BAB 9

Romance Completed 26464

Hari ini bermulanya hari Wafa sebagai seorang pengasuh. Tepat jam 11.30, driver Dafi sudah terpacak di hadapan rumah Wafa. Sebentar lagi mereka akan menjemput Affan di tadika. Wafa mengenakan sehelai blouse dan seluar palazzo berwarna cream.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumusalam. Pakcik ni driver encik Dafi ya? " soal Wafa.

" Iya saya. Cik Wafa kan? Encik Dafi ada pesan dekat pakcik untuk jemput cik Wafa " .

Wafa mengangguk.

" Jom " .

Wafa masuk ke dalam kereta mewah itu. Inilah pertama kali dalam hidupnya dia menaiki kereta mewah itu. Pada awalnya dia ingin duduk di hadapan. Tetapi Pak Samad menyuruh dia duduk di belakang saja. Wafa tidak mahu duduk di belakang nanti apa pula kata orang. Berlagak ma'am besar lah pulak. Tapi kalau Pak Samad yang tawarkan sendiri, dia ikut saja.

" Cik Wafa, ni lah tadika Affan. Tepat pukul 12 nanti dia keluar " kata Pak Samad.

Wafa mengangguk faham.

" Pakcik, pakcik panggil saya Wafa jer lah. Tak perlu bercik-cik " .

Pak Samad tersenyum kecil.

" Iyalah. Berapa umur Wafa ni? Setakat ni, Wafa lah pengasuh yang paling muda untuk Affan " .

" Umur saya 24 tahun pakcik ".

" Muda lagi rupanya. Memang cita-cita nak jadi pengasuh ya? " .

Wafa tersenyum kelat. Erkk ada ke orang bercita-cita nak jadi pengasuh? Macam pelik jer.

" Eh taklah pakcik. Saya memang nak cari kerja lain. Tapi tu lah, dah rezeki saya jadi pengasuh. Saya terima jer lah " .

" Tak kisah lah kerja apa sekalipun. Asalkan kerja tu halal " .

Wafa mengangguk setuju. Mungkin sudah tertulis dia menjadi seorang pengasuh.

Pak Samad turun daripada kereta dan menjemput Affan di pagar sekolah. Manakala Wafa hanya menanti di dalam kereta kerana dia masih belum pernah melihat wajah anak majikannya itu.

Wafa tersenyum manis pada Affan saat kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta. Tetapi senyumannya langsung tidak dibalas. Ketat bagai di skru sahaja wajah kanak-kanak itu. Anak dengan papa sama jer. Gumam Wafa di dalam hati.

" Affan, yang kat belakang tu nama dia kak Wafa. Lepas ni dia yang akan jaga Affan " beritahu Pak Samad.

Namun Affan hanya buat tidak tahu.

" Hai Affan. Nama kakak, Wafa. Affan boleh panggil akak, kak Wafa " Wafa mula beramah mesra dengan kanak-kanak itu.

" Affan tak tanya pun siapa nama kakak " selamba Affan menjawab.

Pak Samad menahan tawanya. Wafa sudah buat muka tidak puas hati. Eh eh budak ni, kenakan aku pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience