BAB 2

Romance Completed 26464

Telefon bimbit milik Dafi berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tanpa menunggu lama dia terus menjawab apabila melihat nombor telefon pengasuh anaknya yang telefon.

" Hello kak Lia. Ada apa? " .

" Hello encik Dafi. Kak Lia nak beritahu yang kak Lia nak berhenti kerja " .

Dafi termangu seketika. Berhenti kerja? Baru saja empat hari kak Lia bekerja dengannya. Takkanlah dah nak berhenti kerja kot?

" Tapi kak, belum sampai seminggu lagi akak jadi pengasuh Affan. Takkanlah nak berhenti dah? " soal Dafi.

" Maaflah encik Dafi. Akak ni dah tak tahan. Lasak sangat si Affan ni. Tadi dia baling semua mainan dia dalam kolam. Lepas tu suruh akak berenang, kutip satu persatu mainan dia tu. Tak sanggup lah akak " cerita Kak Lia.

Dafi mengucap panjang. Ya Allah, bertuah punya anak. Ada ke dia buat macam tu dekat pengasuh dia?

" Maaf ya kak. Tapi boleh tak akak bertahan dalam masa seminggu ni? Manalah tahu nanti Affan dah okay dengan akak " Dafi cuba memujuk.

" Maaf encik Dafi. Akak memang tak boleh tahan lagi. Encik Dafi cari pengasuh yang baru ya? " .

" Takpalah kak kalau macam tu. Saya minta maaf ya bagi pihak anak saya. Pasal gaji, saya tetap akan bayar akak. Tapi tolong jangan balik dulu. Tunggu saya balik, baru akak balik ya. Nanti tak ada siapa pulak nak tengokkan Affan " .

" Iyalah encik Dafi " .

Panggilan ditamatkan. Dafi mengeluh berat. Mana lagi dia nak cari pengasuh untuk anaknya? Masuk ni dah berbelas-belas pengasuh yang dicari tapi semuanya ingin berhenti kerja kerana tidak tahan dengan sikap Affan yang nakal itu. Dafi sendiri buntu. Sudah tidak tahu macam mana lagi nak buat.

Affan terlalu nakal. Dia hanya akan mendengar kata-kata Dafi saja. Tapi nak buat macam mana, Dafi sibuk menguruskan syarikat. Jadi waktu dia dan Affan sangat terhad.

Pintu bilik Dafi dikuak perlahan daripada luar. Terjengul wajah sahabatnya, Azri.

" Ni kenapa muka macam tempe basi jer? " tegur Azri.

Dia menarik kerusi di hadapan Dafi kemudian dia melabuhkan punggungnya di situ.

" Macam biasa lah " jawab Dafi.

" Pengasuh kau lari lagi? " soal Azri.

Dafi mengangguk perlahan. Azri tergelak kecil.

" Kenapa pulak kau gelak? " .

" Takdalah. Dah berbelas-belas pengasuh kau berhenti sebab Affan. Kau tak rasa ke Affan buat macam tu disebabkan dia nak perhatian kau? " .

Dafi diam seketika. Jika fikirkan balik. Ada betulnya kata Azri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience