BAB 2

Drama Completed 6750

Iskandar melabuhkan punggungnya di atas katil nya.. Dia mengeluh keletihan..

" huh...letih nya.. seharian Cik Dahlia bawa aku jalan jalan.. tak ikut salah..ikut pula badan tersiksa.." kata Iskandar di dalam hati..

Tidak lama kemudian dia bangkit lalu mengapai tuala dan berlalu ke dalam bilik air.. Dahlia memanggil Iskandar dari luar biliknya namun tiada sebarang jawapan..

" Is.. is..iskandar..hello...iskandar..." panggilan Dahlia tiada balasan..

" Mana pula si sengal ni.." kata Dahlia di dalam hati..

Dahlia mengetuk pintu bilik Iskandar dan akhirnya Dahlia masuk ke dalam bilik Iskandar.. Dia meninjau ninjau sekeliling bilik lelaki itu namun tetap tidak melihat kelibat Iskandar..

" Mana pula dia ni.. dah lah aku nak cakap sesuatu dengan dia..tak apa lah.. baik aku keluar..nanti dia nampak aku, dia fikir aku curi curi masuk bilik dia pula.." Dahlia bermonolog sendiri..

Baru sahaja dia melangkahkan kakinya menuju ke arah pintu kedengaran bunyi seseorang membuka pintu.. Alangkah terkejutnya Dahlia melihat Iskandar yang separuh terdedah hanya bahagian bawah di tutupi tuala..

" Arrrgggghhhh........." Dahlia menjerit...

Mendengar jeritan Dahlia, Iskandar kembali masuk ke dalam bilik air...

" Maaf cik.. Saya tak sengaja..." Kata Iskandar dari dalam bilik air..

" Tak apa.. bukan salah awak.. saya yang salah masuk bilik awak...saya minta maaf.." kata Dahlia

" Tak apa cik.. Cik masuk bilik saya kenapa.. ada apa apa yang boleh saya tolong..." Iskandar bertanya..

" Saya cuma nak cakap..thank you.." Kata Dahlia lembut..

" Thank you.. sebab apa Cik.." tanya Iskandar hairan..

" sebab awak temankan saya pergi shopping seharian ni.. baik lah..saya keluar dulu.. sekali lagi saya minta maaf.." kata Dahlia berlalu pergi meninggalkan bilik Iskandar dengan langkah yang cepat..

Kedengaran bunyi pintunya ditutup, Iskandar menarik nafas lega.. Malu dia apabila Dahlia melihat dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya..

" Fuhh.. nasib baik tuala aku tak terlepas.. kalau tidak .. habislah aku.. dah lah dia tengok separuh body aku.." Kata Iskandar sendirian..

*******************************

Dahlia menghempaskan tubuhnya di atas katil empuknya..Dahlia sedikit mengeluh.. Seketika kemudian dia teringat akan peristiwa di bilik Iskandar sebentar tadi..

" lawa juga body Iskandar tu tapi sayang..dia tak tahu pun aku suka dia.." kata Dahlia di dalam hati..

Dia mengapai majalah fashion di atas meja tepi katilnya.. Dia membelek belek setiap mukasurat majalah tersebut.. Namun fikirannya tetap melayang memikirkan Iskandar..

" ish...kenapa aku asyik ingat dia.. aku memang suka dia tapi sekadar kawan je.. Aku suka dia sebab dia baik dengan aku..huh..." Dahlia bermonolog sendiri..

" daripada aku asyik ingat dia baik aku call mama dengan papa.." Dahlia lalu mengapai telefon bimbitnya untuk menghubungi orang tuanya..

" Assalamualaikum mama.." kata Dahlia dari corong telefon..

" waalaikummussalam Lia.., Lia sihat nak.." Tanya hjh Suria pada anak perempuannya..

" Alhamdulilah mama.. Lia sihat..papa mama sihat..bila nak balik.." Kata Dahlia manja..

" Alhamdulilah Lia, kami sihat je.. Tak pasti lagi Lia..papa dengan mama masih banyak urusan nak kena uruskan dekat sini.. Lia dekat sana macam mana..semua baik baik sahaja.."

" cepatlah balik mama.. Lia rindu mama dengan papa.. Lia dekat sini baik baik sahaja ma.. Semua okey..cuma Lia rasa bosan je.." Kata Dahlia

" mama pun rindu Lia.. Bosan.. ajak lah mak Siah berbual dengan Lia..tak pun ajak Iskandar temankan Lia pergi jalan jalan..tapi ingat jangan melebihi batas.." Hjh Suria memperingati anaknya..

" hari hari Lia ajak Mak Siah berbual tapi Mak Siah pun tak boleh selalu dengan Lia, Mak Siah pun sibuk.. Iskandar..lagi lah.. Diamje memanjang.. bosan lah dengan budak sengal tu ma.."

" Ish kamu ni Lia..tak baik cakap Iskandar macam tu..buatnya dia dengar tak ke kecil hati dia dengan Lia.."

" Dia nak kecil hati dengan Lia.. memang tak lah ma.. dia tu lurus bendul ..harap muka je hensem tapi pemalu..pendiam..sepatah Lia tanya sepatah juga dia jawab Lia.." Kata Lia geram..

" Lia..tak baik cakap macam tu.. Buatnya kalau suatu hari nanti dia jadi suami Lia..baru padan muka tu.." Kata Hjh Suria mengusik anaknya..

" mama.. janganlah cakap macam tu.. harap harap tak lah.. tak nak Lia.. okey lah mama.. Lia nak pergi mandi.. ada masa nanti Lia call mama lagi.. Assalamualaikum mama..Sampaikan salam Lia pada papa.."

" Baiklah Lia..nanti mama cakap dengan papa, jangan lupa solat.. Waalaikummussalam Lia.." Panggilan telefon di matikan...

" Apa lah mama ni.. Ada ke cakap Iskandar jadi suami aku.. tapi..bagus juga kalau dia jadi suami aku.. senang lah aku nak kenakan dia.." Dahlia ketawa geli hati bila memikirkan kata katanya sebentar tadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience