BAB 17

Drama Completed 6758

Izzani mengeluh dengan apa yang berlaku di pejabatnya tadi.. Izzani masih lagi memikirkan kenapa Liza mengatakan sebegitu kepadanya..

" Ada perkara yang aku tak tahu tentang Liza dengan Iskandar.. Apa maksud Liza dengan janji.. Iskandar.. awak janji apa dengan Liza.. Apa hubungan awak berdua Is.. " Bicara Izzani sendirian..

Dahlia yang melihat tingkah laku Izzani yang sedikit kebinggungan membuatkan Dahlia juga menjadi binggung.. Apa yang Izzani sedang fikirkan..

" Abang.. okey tak ni.. Dari tadi Lia tengok abang macam ada terfikir akan sesuatu.. " Tanya Dahlia sebaik sahaja dia berada di hadapan Izzani..

" Abang okey Lia.. banyak kerja hari ni.. tu yang abang tengah fikirkan.. Lia kenapa tak rehat kat dalam, luar ni sejuk..tak sesuai untuk ibu mengandung.. " Kata Izzani

" Sekali sekala, Lia pun nak rasa angin luar abang.. asyik terperap aje dalam bilik.. Lia bosan juga.. kenapa dengan Golden Star Holding abang.. ada masalah ke.. " Tanya Dahlia lagi..

" Masalah tu ada Lia, cuma masalah kecil aja.. esok esok selesai lah tu.. " Kata Izzani tang masih lagi cuba mengelak dari menceritakan situasi yang sebenar kepada Dahlia bimbang kalau Dahlia tersalah anggap kepadanya..

" Ya lah abang.. Lia doakan semoga segala urusan abang akan segera di tunaikan dan semoga masalah abang akan segera di selesaikan.. Amen.. " Izzani juga turut mengamenkan sahaja kata kata Dahlia sebentar tadi..

" Lia.. apa kata kalau esok kita balik ke Pekan Baru.. kita pergi rumah abang.. nak tak.. " Izzani bertanya kepada Dahlia..

" Elok juga tu bang.. dah lama kita tak balik sana.. Kalau boleh Lia nak duduk sana lama sikit.. Abang ambil lah cuti dua tiga hari ke.. Dapat tenangkan fikiran.. Lia tahu abang ada masalah lain.. cuma abang tak nak Lia tahu masalah abang.." Kata Dahlia ketika dia menyedari akan air muka Izzani yang sedikit keliru seperti sedang memendam bebanan yang berat..


***************************

Liza cuba menghubungi Izzani melalui telefon pejabatnya..

" Hello.. Golden Star Holding.. Siapa di sana "

" Hello... Saya Liza.. Boleh sambungkan panggilan saya kepada boss awak Encik Izzani.."

" Maaf Cik Liza.. Encik Izzani tak masuk office minggu ini.."

" Tak masuk office.. Dia pergi mana.. "

" Ohh.. Dia sedang bercuti bersama isteri dia Puan Dahlia.. Macam ni lah Cik Liza.. Cik boleh tinggalkan pesanan Cik.. Kalau Encik Izzani masuk office nanti sata bagi tahu Encik Izzani.."

" Tak apa lah.. Nanti saya akan hubungi dia sendiri.. Thank you miss.. "

Panggilan di tamatkan..Liza sedikit kecewa kerana sudah berkali kali menghubungi lelaki itu tetap tiada jawapan .. Di hubungi melalui pejabatnya juga bernasib malang. Izzani tiada di pejabatnya..

" Isteri.. tak mungkin dia dah kahwin.. aku mesti siasat kemana Iskandar pergi selama ini..Dan siapa perempuan yang di katakan isteri kepada Iskandar.." Kata Liza tidak puas hati..

" Aku tahu mana nak cari kau Is.. Kau mesti ada di sana.. " Kata Liza penuh yakin..


************************

PEKAN BARU

Seperti yang di sangka oleh Liza, Izzani memang berada di pekan baru.. Kampung halaman mereka..

" Sudah lama aku tak kembali ke sini.. Suasananya masih seperti dahulu.. Udara yang segar.." Ujar Liza berpuas hati dengan keadaan sekeliling..

Liza melangkah masuk ke dalam kediaman Izzani.. Tanpa di duga kehadirannya membuatkan Izzani semakin buntu..

" Assalamualaikum.. " Panggil Liza dari luar

" waalaikumsalam.. " Dahlia pula yang menjawab salam Liza..

" Ya cik.. cari siapa.." Tanya Dahlia setelah dia melihat orang yang memberi salam seketika tadi.."

" Saya cari Izzani.. Izzani ada.."

" Ada..kat dalam.. Kalau boleh saya tahu.. Cik ni siapa.. " Tanya Dahlia..

" Lupa nak kenalkan.. Kenalkan saya Liza kekasih Izzani.. awak siapa.. "

" Kekasih Izzani.. Saya Isteri dia.. ada perlu apa cik hendak berjumpa dengan suami saya dan apa betul cik ni kekasih Izzani.. "

" Ada perkara saya nak bincang dengan dia.. boleh tolong panggilkan dia.. " Marah Liza

" Lia.. siapa tu.. kenapa lama sangat di luar tu.. " panggil Izzani dari dalam..

Mendengar akan panggilan Izzani kepada Dahlia, Liza terus meluru masuk ke dalam rumah Izzani meninggalkan Dahlia terpinga pinga.. Tanpa di sangka, Liza terus memeluk Izzani daei belakang.. Izzani pula tidak menyangka itu Liza malah dia mengira yang memeluknya adalah Dahlia..

" Lia.. kenapa ni.. " Izzani menarik tangan Liza untuk dibawa ke arah nya.. Alangkah terkejutnya Izzani apabila dia mengetahui itu bukan isterinya tetapi Liza.. Dengan segera Izzani melepaskan genggaman tangannya ke atas Liza..

" You.. buat apa di sini.. mana isteri I.. "

" Isteri you.. ada depan tu.. Ala you.. biar kan je lah dia.. I miss you .." Kata Liza manja..

" Enough Liza.. i bukan Iskandar.. dan i tak tahu apa apa tentang kisah awak dengan Iskandar.." Bentak Izzani..

Izzani terus pergi meninggalkan Liza yang tidak pernah faham bahasa itu..

" Lia.. sayang.. mana awak.. " Panggil Izzani mencari isterinya Dahlia yang hilang entah kemana..

" Hamdan.. ada nampak isteri saya.. Puan Lia.." Tanya Izzani kepada pemandu peribadi nya..

" Tadi saya nampak puan menuju ke arah sungai kecil belakang rumah boss.. Saya perasan Puan Lia macam menanggis je boss.." Terang Hamdan kepada majikannya..

" Terima kasih Hamdan.." Baru hendak Izzani melangkah menunu ke arah sungai kecil yang ada di belakang rumahnya baru dia teringat akan Liza..

" Oh ya.. Hamdan.. boleh tolong saya tak.."

" Tolong apa boss.." Tanya Hamdan sedikit pelik..

" Tolong saya uruskan perempuan tak reti bahasa dalam rumah tu.. Kalau boleh hantar budak tu balik ke rumah dia.. Awak buat lah apa yang patut Hamdan.. Saya nak cari Isteri saya.. "

" Baik Boss.. " Hamdan terus meluru masuk menuju ke dalam rumah majikannya..

Izzani meneruskan langkah nya menuju ke arah sungai kecil.. Setelah beberapa minit dia menuju ke arah sungai kecil , kelihatan Dahlia yang sedang duduk di salah satu batu besar yang ada di sungai kecil itu..

" Laaa... Sini rupanya sayang.. Lia buat apa di sini.. Kenapa Lia nanggis.." Tanya Izzani sebaik sahaja dia melihat keadaan Dahlia hang kelihatan sangat sedih..

" Awak cari saya buat apa.. Kenapa tak bermanja dengan kekasih awak.. " Bicara Dahlia dalam rajuk..

" Sayang.. Dia bukan kekasih abang.. Kekasih abang hanya Lia seorang.. " kata Izzani memujuk..

" Ya lah tu.. kalau dia bukan kekasih awak kenapa dia mengaku yang dia kekasih awak dan saya nampak dia peluk awak.. "

" Dia bukan kekasih abang Lia.. Abang tak pernah ada hubungan dengan mana mana perempuan selain Lia.. Liza tu cuma kawan abang dengan Iskandar je.. Percayalah sayang.. percaya pada abang.."

" Kalau betul dia kawan abang.. kenapa dia kata dia kekasih abang.. " Panggilannya pada Izzani sudah berubah.. Amarah yang tadi semakin berkurangan..

" Abang pun tak tahu Lia.. Tapi masa dia jumpa abang hari tu.. Dia panggil abang Iskandar.. " Izzani cuba mengingati peristiwa beberapa hari yang lepas..

" Iskandar.. Apa kaitan Iskandar dalam hal ini.." Tanya Dahlia hairan..

" Abang sendiri pun tak tahu sayang.. Abang pernah bagitahu dia yang abang bukan Iskandar.. Tapi dia tak percaya.."

" Mungkin dia tak tahu yang Iskandar dah tak ada kot bang.. " Dahlia cuba meneka..

" Abang dah bagitahu dia tentang perkara ini dahulu.. tak mungkin dia tak ingat.. "

" Abang lupa.. Semua orang tak pernah tahu yang abang dan Iskandar saudara kembar kan.. Semua orang tahu yang Iskandar masih lagi hidup selepas kemalangan dahulu.. Tiada siapa yang tahu Iskandar sudah tiada kerana semua orang tahu Izzani adalah Iskandar.. " Sebegitu sekali teori Dahlia mengenai perkara itu..

" Baru abang ingat sayang.. Abang pernah bagitahu yang Izzani sudah tiada bukan Iskandar.. tapi masa tu abang menyamar menjadi Iskandar untuk membalas dendam.. Tetapi selepas arwah ayah sayang dah tak ada, abang pergi dari kehidupan sayang sebagai Iskandar.. Selepas itu abang jumpa sayang dengan nama sebenar abang.. " Kata Izzani lagi..

" Tapi abang.. benda tu hanya Lia dan abang sahaja yang tahu.. Dia tak tahu yang abang bukan Iskandar.. " Kata Dahlia menjelaskan maksud kata katanya sebentar tadi..

" Apa apa sahaja lah sayang.. pening kepala abang.. mari kita balik.. dah nak gelap ni.. " Ajak Izzani..

" Mari.. "

" Sebelum tu.. Abang nak tanya Lia.. Lia tak marah lagi kan pada abang.. Abang minta maaf pada sayang dan abang nak sayang tahu hanya sayang sahaja yang bertaktha di hati abang.. Hanya sayang seorang yang abang cintai..tiada yang lain.."

" Lia tak marah pada abang.. Lia maafkan abang.. tapi Lia pun minta maaf pada abang sebab Lia tuduh abang macam macam tadi.. Dan Lia ucapakan terima kasih pada abang sebab abang berterus terang denga Lia .. Sama sama kita berjanji yang kita akan saling mempercayai satu sama lain.. Lia harap yang Lia dapat besarkan anak yang akan lahir ini bersama abang selamanya.."

" abang janji sayang. dah jom.. kita balik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience