BAB 11

Romance Completed 26464

" Affan cepatlah buat homework. Nanti papa balik, kak Wafa jugak yang kena marah " gesa Wafa.

Tadi awal-awal lagi Dafi sudah menghantar mesej mengingatkannya supaya pastikan Affan menyiapkan kerja rumahnya terlebih dahulu.

" Tak nak. Kalau kak Wafa nak, kak Wafa buatlah sendiri " Affan menjelirkan lidahnya pada Wafa.

" Ya Allah budak ni, menguji kesabaran aku betul. Affan cepatlah " Wafa ingin melangkah ke arah Affan. Namun baru setapak melangkah, kakinya terpijak alat mainan milik Affan.

" Aduhh sakitnya " berkerut dahi Wafa.

Affan sudah terbahak-bahak ketawa.

" Affan kenapa sepahkan mainan ni? Tengok, kaki kak Wafa dah terpijak mainan Affan " Wafa melabuhkan punggungnya pada kerusi kecil.

Dia melihat tapak kakinya. Ada sedikit luka. Mujurlah tidak terlalu teruk.

" Siapa suruh kak Wafa jalan tak tengok depan? " soal Affan bersahaja.

Mencerlung mata Wafa mendengar soalan bersahaja itu. Wafa, Wafa. Boleh naik darah tinggi kau kalau hari-hari macam ni.

" Kak Wafa " .

Wafa mengangkat wajah memandang Affan.

" Arghh Affan! " .

Sebuah alat mainan melayang ke dahinya. Affan dengan selamba membaling alat mainan itu ke arah Wafa sehingga dahinya terluka.

Wafa memegang dahinya. Darah merah mengalir di dahinya.

" Ya Allah Affan buat apa ni? " nyaring suara Mak Minah menyoal di muka pintu.

Wajah Affan sudah pucat kerana ketakutan. Lagi-lagi apabila melihat darah merah yang mengalir pada dahi Wafa.

" Wafa okay tak ni? " soal Mak Minah.

Wafa mengangguk perlahan. Terasa pening sedikit kepalanya. Alat mainan yang dibaling oleh Affan bukan alat mainan biasa-biasa.

" Wafa saya minta maaf bagi pihak Affan. Saya tak sangka Affan akan buat macam ni " ucap Dafi.

Dia terkejut apabila Mak Minah menghubunginya dan mengatakan Affan membaling alat mainan pada Wafa sehingga Wafa cedera.

" Tak apa encik. Saya okay jer. Biasalah budak-budak kan " jawab Wafa.

Walaupun dalam hati geram. Terpaksalah Wafa bersabar. Dia yakin Affan jadi begitu ada sebab. Itu kerana dia mahukan perhatian.

" Macam mana dengan dahi awak tu? Sakit lagi? Kalau sakit, saya boleh bawak awak pergi klinik " soal Dafi prihatin. Dia memandang ke arah dahi Wafa yang berbalut itu.

Wafa menggeleng.

" Takpa. Dah okay dah ni. Mak Minah dah sapukan ubat tadi " .

" Wafa, awak tak menyesal kan jadi pengasuh Affan? Awak takkan berhenti kan? " soal Dafi tiba-tiba.

Wafa jadi kesian melihat wajah redup Dafi.

" Tak. Saya takkan berhenti. Saya janji yang saya akan cuba untuk bertahan".

" Thanks Wafa " Dafi tersenyum nipis. Lega hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience