BAB 6

Romance Completed 26464

" Cik Wafa, sila masuk " panggil Ila.

Wafa bangun daripada sofa dan terus mengikut langkah Ila.

" Cik Wafa masuk jer. Bos dah ada dekat dalam. Saya pergi dulu " baru setapak Ila melangkah, Wafa menahan.

" Awak, bos awak tu garang tak? " soal Wafa.

Ila tersenyum nipis.

" No komen. Good luck " bahu Wafa ditepuk perlahan dan berlalu pergi.

" Haa no komen? Aduhh seram lah pulak " Wafa mula gusar.

Jantungnya berdegup laju. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik pemilik syarikat ini. Di pintu tertulis nama Encik Dafi Ahmad, CEO Global Corporation.

" Assalamualaikum " langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik.

" Lain kali kalau nak masuk, boleh ketuk pintu dulu tak? Buatnya saya tengah tak pakai baju ke, apa ke " .

Wafa menelan air liur. Belum apa-apa lagi dah kena marah. Aduh Wafa. Yang mamat ni nak emosi jer kenapa? Period ke? Takkanlah dia nak bukak baju dalam office.

" Maaf encik " ucap Wafa perlahan.

" Yang awak berdiri tercegat macam patung cendana kat situ kenapa? Duduk lah " .

Wafa mengetap giginya geram. Ek eleh, kejap lagi kalau aku terus duduk jer kau cakap aku tak beradap pulak. Besar kecik, besar kecik jer aku tengok mamat ni. Nasib baiklah aku terdesak nak cari kerja. Kalau tak, tak hingin pun lah aku datang sini.

Wafa menarik kerusi di hadapan lelaki itu. Resume miliknya diletakkan di atas meja lelaki itu.

" Encik, encik tak jawab lagi salam saya tadi. Berdosa tau kalau tak jawab salam " .

Dafi merenung tajam wajah Wafa. Wafa cepat-cepat tunduk. Tidak berani membalas renungan tajam lelaki itu. Wafa, Wafa. Kenapalah mulut kau ni gatal sangat nak cakap macam tu.

" Saya dah jawab dalam hati " jawab Dafi.

Dia menyelak satu persatu resume milik Wafa.

" Nur Wafa Irdina Binti Khalid " Dafi menyebut nama penuhnya.

" Encik boleh panggil saya Wafa jer " .

" Suka hati saya lah nak panggil awak apa pun. Jangan ajar saya " .

" Tapi tu nama saya.. " .

" Jangan nak melawan boleh tak? Macam ni ke awak bercakap dengan bakal majikan awak? " .

Wafa tunduk.

" Kenapa awak nak kerja dekat sini? " soal Dafi.

" Sebab saya dah cuba banyak syarikat. Tapi tak ada satu pun yang nak terima saya. Sebab diorang nak pekerja yang berpengalaman " jelas Wafa.

" Kalau saya cakap saya pun nak pekerja yang berpengalaman. Macam mana? " Dafi sengaja menguji.

Wajah Wafa sudah berubah. Macam tak ada harapan jer nak kerja dekat sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience