BAB 1

Drama Completed 6750

Aku Iskandar, aku ni seorang anak yatim piatu.. Aku di besarkan dirumah anak anak yatim.. Dan kini aku seorang pekerja di sebuah rumah besar milik Haji Rahman dan Hajah Suria.. Diorang ni ada seorang anak perempuan.. Nama dia Dahlia.. Dia ni cantik sangat.. Aku suka dia tapi..aku hanya seorang driver pada ayahnya.. Aku minat Dahlia sejak dari bangku sekolah lagi tapi dia mungkin tak ingat siapa aku sebab masa tu dia tak habiskan zaman persekolahannya di Malaysia.. Dia dan keluarga dia pergi ke luar Negara, masa tu kami tingkatan dua..

Lima tahun kemudian, aku jumpa dia balik dan aku ambil keputusan untuk kerja menjadi driver ayahnya Hj Rahman.. Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku dapat jumpa Dahlia.. Dia tak tahu pun aku ni Iskandar yang dia pernah jumpa satu ketika dahulu..

Ini kisah aku dan dia, aku harap sangat semoga suatu hari nanti aku dapat jadi seorang kawan untuknya.. Cukup lah hanya sekadar kawan, aku tahu kedudukan aku di mana.. Nak ke dia pada aku yang hanya seorang driver sahaja..

Begitulah coretan diari Iskandar..Segala isi hatinya di luahkan pada coretan itu.. Tanpa dia sedar, Dahlia juga menyukai perwatakan Iskandar yang sangat berbudi bahasa tetapi lelaki itu terlalu misteri buatnya.. Iskandar selalu melakukan sesuatu sama seperti seorang sahabat yang dia pernah kenali suatu ketika dahulu..

" Iskandar........... " panggil Dahlia

" Ye Cik Dahlia.. " kata Iskandar pula..

" boleh tolong aku tak Is.." pinta Dahlia..

" insyallah Cik kalau permintaan Cik itu tidak melebihi kemampuan saya ..insyallah saya boleh..Cik nak saya tolong apa.." kata Iskandar panjang lebar..

" macam ni.. aku nak kau tolong ikut aku.." pinta Dahlia..

" Cik nak bawa saya kemana " Tanya Iskandar kepada Dahlia..

" ada lah.. nak ke tak nak..kalau tak..saya panggil papa ..cakap yang kau tak nak dengar arahan.." Dahlia mula mengugut Iskandar..

" jangan bagi tahu Tuan Cik.. Nanti saya kena buang kerja.. Baiklah.. saya ikut Cik tapi...."

" Tapi..tak ada tapi tapi.. jom.. Cepat Iskandar...." kata Dahlia..

Iskandar dan Dahlia terus masuk ke dalam perut kereta.. Iskandar menghidupkan enjin kereta majikkannya dan meluncur laju keluar halaman rumah..

" Cik.. kita nak kemana.. " tanya Iskandar setelah beberapa ketika mereka di dalam perjalanan..

" kita pergi shopping.. saya nak awak ikut kemana sahaja saya pergi .. saya nak awak jadi bodyguard saya.. faham tak ..." Kata Dahlia dengan perasaan teruja..

" shopping...tapi.."

" tapi..awak ni kan... saya suruh ikut tu ikut je la..jangan banyak cakap boleh tak.. kita pergi shopping mall yang biasa saya pergi.. " geram pula Dahlia dengan Iskandar..

" Baik cik.. " Iskandar terpaksa akur dengan permintaan Dahlia..

" Hai Iskandar..harap muka je hemsem tapi..lurus bendul.. Comel pula muka dia blur.." kata Dahlia di dalam hati..Geli hati pula dia dengab perangai Iskandar.. Kalau sehari dia tak mengenakan Iskandar memang tak sah..

Tidak lama kemudian mereka tiba di satu shopping complex kegemaran Dahlia dan kawan kawannya.. Kereta di parking di tempat letak kereta.. Sebaik sahaja Iskandar turun dari perut kereta dia ternampak Tina, kawan kepada Dahlia..
Iskandar hanya sekadar tersenyum sahaja memandang kearah Tina, dia membuka ointu kereta untuk Dahlia..

" beb... kenapa lama sangat.." kata Tina

" biasa lah beb.. tu ha... boleh pula dia tanya i macam macam soalan.." Kata Dahlia sambil dia memuncungkan mulutnya kearah Iskandar..

" ooohh..mamat hemsem tu.. kau pun satu.. mesti kau buli dia kan.." Usik Tina

" itu mesti beb.. tak sah kalau aku tak kacau dia..haha" Dahlia dan Tina ketawa..

" Jom.. kita shopping..." kata Tina teruja..

Dahlia dan Tina berjalan beriringan masuk ke pusat membeli belah, Iskandar pula hanya mengikut langkah mereka dari belakang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience