BAB 14

Romance Completed 26464

" Kenapa Affan buat macam tu? Kenapa nakal sangat ni? Siapa yang ajar? Pernah ke papa ajar Affan buat macam tu? Pernah? " tegas kedengaran Dafi menyoal.

Affan hanya menunduk. Dia tidak berani mengangkat muka memandang papanya yang sedang naik angin itu.

" Jawab Affan. Papa tanya ni " .

" Affan..Affan tak sengaja.. ".

" Tak sengaja apanya Affan? Memang Affans sengaja tumpahkan minyak dekat tangga supaya kak Wafa jatuh kan? Ya Allah papa tak sangka Affan buat macam ni. Kalau jadi apa-apa macam mana? Affan tahu tak, berdosa aniaya orang? Kenapalah degil sangat ni " Dafi mengeluh perlahan.

Kali ini Affan sudah benar-benar melampau. Dafi risau jika apa-apa terjadi pada Wafa kerana perbuatan Affan.

" Affan minta maaf.. " air matanya mengalir perlahan.

" Maaf, maaf. Itu jer yang Affan tahu. Dah banyak kali Affan minta maaf. Tapi masih buat lagi. Papa tak percaya dah dengan Affan. Lepas ni kalau kak Wafa minta berhenti, papa takkan carikan lagi Affan pengasuh yang baru. Papa akan hantar Affan rumah anak-anak yatim. Duduklah kat sana" Dafi sengaja mengugut.

Mana mungkin dia akan hantar Affan ke rumah anak yatim. Nakal macam mana sekalipun Affan, dia sayangkan anaknya itu. Dia cuma mahu memberi pengajaran kepada Affan.

" Tak nak. Affan tak nak duduk rumah anak yatim papa. Affan nak tinggal dengan papa. Affan janji kali ni Affan takkan nakal lagi. Tolonglah papa.. " rayu Affan. Wajahnya basah dengan air mata.

Pintu bilik rawatan terbuka. Wafa keluar daripada bilik itu dengan menggunakan tongkat. Dafi terus bangun dan mendapatkan Wafa.

" Mari saya tolong " tawarnya.

" Eh takpa-takpa. Saya boleh jalan sendiri " tolak Wafa.

Dia tidak mahu menyusahkan Dafi lagi. Cukuplah tadi Dafi sudah mendukungnya. Wafa duduk di ruang menunggu sementara menanti untuk ambil ubat di kaunter.

" Affan " panggil Wafa lembut.

Affan masih lagi teresak-esak menangis.

" Affan kenapa menangis ni? Mari sini" Wafa memanggil Affan duduk di sebelahnya.

Affan hanya menurut.

" Hey, kenapa menangis ni? " .

" Papa nak hantar Affan rumah anak yatim. Dia cakap Affan nakal sebab tu dia nak hantar Affan kat sana. Affan tak nak " .

Wafa menahan tawa. Dia menjeling sekilas ke arah Dafi. Kuat menyakat jugak Encik Dafi ni ea.

" Taklah sayang. Papa Affan gurau jer tu. Papa takkan hantar Affan kat rumah anak yatim pun " pujuk Wafa. Dia menarik Affan ke dalam pelukannya. Kesian pulak dia tengok Affan yang teresak-esak menangis tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience