BAB 5

Romance Completed 26464

Pagi itu Wafa bersiap-siap untuk mencari kerja lagi. Dia sudah menanamkan semangat di dalam dirinya agar tidak mudah mengalah. Walau apa pun cara, dia mesti dapatkan kerja. Baju kurung cotton bercorak bunga kecil menjadi pilihannya. Dipadankan dengan tudung bawal berwarna pink lembut. Sedikit solekan ditambah pada wajahnya supaya tidak kelihatan terlalu pucat.

Setelah puas dengan penampilannya, Wafa terus keluar daripada rumah. Memandangkan dia tiada kenderaan dan tidak mahu menyusahkan Lisa, Wafa menaiki teksi sahaja.

Dafi meraup wajahnya. Dia sudah buntu untuk mencari pengasuh buat Affan. Buat sementara, Affan tinggal bersama dengan keluarganya. Pening kepalanya memikirkan.

" Mana pulak aku nak cari pengasuh baru ni? " soalnya sendiri.

Pintu bilik Dafi dikuak dari luar.

" Kau panggil aku ke? " soal Azri di muka pintu.

" Haa. Ri, kau kena tolong aku ni " .

" Tolong apa? " soal Azri.

" Carikan aku pengasuh yang baru untuk Affan " .

" Tak jumpa lagi ke? " soal Azri.

" Kalau aku mintak tolong kau cari tu, maknanya tak jumpa lagi lah " .

Azri tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Haa iyalah. Nanti aku cuba carikan. Habis tu siapa yang jaga Affan ni? " .

" Family aku yang jaga buat sementara waktu " .

Azri mengangguk faham.

Wafa melangkah longlai keluar daripada AZ Holdings. Masuk ni, dah sepuluh syarikat yang dia pergi untuk hari ni. Tapi macam biasa, satu pun tak dapat. Apalah nasib.

Tiba-tiba matanya terpandangkan iklan jawatan kosong sebagai setiausaha di syarikat Global Corporation. Dia tersenyum kecil.

" Apa kata aku cuba, Ya Allah harap-harap lah kali ni berjaya " Wafa terus menahan teksi dan pergi ke syarikat itu.

Wafa berdiri di hadapan bangunan lapan tingkat milik Global Corporation. Dia kagum buat seketika. Kata pemandu teksi itu tadi syarikat Global Corporation bukan syarikat biasa-biasa. Global Corporation adalah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia.

" Ni kalau aku dapat kerja dekat sini, mesti mak bangga dengan aku. Bismillahirahmanirrahim " langkah kaki diatur masuk ke dalam bangunan lapan tingkat itu.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Ya cik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? " soal Ila yang bertugas di kaunter utama.

" Saya ada ternampak iklan jawatan kosong syarikat ni. Jadi saya nak cuba" jawab Wafa.

" Oh. Boleh. Kalau macam tu cik tunggu sekejap ya. Saya beritahu bos" .

" Okay " Wafa mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience