BAB 14

Drama Completed 6758

Hari demi hari telah berlalu,tidak terasa sudah sebulan lebih dia bergelar isteri kepada Izzani.. Segala perkara yang diminta oleh Izzani juga dilakukannya.. Namun Dahlia masih tidak mengerti akan apa maksud yang di katakan Izzani padanya ketika itu..

Izzani yang sedang asyik duduk di halaman rumah hanya memandang ke arah Dahlia yang khusuk melakukan kerjanya.. Tidak sedikit pun rasa hati nya mahu berterus terang dengan Dahlia akan perkara sebenar.. Sedikit demi sedikit dendam nya terkubur dengan rasa kasih dan sayang yang timbul di hatinya di kala dia bersama Dahlia..

" Kejam kah aku memperlakukan dia seperti itu.. Kenapa aku harus melibatkan dia dalam dendam ku.. Sudah terbukti ketika itu bukan dia yang menyebabkan adikku kemalangan tetapi ayah nya.. Adilkah aku memperlakukan nya seperti ini.. Ya Tuhanku.. Hamba mohon pertunjuk darimu.. Semoga segala urusan yang tidak baik bertandang di hatiku segara Engkau singkirkan.. Terbitkanlah sedikit kasih kepada ku mahupun dia jika benar kami harus bersama.. Hamba memohon agar Engkau mengampuni segala dosa hamba selama ini.. " Kata Izzani di dalam hati.. Khayalannya berakhir di kala dia mendengar Dahlia memanggil namanya..

" Awak.. Izzani.. "

" ya saya.. sekejap.. " Dengan tergesa gesa Izzani bangkit dari duduk nya menuju kearah Dahlia yang memanggilnya..

" Awak.. barang dapur habis.. macam mana saya nak masak.. " adu Dahlia sebaik sahaja Izzani muncul di hadapannya..

" Kalau macam tu kita ke pasar lah.. Awak pergi bersiap.. Saya tunggu awak di luar.. " Kata Izzani..

Beberapa minit kemudian, Dahlia muncul di hadapan Izzani dengan gaya yang sangat simple namun enak di pandang mata.. Seketika Izzani terbuai dengan keayuan Dahlia meskipun cara pemakaian gadis itu tampak bersahaja.. Dahlia yang perasan akan renungan mata Izzani segera memetik jarinya seolah olah dia mahu Izzani tersedar..

" Dah siap.. jom.. " Tanpa berlengah, Izzani terus berlalu masuk ke dalam kereta.. Malu di tangkap oleh Dahlja menyelubungi hatinya..

" Jom.. " Kata Dahlia..


****************************

Pasar tani pekan baru..

Mereka berjalan masuk bersama menuju ke arah destinasi mereka untuk mencari barang keperluan dapur mereka.. Ramai mata yang memandang ke arah mereka..

" Iz.. awak tak rasa ke orang tengah tengok kita.. " Dahlia bersuara setelah dia menyedari ada mata yang memandang mereka..

" Peduli apa dengan diorang.. Saya kesini dengan awak nak beli barang daour bukan buat bemda yang tak senonoh.. " Kata Izzani

" Memanglah kita tak buat benda yang tak senonoh.. tapi awak tengok lah cara mereka pandang kita macam kita ni ada buat salah.." Kata Dahlia yang masih tidak puas hati dengan kata kata Izzani..

" Biarkan je lah mereka .. nak peduli buat apa.. cepat lah pilih.. Cepat selesai cepat kita balik.."

" Ya lah.. awak tolong lah saya.. " Pinta Dahlia..

Mereka menuju ke arah bahagian yang menempatkan sayur sayuran.. Di situ mereka terdengar ada sesuatu yang di bicarakan oleh orang di belakang mereka..

" Cantik wei perempuan tu.. Kalau aku dapat makwe macam minah tu.. memang sah aku tak keluar bilik.. sumpah tak cari yang lain.. " Kata salah seorang pemuda di belakang mereka..

" Kalau dia tak berpunya tak apa bro.. Cuba kau tengok mamat tu.. lawa.. Tu mungkin saudara dia tak pun suami dia.. " Kata seorang lagi pemuda yang mengenakan T-Shirt berwarna biru laut..

" Tapi nampak dari segi muka,mungkin itu suami dia.. tapi siapa kisah.. Entah entah minah tu perempuan simpanan, ya lah.. Perempuan zaman sekarang..bukan boleh percaya sangat.. Banyak lelaki bujang di luar sana, yang ada isteri juga di pilihnya.. " Tambah salah seorang pemuda yang ada di situ..

" Betul tu bro.." Mereka berempat ketawa akan butir bicara mereka tanpa mereka sedar dua orang itu mendengari setiap kata yang mereka bicarakan..

Izzani dapat melihat sebutir mutiara jernih jatuh membasahi pipi gadis itu.. Tidak di sangka sampai ke situ anggapan mereka kepadanya Melihat akan perkara itu, Izzani mengapai tangan Dahlia lalu di bawanya ke bahagian pembayaran.. Tidak sanggup lagi dia melihat keadaan kecewa Dahlia ketika itu.. Selesai melakukan pembayaran mereka segera melangkah keluar dari situ.. Di luar pula mereka sekali lagi di uji..

" Lawa makwe bang.. boleh kongsi sikit tak.. " Kata salah seorang lelaki dalam lingkungan 30 an itu..Yang lain hanha mengetawai apa yang di ungkapkan oleh ketua mereka..

Dahlia yang sedikit ketakutan berpaut pada lengan Izzani.. Izzani pula menarik tangan Dahlia lalu di gengamnya erat..

" Apa kau cakap tadi.. aku tak dengar.. " Kata Izzani

" nak aku ulang lagi.. Makwe kau cantik.. apa kata kita kongsi sikit.. awak pun mungkin belum rasa lagi kan.. " kata lelaki itu..

" kongsi.. kau ingat awek aku ni pelacur kau nak main kongsi kongsi.. Dia isteri aku.." Bentak Izzani..

" Marah ke bro.. macam ni lah bro.. Dia isteri kau.. Alah.. tak luak mana pun kalau aku sentuh sikit.. sikit je... " Lelaki itu mencuit sedikit wajah Dahlia..

Izzani yang nampak akan kejadian itu terasa darah nya mengalir laju.. Panas hatinya melihat lelaki itu menyentuh Dahlia.. Sepantas kilat satu tumbukkan padu hinggap di muka lelaki tersebut.. Lelaki tadi hilang pertimbangan lalu jatuh ke lantai.. Satu agenda tumbuk menumbuk berlaku di situ sehingga lah datang pihak berkuas.. Pergaduhan yang sengit tadi di leraikan oleh pihak berkuasa yang mengawal seluruh kawasan oasar tani itu. Kelihatan ada sedikit darah di wajah Izzani dan lelaki itu..

" Kenapa kamu berdua bergaduh di sini.. " tanya salah seorang penguatkuasa..

" lelaki itu yang ganggu kami.. Dia ganggu saya dan menghina isteri saya.." Terang Izzani..

Penguatkuasa itu menggangguk dengan butir bicara Izzani..

" Kalau tak salah saya.. kamu ni pengusaha terkaya.. Encik Izzani Mokthar bukan.. " Tanya salah seorang dari penguatkuasa itu..

Izzani mengganguk mengiakan apa yang di katakan oleh pemuda itu..

" Kalau macam tu.. Encik Izzani boleh pergi bersama isteri encik.. mereka ni saya akan uruskan.. Saya minta maaf atas apa yang berlaku pada encik.. Saya akan hantar laporan ini nanti kepada encik di kediaman encik Izzani.."

" Baiklah.. kalau macam tu..saya pergi dulu.. terima kasih atas pertolongan encik semua..Saya pergi dulu.. " Izzani dan Dahlia terus berlalu pergi meninggalkan mereka..

Dahlia terus memegang erat tangan Izzani.. Timbul sedikit rasa kesal di hatinya..

" sampai begitu sekali dia mempertahankan aku.. Pada hal dia tidak mencintai aku.." Bicara Dahlia di dalam hati..

Sebaik sahaja mereka sampai di rumah.. Izzani terus masuk ke dalam bilik meninggalkan Dahlia keseorangan.. Dahlia juga tidak berkata apa sebakik nya dia terus membawa masuk barangan yang di beli sebentar tadi lalu di susun nya dengan kemas.. Selesai segala susun aturnya, Dahlia mengambil sehelai tuala dan semangkuk air lalu di bawa nya ke bilik mereka.. Dengan perlahan Dahlia membuka pintu bilik itu.. Kelihatan kelibat Izzai yang tidak berbaju membuatkan Dahlia ingin berundur semula namun dia tetap gagahkan dirinya untuk menuju ke arah Izzani yang kelihatan sedang menahan sakit..

" Mari.. saya tolong awak bersihkan luka di muka awak.. " Tutur Dahlia perlahan..Tanpa menunggu persetujuan Izzani, Dahlia terus membersihkan luka di muka Izzani perlahan lahan takut pula jika lelaki itu kesakitan..

" Ouchh.. perlahanlah sikit.. sakit ni.. " Kata Izzani perlahan..

" sabarlah.. cuba tahan sikit.. Awak kan lelaki.. " Geram pula Dahlia dengan perangai Izzani..

Tanpa di duga Izzani mengengam tangan Dahlia membuatkan perlakuan Dahlia terhenti..

" Awak nak buat apa Izzani.. " Tanya Dahlia ketika dia menyedari Izzani semakin kuat menggegam erat tangan nya..

Tanpa menjawab kembali pertanyaan Dahlia, Izzani menyentuh di setiap inchi wajah ayu milik Dahlia.. Tidak cukup dengan itu dia membelai lembut rambut panjang Dahlia.. Izzani bagaikan terpukau dengan persona ayu milik Dahlia.. Izzani yang menyedari akan kelakuannya yang tidak di bantah sedikit pun oleh Dahlia membuatkan Izzani semakin galak melayani nafsunya.. Dia terbuai dengan setiap keindahan di wajah Dahlia..

" Ya Allah.. Jika ini aturan mu.. Aku rela..dan aku bersedia menerima nya.. " Bicara Dahlia di dalam hati.. Selama sebulan lebih dia menjadi isteri kepada Izzani , tidak sekali pun Izzani menyentuhnya sesuai dengan perjanjian mereka.. Izzani juga menjalankan segala kewajipannya sebagai seorang suami kecuali dari segi batinnya.. Izzani juga sering menjadi imam kepadanya setiap kali mereka berjemaah.. Izzani tidak pernah sekali pun melanggar batas nya seperti yang di minta..

Izzani yang masih terleka di alam nya sendiri meneruskan sahaja perlakuannya pada Dahlia.. Perlahan lahan Izzani merebahkan tubuh Dahlia di atas katil.. Izzani semakin galak dengan nafsu nya.. Tanpa di sedari, bibir mereka bersatu jua.. Lama mereka berkeadaan sebegitu.. Namun akhirnya Izzani tersedar akan kelakuannya.. Dengan segera Izzani bangkit dari pembaringannya..

" Maafkan saya Dahlia.. Saya tak sengaja.. Saya salah..saya langgar perjanjian kita.. Saya minta maaf Dahlia.. " Kata Izzani sebaik sahaja dia bangkit dari katil itu..

" Tak apa.. Saya faham .. Saya tak salahkan awak.." Kata Dahlia bernada lembut..

" Tapi.. saya melanggar batas di antara kita.. itu perjanjian kita.. Saya minta maaf.. " Timbul rasa kesal di hatinya kerana dia terlupa akan batas perjanjian mereka..

" Kalau itu ketentuan nya.. Saya tak boleh berbuat apa Izzani.. Kenapa awak hendak menidakkan kelakuan awak sedangakan awak berhak.. Hak awak tetap ada meskipun kita memiliki satu perjanjian.. Perjanjian itu kita yang tentukan tetapi perjanjian kita sebagai suami isteri di sisi agama itu wajib kerana ia sudah tertulis sebegitu Izzani.." Kata Dahlia.. Dia juga mengakui akan perasaan nya kepada Izzani.. Memang satu ketika dahulu dia tidak mencintai lelaku itu tetapi siapa dia untuk menidakkan rasa yang timbul di hatinya..

" Saya cintakan awak Dahlia.. Niat saya untuk memperisterikan awak bukanlah disebabkan dendam itu tetapi hati saya meronta meminta awak menjadi suri di hati saya.. Saya ego bila saya dapat tahu ayah awak punca kematian adik saya..dan akhirnya saya paksa awak nikahi saya.. kerna dengan cara itu, saya mampu mengawal hidup awak.." Kata Izzani

" Awak cintakan saya.. Kenapa awak biarkan perkara itu berlaku.. Kenapa perlu di seksa hati itu.. Awak boleh terus terang dengan saya..mana tahu ketika itu saya juga boleh mencintai awak seperti awak mencintai saya.."

" Saya minta maaf Dahlia.. Saya tak cukup kuat untuk mengakui yang saya cintakan awak ketika itu.. di sebabkan itu saya bagi awak tempoh tiga bulan.. Saya nak awak sendiri jatuh cinta pada saya.. Dan saya nak awak terus menjadi isteri saya tanpa sebarang syarat pun.." Terluah jua akhirnya ..Segala yang terbuku di hati, di bicarakan sahaja..

" Saya maafkan awak.. Kenapa tidak kalau kita lupakan segala perjanjian kita.. " Kini giliran Dahlia pula yang berkias..

" Maksud awak.. Awak sudi jadi isteri saya untuk selamanya..Awak..." Belum sempat Izzani menghabiskan kata katanya Dahlia terlebih dahulu mengganguk sebagai tanda menyetujui kata kata yang sememangnya betul seperti apa yang di rasakannya..

" Kalau macam tu.. Awak tunggu sini sekejap.. Sekejap lagi saya kembali.." Tanpa menunggu kata setuju dari Dahlia, Izzani keluar dari bilik mereka menuju ke bilik bacaan..

Seketika kemudian, Izzani kembali lagi ke dalam bilik peraduan mereka.. Kelihatan Izzani memegang sesuatu.. Izzani menghampiri Dahlia yang duduk di birai katil.. Tanpa teragak agak, Izzani melutu di hadapan Dahlia lalu berkata..

" Dahlia Binti Rahman.. sudikah awak menjadi suri di hati saya untuk selama lamanya.." Izzani menyuakan sebentuk cincin yang sangat cantik di hiasi sebiji permata kecil di tengahnya..

" Jangankan suri di hati.. Menjadi permaisuri di hati awak pun saya sudi.." Kata Dahlia lalu menghadiakan sekuntum senyuman kepada Izzani.. Dengan segera Izzani menyarungkan cincin itu ke jari Dahlia.. Dahlia lalu mencium tangan Izzani penuh kasih sayang..

Di saat melihat kemanisan senyuman Dahlia, sekali lagi Izzani terpukau dengan kecantikkan Dahlia.. Namun tindakkan Izzani tidak seperti tadi yang agak agresif.. Betapa bahagianya Izzani ketika itu hanya Tuhan yang tahu.. Segala dendam yang tersemat akhirnya terus terkubur begitu sahaja..

" Izinkan saya untuk terus menjadi imam kepada awak.. dan izinkan saya untuk terus menjalankan kewajipan saya sebagai suami kepada awak dan izinkan saya terus bertaktha di hati awak dan saya berjanji akan terus membawa cinta kita sampai ke Jannah.." Ungkapan ikhlas Izzani sungguh menyentuh hati Dahlia.. Tanpa di sedari mutiara jernih terlerai jua..

" Terima kasih Izzani dengan semua ke ikhlasan hati awak.. Saya tak mampu nak balas balik.. tapi saya berjanji akan jadi seorang isteri yang terbaik untuk awak tak kiralah dari segi zahir mahupun batin.." Kata Dahlia lalu memeluk tubuh Izzani.. Pelukkannya di balas dengan penuh kasih sayang dari Izzani..

Bersaksikan alam dan keindahan malam, mereka melayari bahtera indah mereka.. Pada hari itulah,segala janji yang ungkapkan seketika dahulu terkubur oleh cinta yang semakin subur tersemai di hati mereka.. Itulah malam pertama mereka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri dalam erti kata sebenar..Tiada lagi dendam tiada lagi perjanjian.. yang tinggal lembaran baru terbina di antara mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience