BAB 19

Romance Completed 26464

Pagi-pagi lagi Dafi sudah terpacak di hadapan rumah Wafa. Hari ini hari minggu. Dia ingin mengajak gadis itu sertai dia dan Affan berjogging di taman.

" Assalamualaikum " laung Dafi.

Beberapa minit selepas itu pintu terbuka. Muncul Wafa yang masih lagi berpakaian tidur. Rambutnya ditutup dengan tuala mandi saja.

" Waalaikumusalam. Encik Dafi? Ada apa encik datang? Hari ni kan hari ahad " soal Wafa pelik.

" Awak tak mandi lagi? Hei dah pukul 7.00 pagi dah ni. Saya tahu lah hari ni hari ahad. Saya nak ajak awak jogging hari ni " .

" Jogging? Taknaklah " tolak Wafa.

Apa mimpi dia ajak aku jogging pagi-pagi ni? Daripada jogging, lebih baik aku habiskan masa dengan tidur. Bukan selalu boleh bangun lewat.

" Ada ke saya bagi awak pilihan nak atau tak nak? Cepat pergi siap. Affan dah tunggu dalam kereta tu " arah Dafi.

" Tapi encik..." .

" Tak ada tapi-tapi. Cepat siap. Saya bagi masa 10 minit jer. Ke awak nak saya heret awak baru awak nak ikut pergi jogging? " .

Wafa pantas menggeleng.

" Yelah saya ikut encik " .

Dia mengeluh berat. Majikannya itu tidak sudah-sudah memaksanya. Ingatkan hari cuti dapatlah berehat. Rupanya diajak berjogging pulak. Nasib kau lah Wafa.

Dafi dan Wafa duduk berehat di bangku yang disediakan di taman itu setelah penat berjogging. Manakala Affan bermain di taman permainan.

" Penat? " soal Dafi.

Wafa mengangguk perlahan.

" Saya dah lama tak jogging " .

" Patutlah lemak awak tu banyak sangat berkumpul " .

Mencerlung mata Wafa memandang Dafi.

" Encik nak cakap saya gemuk ke? " .

Dafi ketawa kecil. Inilah kali pertama Wafa melihat dia ketawa. Selalunya muka ketat macam skru jer.

" Awak rasa ? " .

" Yelah saya tahu lah saya ni gemuk. Saya sedar diri " Wafa memeluk tubuhnya.

" Eleh baru cakap sikit dah nak merajuk. Jogging ni bukan semata-mata nak kurus jer. Tapi untuk kesihatan kita " .

" Encik, kalau saya nak tanya encik satu soalan boleh tak? " soal Wafa.

" Apa dia? " .

" Kenapa encik taknak kahwin lagi ea? Encik takut ya untuk jatuh cinta lagi?" entah mana datangnya keberanian untuk dia menanyakan soalan itu, dia sendiri tidak pasti.

Dafi menghela nafas panjang.

" Saya bukan takut untuk bercinta lagi. Cuma saya tak nak perkara yang sama berulang lagi. Saya tak nak perkahwinan saya gagal lagi. Jadi lebih baik saya tumpukan pada Affan jer. Affan pun dah cukup buat saya bahagia " jelas Dafi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience