BAB 16

Drama Completed 6758

Enam bulan berlalu, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.. Izzani dan Dahlia juga sedang menanti kehadiran orang baru yang akan menambahkan seri dalam keluarga kecil mereka.. Dahlia di sahkan hamil empat bulan membuatkan Izzani bertambah bersyukur akan segala nikmat dan ketentuan Ilahi..

Seperti yang di janjikan satu ketika dahulu.. Mereka kembali ke KL untuk meneruskan kehidupan mereka di sana.. Hanya bila ada cuti Izzani dan Dahlia akan kembali ke kediaman mereka.. Dahlia tidak lagi menguruskan syarikat arwah ayah nya kerana segala urusan Izzani yang menguruskan sehingga Dahlia bersalin dan habis berpantang.. Izzani seperti biasa keluar bekerja di syarikat Dahlia manakala Iz company di uruskan oleh Ammar PA Izzani..

" Excuse me boss.. Ada guest nak jumpa boss.. " Panggil Zila PA Dahlia..

" Guest.. siapa Zila.. rasanya saya tak ada temujanji dengan sesiapa pagi ni.." Kata Izzani kehairanan..

" Dia kata kawan lama boss.. "

" Kawan lama.. lelaki ke perempuan.. "

" perempuan boss..cantik orang nya.. " Kata Zila

" Tak apa.. awak suruh dia masuk bilik saya..apa pun..thank you Zila.. "

Zila hanya tersenyum dan dia berlalu pergi memanggil tetamj yang di katakannya pada Izzani sebentar tadi..

" Cik.. Encik Izzani suruh masuk.. Mari saya tunjukkan pejabat Encik Izzani.. " Kata Zila lalu tersenyum..

Perempuan tadi lalu mengikuti sahaja langkah Zila menuju ke arah pejabat Encik Izzani..

Tok.. tok.. bunyi pintu di ketuk..

" Masuk.. " Kata Izzani dari dalam..

" Sila kan masuk Cik.." Pelawa Zila

" Boss.. ini orang yang saya kata tadi.. kalau tak ada apa apa.. saya keluar dulu.." Kata Zila kepada Izzani

" Baik lah.. terima kasih Zila.. " Ujar Izzani tanpa memandang ke arah mereka..

" Hai Izzani.."

" Hai.. Silakan duduk.. " Izzani masih lagi tidak memandang ke arah wanita itu..

" Awak apa khabar.. Cepat betul awak tukar nama.. " Kata Wanita itu

Alangkah terkejutnya Izzani takkala dia terpandang akan seorang gadis yang amat di kenalinya..

" Liza.. awak buat apa kat sini.. kenapa awak datang sini.. " Tanya Izzani..

" Saja.. nak jumpa you.. Tak boleh ke Iskandar.." Kata Liza lagi..

" Awak salah orang ni.. Saya Izzani.. bukan Iskandar.. Awak pun tahu yang Iskandar dah tak ada..Saya Izzani, Liza.." Terang Izzani kepadanya..

" Tak mungkin Iskandar dah tak ada.. bukan dulu awak kata abang awak yang dah mati dalam kemalangan berapa tahun lepas..Apa ni Is.. apa maksud you.. you nak mengelak dari I atau you tak nak jumpa I lagi..I miss you Iskandar.. " Kata Liza yang masih tidak berpuas hati dengan kata kata Izzani..

" Liza.. you dah salah.. I Izzani.. bukan Iskandar.. "

" I tak kisah apa you nak kata.. I tak kisah you Iskandar atau Izzani.. yang i tahu you akan jadi milik i macam yang you janji pada i dahulu.. You lupa janji you untuk kahwin dengan i Iskandar.." Kata Liza dan dia berlalu pergi meninggalkan Izzani yajg masih lagi keliru dengan tindakkannya..

" Apa semua ni.. Kenapa dia kata aku ni Iskandar.. Setahu aku.. Iskandar tak pernah cerita pun pasal Liza ni.. aku cuma tahu Liza hanya lah kawan karib kami.." Ujar Izzani sendiri..

Liza muncul kembali setelah sekian lama tiada khabar berita.. Liza merupakan sahabat karib mereka semenjak kecil lagi.. Sejak kecil lagi Liza memang menyukai perwatakkan Iskandar walaupun lelaki itu lambat untuk memahami sesuatu perkara.. Berlainan pula dengan Izzani.. Izzani menyukai Liza namun bila dia mengetahui Liza lebih menyukai adiknya Iskandar, Izzani mengundurkan dirinya untuk Iskandar tetapi ketika mereka di alam sekolah menenggah, Iskandar jatuh cinta kepada Dahlia. Perempuan yang kini bergelar isteri kepada Izzani.. Dahlia kemudian bertukar sekolah ke luar negara dan terus menghilang dari kehidupan Iskandar.. Selesai alam persekolahan Izzani ,Iskandar dan Liza mengambil keputusan untuk sambung belajar di universiti yang sama namun berlainan bidang..

Izzani mengambil jurusan perniagaan, Iskandar pula mengambil jurusan photography manakala Liza di jurusan kemodelan.. Setelah tamat pengajian Iskandar dan Liza bekerja di satu agensi yang sama.. Izzani masih lagi meneruskan pengajiaan nya ke peringkat yang lebih tinggi.. Dari situlah hubungan Liza dan Iskandar semakin akrab.. Dimana ada Iskandar di situ mesti ada Liza.. Dan Liza menganggap Iskandar sebagai kekasih nya tetapi tidak bagi Iskandar.. Hatinya sudah pun di miliki oleh Dahlia cuma perasaan itu di pendamkan sahaja.. Sebelum Iskandar terjumpa dengan Dahlia, Liza dan Iskandar sudah mempunyai satu ikatan yang di tentukan oleh ahli keluarga Liza.. Di saat mereka hampir di satukan, Liza pergi ke Paris demi mengejar cita cita nya dalam dunia kemodelan manakala Iskandar di tinggalkan sebegitu sahaja tanpa sebarang kata putus dari Liza..

Iskandar membawa diri ke KL untuk mencari pekerjaan yang baru.. Namun siapa menduga , penhijrahan nya ke KL menemukan dia dengan Dahlia.. Dari situ lah bermula nya kisah pertemuan mereka dan Iskandar mula bekerja sebagai pemandu peribadi Hj Rahman ayah kepada Dahlia.. Khabar tentang kematian Iskandar juga pernah di khabarkan kepada Liza namun perkhabaran itu bukan tentang kematian Iskandar tetapi Izzani kerana tika itu, Izzani menyamar sebagai Iskandar untuk tujuan membalas dendam ke atas keluarga Hj Rahman..

Liza duduk termenung di halaman rumah nya.. Bermacam perkara yang di fikirkannya..

" Aku pelik kenapa Iskandar bersikap seperti itu dengan aku.. Mungkin dia marah kerana aku pernah tinggalkan dia dahulu.. Maafkan aku Iskandar, aku menyesal dengan sikap dan keputusan terburu buru aku masa itu.." Bicara Liza di dalam hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience