BAB 10

Drama Completed 6758

Sudah beberapa hari Dahlia tidak melihat kelibat Iskandar di rumahnya, selepas pemergian kedua ibu bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama dengan Dahlia dan Mak Siah. Iskandar juga jarang datang ke rumahnya apa lagi untuk bertanya khabar.. Dan sejak akhir akhir ini, Dahlia sering bertemu dengan Izzani .. Setiap kali pertemuan mereka, Dahlia pasti akan memikirkan Iskandar dengan wajah mereka yang sangat seiras cuma berbeza dari segi sikap mereka..

" Iskandar.. dah lama kau tak ke sini.. Aku rindu kau Is.. " Kata Dahlia dalam hati takkala dia singgah di pintu bilik yang dahulunya dihuni oleh Iskandar dan kini bilik itu hanya di biarkan kosong.. Dengan perlahan Dahlia menguak pintu bilik tersebut, perlahan lahan Dahlia melangkah masuk ke kamar itu.. Dahlia memerhatikan suasana sekeliling bilik Iskandar.. Tampak cantik, bersih dan kemas walaupun sudah lama di tinggalkan.. Dahlia tersenyum melihat keadaan sekeliling bilik Iskandar namun di saat dia mahu melangkah keluar dari bilik Iskandar, matanya terpandang akan sekeping gambar yang digantung kemas di tepi pintu..

Lama Dahlia memandang gambar yang tergantung bersebelahan dengan pintu, Dahlia cuba mengamati gambar tersebut.. Saat itu, baru Dahlua teringat akan sesuatu perkara yang menjadi jawapan kepada persoalan nya terhadap Iskandar dan Izzani..

" Kenapa aku tak perasaan selama ni.. Iskandar dan Izzani adalah adik beradik kembar..dan aku pernah menjadi sahabat kepada Iskandar satu ketika dahulu..Kenapa Iskandar tak pernah bagitahu aku tentang hal ini.." Kata Dahlia di dalam hati..

Dahlia menurunkan bingkai gambar itu untuk di bawa ke bilik nya.. Di saat dia cuba menurunkan bingkai gambar itu sekeping kertas terjatuh dari belakang bingkai gambar itu.. Dahlia meletakkan bingkai gambar itu di atas lantai lalu di gapainya sekeping kertas yang terjatuh sebentar tadi.. Sekali lagi dia di kejutkan dengan satu lagi teka teki.. Dahlia menjumpai sekeping keratan akhbar dimana keratan itu tertulis dan terpapar wajah Iskandar..


SS MEDIA

-- 19 ogos 2017 --

- KEMALANGAN NGERI,NAHAS KERETA TERJATUH KE GAUNG MENYEBABKAN KEMATIAN PEMUDA BERUSIA DALAM LINGKUNGAN DUAPULUHAN MAUT.. PEMUDA TERSEBUT MERUPAKAN PEMANDU PERIBADI KEPADA SALAH SATU SYARIKAT TERKENAL MILIK HAJI RAHMAN ( GOLDEN STAR HOLDING ) YANG DI KENAL PASTI SEBAGAI ISKANDAR BIN MOKTHAR.. MANGSA DIKATAKAN TERBABAS SELEPAS KERETA YANG DIPANDUNYA HILANG KAWALAN DAN MENGAKIBATKAN KERETA YANG DIPANDU TERJUNAM KE ARAH GAUNG.. - ( BERNAMA ) ..

" Iskandar Bin Mokthar.. Nama sama.. wajah pun sama.. Iskandar kemalangan setahun yang lalu .. Kalau itu Iskandar drive papa.. Siapa pula yang selama ini muncul di rumah ini.. Iskandar mati sebelum ayah dan ibu terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas.. dan selepas itu syarikat saya berkerjasama dengan syarikat Izzani..Wajah Izzani serupa dengan Iskandar.. Rupa rupanya mereka saudara kembar dan mereka pernah satu sekolah dengan aku.. Kenapa aku tak sedar selama ini.." Dahlia bermonolog sendiri tanpa dia sedar ada yang memerhatikannya..

Baru Dahlia hendak melangkah keluar, dia terkejut takkala tubuhnya di tolok kembali masuk ke dalam bilik sehingga membuatkan Dahlia hilang pertimbangan dan akhirnya dia jatuh terhempas di atas katil bujang milik Iskandar..

" awak buat apa masuk ke bilik saya " tanya pemuda itu..

" Awak.. siapa sebenarnya awak..?? " Tanya Dahlia..

" Tak kan Cik tak kenal saya.. Saya Iskandar.." Cik Lia tak apa apa.. maaflah sata terlangar cik tadi.. " Kata Iskandar..

" Iskandar....... tapi.. tak apa lah.. saya keluar dulu.." Pinta Dahlia..

" Saya tahu apa yang Cik mahu katakan.. Saya nampak apa yang cik buat dalam bilik saya.. dan mungkin Cik juga sudah mengetahui siapa sebenarnya saya.." Kali ini Iskandar cuba bermain tarik tali..

" Maksud awak.. saya tak faham.. Saya tahu siapa awak sebenarnya.. awak Iskandar lah..takkan hantu.. " Dahlia juga bermain tarik tali dengan berpura pura tidak mengetahui apa apa..

" Cik Dahlia.. tak perlu berpura pura dengan saya.. Saya nampak dengan jelas cik baca keratan akhbar tu.. "

" Ye .. memang saya baca.. dan saya nak sangat tahu siapa sebenarnya awak.. kalau Iskandar dah mati.. siapa pula awak untuk menyamar menjadi Iskandar.. dan apa motif awak menyamar.. " Akhirnya Dahlia mengalah jua.. Segala yang terbuku di hati terluah akhirnya...

Iskandar tersenyum sinis..

" motif..menyamar.. saya terpaksa buat semua ni.. saya nak tahu tentang kematian adik saya Iskandar.. "

" Adik awak..Iskandar.. awak siapa..?"

" Saya.. saya Izzani..abang kembar Iskandar.. Adik saya mati kemalangan disebabkan ayah awak Haji Rahman.. " Kata Izzani sedikit keras..

" Ayah saya.. Apa bukti awak tuduh ayah saya yang menyebabkan kematian adik awak.." Marah Dahlia..

" Awak nak bukti.. tunggu.. tunggu sini.. " Izzani melangkah keluar.. seketika kemudian, dia kembali bersama beberapa keping documents..

" Ini rujukkan di atas kes kemalangan yang melibatkan adik saya.. Dalam tu ada di nyatakan, yang kereta ayah awak telah di sabotaj sehingga menyebabkan kerera itu hilang kawalan.. Kalau awak tak balik masa hari kejadian tu, pasti adik saya masih lagi hidup sampai sekarang.. "

" Siapa yang sabotaj kereta ayah saya.. tapi itu tak bermakna awak boleh letak seratus peratus yang kemalangan itu berpunca dari ayah saya.."

" Memang di sebabkan ayah awak !! Ayah awak ada terlibat dengan satu kes perebutan saham syarikat yang awak tengah handle sekarang bersama dengan beberapa rakan kongsi ayah awak.. Di sebabkan perkara itu, salah seorang yang bergaduh dengan ayah awak,mengambil satu keputusan untuk merosakkan brek kereta yang ayah awak hendak pandu untuk ke kota Selamat tetapi malangnya, awak meminta agar Iskandar menjemput awak di airport.. Hj Rahman menggunakan kenderaan lain dan membenarkan Iskandar memandu kenderaan yang tiada brek.. Ayah awak tahu bahawa kereta itu rosak, jadi ayah awak mengambil keputusan untuk menukar kereta dengan Iskandar.. " Amarah yang di pendamkan selama ini terluah jua..

" Tak mungkin.. ayah buat semua tu.." Kata Dahlia seakan tidak menerima kenyataan yang sebenar.

" Tapi itu hakikatnya.. Di sebabkan ayah awak, adik saya mati.. Di sebabkan ayah awak, Iskandar menjadi mangsa.. Di sebabkan ayah awak juga Iskandar hilang semua saham yang dia telah laburkan pada Syarikat Golden Star Holding.." Bentak Izzani lagi..

" Kenapa awak tak bagitahu ayah saya tentang hal ini.. kenapa baru sekarang awak bagitahu semua tu.. kenapa awak perlu menyamar menaadi Iskandar..." Tanya Dahlia lagi..

" Saya buat semua ni sebab saya mahu balas dendam.. tetapi.. bila ayah awak dapat tahu saya yang di sangka Iskandar masih hidup, Ayah awak ambil keputusan untuk pergi ke luar negara di sebabkan ada urusan kerja..Dan bila dia dapat tahu yang saya memiliki sebuah syarikat yang di namakan sebagai Iz Company dan peneraju itu adalah Iskandar bukan Izzani.. Ayah awak ambil keputusan balik ke Malaysia untuk rampas apa yang menjadi milik Iskandar.. Namun siapa sangka, Ayah awak juga maut dalam kemalangan kapal terbang.. sedangkan dendam saya belum terbalas.. " Kata Izzani..

" Kalau macam tu.. awak bunuh lah saya sebagai ganti dendam awak.. " Kata Dahlia dalam tanggisan..

" Bunuh awak.. itu tak mungkin..semua tu belum cukup untuk balas dendam saya pada ayah awak.." Kata Izzani sinis..

" Habis tu.. apa yang awak mahukan Izzani.. " Tanya Dahlia sedikit bernada kasar..

" Saya nak awak kahwin dengan saya.. " Pinta Izzani..

" Kahwin dengan awak.. tak..tak mungkin saya akan kahwin dengan awak.. "

" Saya nak awak fikir baik baik tentang hal ini dan awak hanya ada dua pilihan.. pilihan pertama.. kahwin dengan saya dan jadi isteri saya selama mana yang saya mahu.. pilihan kedua.. saya nak awak serahkan semua harta yang awak miliki dan saya nak awak mengaku yang awak rancang semua ni bersama ayah awak pada pihak polis.. Saya akan kembali lagi ke sini dua minggu dari sekarang.. " Kata Izzani berlalu pergi meninggalkan Dahlia keseorangan..

Dahlia pula hanya mampu menanggisi dengan apa yang berlaku sebentar tadi.. kini dia benar benar buntu dengan apa yang harus dia lakukan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience