BAB 10

Romance Completed 26464

Wafa terpegun melihat rumah banglo mewah tiga tingkat milik Dafi. Kaya betul mamat ni, patutlah senang-senang jer dia nak bagi 6 ribu dekat aku. Gumamnya dalam hati.

" Wafa, jom masuk " pelawa Pak Samad.

Wafa mengangguk. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah itu. Seorang wanita berusia lingkungan 50-an menyambutnya di muka pintu.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Wafa kan? " soal wanita itu.

" Iya saya " dia bersalaman dengan wanita itu.

" Wafa, ni isteri pakcik. Nama dia Aminah. Panggil makcik jer " kata Pak Samad.

" Ohh. Makcik kerja dekat sini jugak ke? " soal Wafa ramah.

" Ha'ah. Makcik pembantu rumah ni ".

" Pembantu rumah? Tapi kenapa encik Dafi masih nak cari pengasuh lagi? Makcik kan ada. Boleh jagakan Affan " soal Wafa hairan.

" Makcik kamu ni dah tua Wafa. Manalah larat nak jaga Affan tu. Kamu yang muda ni pun belum tentu larat nak jaga Affan tu " .

Wafa mula kecut perut mendengar kata-kata Pak Samad. Habislah dia nanti kena buli cukup-cukup dengan Affan. Dia baru teringat. Patutlah Dafi beriya-iya menyuruh dia membuat perjanjian tak akan minta berhenti dalam masa sebulan. Seba itu rupanya. Nasib kau lah Wafa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berjanji, tanggunglah sendiri.

Wafa melangkah ke bilik Affan. Selepas Affan makan tadi, dia naik ke bilik untuk mandi. Baru sahaja dia membuka pintu bilik Affan, ada benda melayang keluar daripada bilik. Mujur Wafa sempat mengelak. Kalau tidak mahu benjol kepalanya terkena patung ultraman yang dibaling oleh Affan tadi.

Affan ketawa terbahak-bahak. Mata Wafa sudah mencerlung memandangnya. Eh eh budak kecik ni, dah baling orang dengan mainan dia boleh pulak ketawa. Aku telan hidup-hidup nanti baru tahu.

" Affan, kenapa baling mainan tu dekat kak Wafa? Kalau kena kepala kak Wafa tadi macam mana? Affan ingat kepala kak Wafa ni tak bayar zakat ke? " bebel Wafa.

" Suka hati Affan lah. Siapa suruh kak Wafa masuk bilik Affan " .

Wafa mengetap giginya menahan geram.

" Akak masuk sebab nak tengok Affan. Jom buat homework " .

" Tak nak! Affan nak main " Affan memeluk tubuhnya tanda protes.

" Mana boleh. Affan kena siapkan homework dulu. Lepas tu nak main ke apa ke, buatlah. Kak Wafa tak kisah " .

" Kalau macam tu, kak Wafa buatkan homework Affan. Affan nak main " .

Wafa membulatkan matanya. Ewah sedapnya dia mengarahkan aku. Patutlah pengasuh dia banyak yang tak tahan lepas tu berhenti kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience