BAB 13

Drama Completed 6758

Hari yang ditunggu kini tiba.. Sebentar lagi Dahlia dan Izzani akan menjadi suami isteri..

" Is.. sekejap lagi..impian kau akan tercapai.. Abang akan kahwin dengan Dahlia.. Abang harap segala urusannya akan di permudahkan.. Is doakan abang.. " Izzani bermonolog sendiri..

Izzani tampak segak mengenakan busana baju melayu berwarna biru muda.. Ditambah lagi keayuan Dahlia yang juga mengenakan baju kurung berwarna biru sesuai dengan apa yang Izzani mahukan..

" Awak dah sedia.. atau awak nak tarik balik keputusan awak.. " Tiba tiba Izzani bersuara memecahkan suasana yang ketika itu agak suram..

" Tak.. saya tak akan tarik balik setiap apa yang saya katakan asalkan awak juga menepati janji awak.. " Senang sahaja Dahlia membicarakan kata katanya.. Pada hal di dalan hati, ingin sekali dia menarik kembali keputusannya untuk menikahi lelaki itu namun apakan daya.. Dahlia juga harus akur dengan segala ketentuannya..

" Baguslah kalau macam tu.. Saya harap awak tak akan menyesal dengan keputusan awak.. Tentang perjanjian itu, awak tak perlu risau.. Saya lelaki yang berpegang pada janji.." Kata Izzani bersahaja..

Beberapa ketika, nama mereka dipanggil masuk.. Mereka masuk beriringan bersama dengan dua orang saksi mereka.. Kehadiran mereka berempat di sambut baik oleh orang orang di dalam ruangan khas tempat mereka akan di nikahkan..

" Boleh kita mula sekarang.. " Tanya jurunikah tersebut..

Mereka sekadar hanya menggangukkan kepala mereka sebagai tanda setuju untuk memulakan sesi pernikahan..

Tidak sampai tiga puluh minit, dengan sekali lafaz Dahlia sah bergelar seorang isteri kepada Izzani.. Kini tiba pula sesi pertukaran cincin.. Cincin tersarung kemas di jari manis mereka.. Tiada apa yang mampu di gambarkan ketika itu.. Bagi Dahlia ianya hanya sebuah mimpi ngeri namun tidak bagi Izzani.. Segala yang di lakukannya hanya untuk adik kesayagannya Iskandar.. Amanat yang terakhir Iskandar membawa dia untuk menikahi gadis yang tidak mencintainya.. Selesai segala urusan mereka, mereka dengan segera pergi meninggalkan pejabat agama itu.. Dua saksi yang dibawa sudah di hantar pulang oleh pemandu Izzani.. Manakala, Izzani dan Dahlia menaiki sebuah lagi kereta milik Izzani untuk menuju ke satu tempat seperti yang di beritahu oleh Izzani sebentar tadi..

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke destinasi yang dituju, mereka hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata.. Perjalanan mereka hanya di temani bunyi musik yang berkumandang di corong radio kereta milik Izzani.. Setelah sekian lama perjalanan mereka pun tiba di sebuah kawasan yang agak enak di pandang.. Sebuah kawasan peribadi milik Izzani di hiasi dengan alam semula jadi seperti pokok yang menghijau serta tumbuhan lain.. Tidak terlepas juga ada sebuah kawasan kecil yang menempatkan sebuah sungai kecil.. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah rumah besar ala ala kampung..

Dahlia hanya mampu memandang setiap inchi kawasan sekitar rumah yang terlihat cantik dan agak sedikit terpencil..

" Kita dah sampai.. jom turun.. " Suara Izzani menyapa telinga Dahlia.. Khayalannya terhenti ..hilang semua keindahan yang di lihatnya sebentar tadi takkala dia berada di alam realiti yang agak menyakitkan itu..

" Ermm.. kita dimana Izzani.." Dahlia bertanya sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta..

" Inilah kediaman saya.. Dan akan menjadi kediaman kita.. Saya nak awak tinggal di sini bersama saya sesuai dengan apa yang saya mahukan.. " Kata Izzani..

" Tinggal di sini.. tapi...... " Dahlia sedikit cuak mendengarkan butir bicara Izzani sebentar tadi..

" Tapi kenapa Dahlia..Seperti yang saya katakan sebelum ini.. Awak kenalah ikut kemana sahaja saya pergi..Dan kemana sahaja arah tuju saya,awak mesti ada.. "

" Pejabat saya macam mana.. " Tanya Dahlia setelah dia tersedar yang dia terperangkap dengan janji Izzani..

" Pejabat awak.. Tentang hal itu, awak tak perlu risau..Saya dah uruskan.. Saya nak awak dan saya bersama di tempat ini selama tiga bulan dari sekarang.. Ada perkara yang saya mahu awak lakukan di sini.. Setelah tiga bulan, saya akan hantar awak kembali ke KL tempat di mana awak berada sebelum menjadi isteri saya.. " Terang Izzani..

" Tiga bulan.. di sini.. apa motif awak Izzani.. " Dahlia seakan keliru dengan permintaan Izzani yang tidak masuk akal itu..

" Motif.. Banyak motif saya.. awak tak perlu tahu.. Kerja awak senang je.. Pertama awak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri saya seperti memasak, mengemas rumah dan macam macam lagi.. Yang kedua, saya nak awak belajar menerima kenyataan yang awak isteri saya..dab yang ketiga, saya nak awak layan saya sebagai seorang suami awak.." Arah Izzani kepada Dahlia..

" Bukan ke awak dah janji yang awak tak akan tuntut sebarang hak awak sebagaj suami kepada saya.. " Sengaja Dahlia memekan apa yang di maksudkannya..

" Saya memang tak tuntut apa apa hak saya dari awak.. Aoa yang saya maksudkan tiada kaitannya dengan batin.. Saya hanya nak awak jalankan sahaja tanggungjawab awak sebagai isteri saya tanpa sentuhan batin jika itu yang awak maksudkan.." Kata Izzani dengan sedikit nada kecewa..

Semenjak dia mengenali Dahlia, memang ada sedikit timbul perasaan sayang terhadap gadis itu di tambah lagi sekarang Dahlia memegang status isteri kepadanya.. Namun di sebabkan oleh dendam nha terhadap Hj Rahman membuatkan Izzani mengenepikan segala rasa yang wujid di hatinya.. Niat dia mahu memperisterikan Dahlia bukan lah di sebabkan oleh amanah Iskandar semata mata.. Tempoh tiga bulan yang diberikan nya kepada Dahlia juga hanyalah satu misi untuk membuatkan gadis itu membalas kasih kepadanya.. Jika benar mereka berjodoh dan memiliki kasih sesama sendiri sebelum tempoh tiga bulan itu berakhir maka Izzani akan terus memperisterikan Dahlia tetapi jika sebaliknya, Izzani sendiri akan menghantar nya kembali dan melepaskan ikatan di antara mereka..

" Berpegang pada janji Izzani.. Saya akan lakukan apa sahaja yang pinta kecuali itu.. Awak faham maksud saya.. Dan saya berharap awak akan menepati janji awak selama tiga bulan yang akan datang dan selepas berakhirnya tiga bulan itu nanti.." Giliran Dahlia bersuara setelah sekian lama mereka berdiam..

" Baik lah.. Saya janji.. tetapi jika sebaliknya yang berlaku.. Saya akan terus bertanggungjawab ke atas awak.. " Kata Izzani lagi..

" Apa maksud awak dengan SEBALIKNYA ?? " tanya Dahlia sedikit tidak mengerti dengan budi bicara Izzani..

" Awak fikirlah sendiri.. Nanti awak akan tahu apa maksud saya. Dah jom, kita masuk.. Saya nak tunjukkan kepada awak sekitar kawasan ini dan sekitar kawasan dalam rumah tu.. " Ajak Izzani..

Dahlia hanya mengekori sahaja lamgkah kaki Izzani sambil dia memikirkan apa yang di maksudkan oleh Izzani sebentar tadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience