BAB 12

Drama Completed 6758

Semalaman Dahlia berfikir bagaimana dia hendak menyelesaikan setiap cubaan yang mendatang kepadanya.. Sakit kepalanya di tambah lagi dengan duka di hatinya.. Dahlia hanya mampu mengeluh.. Demi menutup semua kesalahan ayahnya dan demi sebuah syarikat peninggalan ayahnya, Dahlia bertekad dengan keputusannya..

" Apa nak jadi, jadilah.. aku tak mempunyai sebarang pilihan melainkan aku menerima lamaran Izzani.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Hamba memohon pertunjuk dari mu.. Jika ini dapat menyelesaikan setiap masalah dan mampu memuaskan hati semu pihak, hamba berharap semoga Engkau permudahkan jalannya.. Hamba yakin dengan segala takdir yang Engkau berikan padaku.." Doa Dahlia di dalam hati..

Dia yakin dengan segala keputusannya untuk menerima lamaran Izzani meskipun tiada cinta di antara mereka..


************************

Taman Cahaya..

Dahlia duduk di salah sebuah kerusi yang ada ditaman Cahaya itu sementara menunggu kedatangan Izzani.. Dahlia menjadi sedikit gelisah.. Pelbagai macam perasaan yang bercampur baur ada di hatinya.. Namun dia tetap tabah dan mengawal emosinya.. Seketika kemudian, Dahlia melihat kelibat seorang lelaki di sebalik samar cahaya dari lampu yang ada di taman.. Langkah demi langkah di atur oleh Izzani menuju ke arah Dahlia yang sudah pun menanti kehadirannya..

" Maaf lah.. saya lambat sedikit.. ada urusan penting.. ada apa awak nak jumpa saya dekat sini.. " Kata Izzani bersahaja..

" Kalau ya pun.. bagilah salam.. ini tidak..datang terus tanya soalan.. " Kata Dahlia

" Sorry.. Assalamualaikum ... " Kata Izzani sambil menunjukkan riak wajah yang agak sedikit ketidakpuasan hati..

" Waalaikumussalam.. Saya terima lamaran awak.. " Kata Dahlia tanpa berlengah lengah..

" Maksud awak.. Awak setuju jadi isteri paksa rela saya.. Tak menyesal.. Oppss.. terlupa.. mestilah tak menyesal.. Kalau awak tak setuju jadi isteri saya.. Awak kena terima semua hukuman yang ayah awak sepatutnya rasai.. " Bidas Izzani sengaja hendak menduga isi hati Dahlia..

" Untuk pengetahuan awak Encik Izzani.. Saya terima lamaran awak sebab saya memang tidak punya pilihan yang lain.. Kalau awak nak tarik balik lamaran awak..Saya tak kisah..Lagi saya suka.. " Kali ini Dahlia pula yang membidas Izzani..

Sempat lagi Izzani tersenyum sinis sambil memandang wajah Dahlia yang nampak agak tenang itu..

" Awak ingat, saya akan tarik balik setiap apa yang keluar dari mulut saya.. Kalau awak tak jadi isteri saya.. Saya akan pastikan segala milik Hj Rahman saya akan ambil sebelum itu, saya kena musnahkan awak dulu.. "

Mendengarkan ugutan Izzani itu,Dahlia semakib yakin dengan keputusannya untuk menikahi lelaki angkuh itu demi ayahnya..

" Tengok.. saya cuma menduga awak.. nampaknya awak serius dengan kata kata awak..Jadi saya,tak ada pilihan lain selain menyetujui kehendak awak.." Kata Dahlia kecewa..

" Bagus.. Memandangkan awak setuju untuk jadi isteri saya.. Dua hari lagi, kita akan jumpa di pejabat agama jam 9 pagi.. Kita akan nikah di sana supaya tidak ada orang yang tahu mengenai pernikahan kita.. Saya akan bawa dua saksi untuk menjadi saksi penikahan kita.. Seorang akan mewakili awak dan seorang lagi akan mewakili saya.. Jelas.. ada bantahan.. " Kata Izzani

" Dua hari lagi.. tidak kah itu terlalu cepat.. " Tanya Dahlia setelah sekian lama dia membatukan dirinya..

" Yes..Dua hari.. maksudnya..kita akan jumpa lusa.. Saya tak kisah cepat atau lambat.. Yang saya mahu,awak jadi isteri saya..Ada sebarang pertanyaan Cik Dahlia.. "

" tak ada.. baiklah.. saya setuju.. tapi saya ada satu permintaan.." Kata Dahlia..

" Permintaan.. apa yang awak mahukan.."

" Saya nak awak janji dengan saya, yang awak tak akan tuntut apa apa seperti syarikat ayah saya termasuklah hak awak sebagai seorang suami kepada saya.."

" Baiklah.. saya setuju.. asalkan awak setuju jadi isteri saya dan asalkan awak setuju untuk meneruskan kerjasama syarikat awak dengan syarikat saya.. "

" Itu tidak menjadi masalah.. Saya setuju.. kalau macam tu, saya kita akan jumpa lagi dua hari akan datang..sebelum tu saya nak awak sign hitam putih tentang segala janji dan segala persetujuan kita hari ini esok di pejabat saya jam 10 pagi.."

" Okey.. saya jumpa awak esok.. kalau tak ada apa apa lagi, kita balik lah.. Awak datang tadi naik apa.." Tanya Izzani

" Saya naik teksi.. Kereta saya rosak.. Baiklah.. jumpa awak lagi nanti.. Saya nak cari teksi dulu.." Kata Dahlia..

" Teksi.. mana ada teksi malam malam macam ni.. Saya hantar awak balik.. Jom.. " Pelawa Izzani sebelum dia mengatur langkahnya..

" Tak apa lah.. saya boleh cari teksi.. " Sengaja Dahlia berdegil untuk mengelak untuk di hantar oleh lelaki itu..

" Tak kira.. Kalau sata kata saya hantar, saya hantar lah.. kenapa dengan awak ni.. atau awak nak saya dukung awak sampai ke kereta.. kalau nak.. saya tak kisah..saya okey.." Sengaja Izzani mengugut Dahlia..

Mendengarkan butir bicara Izzani seperti itu,tanpa dipaksa Dahlia terus mengikuti langkah Izzani menuju ke kereta yang di parking kemas.. Tidak sampai seminit mereka masuk ke dalam kereta, Izzani terus menghidupkan enjin keretanya.. Sekelip mata sahaja kereta Honda Civic meluncur laju di atas jalan raya.. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah Dahkia, mereka tidak pun mengeluarkan sepatah kata..Hanya kedengaran bunyi music yang berkumandang di dalam kereta Izzani..

Setelah hampir tiga puluh minit, akhirnya mereka sampai di hadapan rumah Dahlia.. Tanpa berlengah,Dahlia terus meluru keluad dari perut kereta.. Izzani menurunkan sedikit cermin keretanya seolah olah hendak membicarakan sesuatu kepada Dahlia..

" Dahlia.. Ingat dua hari lagi.. " Kata Izzani

" Saya ingat lah.. " Marah Dahlia.. Geram bila di ingatkan tentang hal yang tidak sepatutnya berlaku pada dirinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience