BAB 3

Romance Completed 26464

" Aku tahu tu Ri. Tapi nak buat macam mana, tanggunjawab aku untuk uruskan syarikat ni " .

" Apa kata kau kahwin, bila kau kahwin nanti isteri kau boleh bagi perhatian sepenuhnya pada Affan " cadang Azri.

" Huh idea gila " Dafi mencebikkan bibirnya.

Berkahwin sekali lagi adalah idea yang paling gila baginya. Cukuplah sekali dia berkahwin. Perkahwinannya yang gagal membuatkan dia jadi takut untuk berkahwin lagi. Hidup berdua dengan Affan pun sudah cukup membuat dia rasa bahagia.

Dia dan bekas isterinya, Laila berpisah kerana mereka sudah tidak bersefahaman lagi. Laila yang menginginkan perpisahan antara mereka. Ketika itu Affan baru saja berusia 10 bulan. Laila juga meninggalkan Affan dengannya. Dafi redha dengan apa yang terjadi. Mungkin sudah tertulis jodoh dia dan Laila sampai di situ saja.

" Kenapa? Apa salahnya kalau kau kahwin lain pun " .

" Salah tu memang tak. Tapi aku dah serik lah " .

" Kau takut jadi macam Laila nanti? Dafi, tak semua perempuan macam Laila tu. Jangan disebabkan Laila, kau takut untuk kahwin lagi " .

" Aku bukan takut Ri. Cuma aku tak nak perkara yang sama berulang kembali. Nak tak nak, aku kena lah bersabar dengan Affan " .

" Tapi sampai bila? Takkan lah setiap minggu kau nak tukar pengasuh Dafi. Nak tak nak, kau kena cari cara lain jugak " nasihat Azri.

" Nanti balik pandailah aku pujuk Affan tu. Insya Allah dia akan dengar cakap aku " .

Dafi menolak pintu bilik Affan. Selepas makan malam tadi, dia mengarahkan anaknya itu tidur memandangkan esok Affan harus bangun pagi untuk ke tadika.

Dia melabuhkan punggungnya di birai katil Affan. Sedar tidak sedar sudah enam tahun usia Affan. Dan selama enam tahun itu lah dia menjaga dan membesarkan Affan seorang diri. Bukan mudah baginya untuk membesarkan Affan tanpa seorang ibu tetapi demi anaknya itu, dia cuba juga.

" Affan, papa sayang sangat dengan Affan. Maafkan papa sebab tak mampu nak bagi kasih sayang yang sempurna pada Affan. Papa tak mampu nak bagi perhatian sepenuhnya pada Affan. Papa tahu Affan anak yang baik. Papa janji papa akan cuba jadi papa yang baik untuk Affan. Maafkan papa. Disebabkan papa berpisah dengan mama, Affan tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu " Dafi menahan sebak. Dia mengucup lembut dahi Affan yang sedang nyenyak tidur itu.

Terdetik di hatinya kalau lah dia tidak berpisah dengan Laila, pasti Affan akan hidup dalam keluarga yang bahagia seperti kawan-kawannya yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience