BAB 18

Romance Completed 26464

" Affan " panggil Dafi.

Affan dan Wafa sama-sama menoleh ke arah Dafi. Dan dibelakang Wafi ada seorang wanita.

" Affan sayang " Sofea terus bertindak memeluk Affan.

Affan meronta-ronta minta dilepaskan.

" Papa siapa ni? " soal Affan.

Air mata Sofea bergenang. Dia tahu ini semua salahnya. Sehingga Affan sendiri tidak kenalnya. Silap dia kerana meninggalkan Affan dulu.

" Affan, ni mama kandung Affan " .

Wafa hanya menjadi pemerhati. Mama kandung Affan rupanya. Cantik bekas isteri encik Dafi ni. Tapi kenapa ek diorang bercerai? Soal Wafa sendiri di dalam hati.

" Affan tak ada mama! " Affan terus bangun dan berlari meninggalkan meja makan.

Dafi pantas mengejar.

" Affan! " .

Wafa terpinga-pinga di situ.

" Who are you? " soal Sofea pada Wafa.

Dia memandang Wafa daripada atas hingga bawah. Terbit rasa cemburu di hatinya seandainya gadis di hadapan ini adalah kekasih Dafi.

" Saya pengasuh Affan. Nama saya Wafa " Wafa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Sofea.

" Oh pengasuh. I Sofea. Bekas isteri Dafi " lega sedikit hati Sofea apabila tahu gadis di hadapannya ini cuma pengasuh Affan bukannya kekasih Dafi seperti yang difikirkan tadi.

" Jemputlah duduk kak Sofea " pelawa Wafa.

Sofea mengangguk perlahan.

" Apa? Bekas wife encik Dafi datang balik tadi? " soal Lisa.

" Ha'ah. Kesian pulak aku tengok dia bila Affan langsung tak kenal dia siap lari pulak tu bila nampak dia " cerita Wafa.

" Padan lah muka dia. Siapa suruh tinggalkan Affan tu. Kalau dia tak tinggalkan Affan, tak adanya jadi macam ni " .

" Ish tak baiklah Lisa cakap macam tu. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Kita tak tahu kan. Sebab kita takda dekat tempat dia " .

" Kau rasa dia datang semula dalam hidup encik Dafi kenapa? Entah-entah dia nak rujuk kot " .

Wafa mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Tapi kan Wafa, kalau betul lah dia datang sebab nak rujuk semula dengan encik Dafi tu, kau tak kisah ke? " soal Lisa.

" Buat apa aku nak kisah. Lagi bagus rasanya. Aku kesian dengan Affan tu. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kalau encik Dafi rujuk semula dengan bekas isteri dia tu, lepas ni Affan mesti dapat kasih sayang seorang ibu " .

" Betul jugak kan " Lisa mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience