu atau tidak Wafa terpaksa akur. Dia sudah tiada pilihan lain lagi. Merah wajahnya kerana malu. Tak pasal-pasal Dafi kena dukung dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience