BAB 4

Romance Completed 26464

Wafa termenung jauh. Memikirkan nasibnya. Dia sendiri sudah buntu bagaimana lagi hendak mencari kerja. Nak kata dia tak usaha, semua syarikat dia sudah pergi.

" Ya Allah apa lagi aku nak buat ni? Kalau lah mak tahu, mesti dia kecewa" gumamnya sendiri.

Baru saja dia berangan-angan untuk membantu maknya di kampung. Dia satu-satunya anak yang Mak Timah ada. Ayah dia sudah meninggal 10 tahun lalu. Ketika dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti, Mak Timah lah orang yang paling gembira. Dia bersungguh-sungguh mengumpul duit hasil dia mengambil upah jahitan dan menjual nasi lemak.

Oleh kerana itu Wafa memang ingin membantu maknya di kampung. Wafa ingin membalas segala pergorbanan Mak Timah selama ini. Dia mahu hidup maknya lebih senang berbanding dahulu. Tapi apakan daya, Allah maha mengetahui segalanya.

Telefon bimbit Wafa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama 'Mak' di skrin telefonnya.

" Hello. Assalamualaikum mak " .

" Waalaikumsalam. Wafa tengah buat apa tu? " .

" Tak ada apa mak. Duduk-duduk jer. Mak sihat? " .

" Alhamdulillah mak sihat. Wafa macam mana? Dah dapat kerja? " .

Wafa sudah mengagak pasti Mak Timah akan tanyakan soalan itu.

" Belum mak " jawabnya.

Dia tahu pasti Mak Timah juga sedih.

" Takpalah. Mungkin belum rezeki Wafa. Cuba lagi nanti " lembut suara Mak Timah memujuk.

" Wafa dah buat keputusan, kalau esok Wafa tak dapat jugak kerja Wafa akan balik kampung " .

" Kenapa pulak? Jangan lah macam tu. Rezeki Allah tu luas. Percaya dan yakin pada Allah. Mak yakin Wafa mesti akan dapat jugak kerja tu nanti. Bersabar ya. Allah tengah uji Wafa. Banyakkan berdoa. Mak sentiasa doakan semoga Wafa dapat kerja " .

Wafa sebak mendengar kata-kata Mak Timah. Kalaulah Mak Timah ada di depannya ketika ini, sudah lama dia peluk tubuh itu.

" Terima kasih mak. Maafkan Wafa ya sebab belum sempat lagi nak bagi mak merasa duit hasil titik peluh Wafa " .

" Jangan cakap macam tu. Rezeki Allah tu ada di mana-mana. Cuma kita sebagai hamba Dia kenalah usaha sikit. Jangan cepat putus asa ya. Allah tengah uji Wafa sekarang ni " .

" Insya Allah mak. Esok Wafa akan cuba cari lagi " .

" Iyalah. Mak dekat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak. Jaga diri baik-baik ya. Yang penting jangan tinggal solat. Nanti nak telefon lagi. Assalamualaikum " .

" Mak pun sama jaga diri. Okay, waalaikumusalam " .

Panggilan ditamatkan. Wafa menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak boleh putus asa. Walau apa pun yang terjadi dia, dia kena jugak usaha untuk dapatkan kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience