BAB 7

Drama Completed 6758

Sebulan berlalu selepas pemergian arwah Hj Rahman dan Hjh Suria, Dahlia menjadi seorang yang sangat sensitif dan mudah marah jika sesuatu perkara tidak berkenan di hatinya.. Setelah sebulan pemergian kedua ibu dan bapanya, Dahlia kembali bekerja.. Dahlia sengaja menyibukkan dirinya dengan pelbagai macam kerja.. Pagi yang indah di sinari cahaya mentari, Dahlia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja..

" Selamat pagi Cik Lia..Sarapan.." Kata Mak Siah lembut..

" Terima kasih Mak Siah.. " Dahlia sekadar menayangkan senyuman nipis kepada Mak Siah..

" Iskandar mana Mak Siah.." Dahlia bertanya selepas dia tidak dapat melihat kelibat Iskandar..

" Iskandar.. dia tak ada sini Cik Lia..awal pagi lagi dia dah pergi..tapi Mak Siah tak tanya la pula dia nak kemana.." Kata Mak Siah kepada Dahlia..

" Ohh ye ke.. tak apa lah Mak Siah.. Lia pergi dulu.. Assalamualaikum.." Dahlia pergi meninggalkan Mak Siah bersendirian..

" Waalaikumussalam.."

*************************

" Selamat pagi Cik Lia.." Kata Zila

" Ikut saya Zila.." Arah Dahlia kepada Zila..

" baik Boss.."

" Apa jadual saya hari ini.." Tanya Dahlia sedikit tegas..

" Hari ini Cik ada meeting dengan Izani dari Iz Company pukul 10 pagi di cafe Melinda.. Kemudian Cik ada makan tengah hari bersama Puan Aida dari Mentari Holding dan Pukul 3 petang di Cafe Garden Hotel dan kita ada meeting bersama staff.. Itu sahaja untuk hari ini Cik Lia.." Terang Zila kepada majikannya..

" Okey..Thank you Zila.. Saya nak awak dan Ashraf ikut saya dalam semua meeting luar kita hari ini.." Arah Dahlia kepada Zila..

" Baik Cik Lia.. ada apa apa lagi.. Kalau tak ada saya minta diri dulu.."

" Itu sahaja Zila..Thank you..kalau ada apa apa nanti saya akan panggil awak lagi.." Kata Dahlia..

" Baiklah.. Saya minta diri dulu.." Zila berlalu pergi meninggalkan Dahlia..


*****************************

Cafe Melinda..

Dahlia, Zila dan Ashraf masuk ke dalam Cafe Melinda seperti yang di janjikan..

" Cik Dahlia Rahman.." Panggil Amar PA kepada Iskandar..

Dahlia menghadiahkan segaris senyuman kepada Amar..Dia dan dua pekerjanya melangkah ke arah Amar yang sedang melambaikan tangannya kepada mereka..

" Assalamualaikum.. Dah lama sampai.." Tanya Dahlia..

" Waalaikumsalam Cik.. Silakan duduk Cik Dahlia.. Cik Encik Silakan duduk.. Kami baru sampai.." Kata Amar..

" Thank you.. Encik Izzani mana.." Tanya Dahlia setelah dia duduk bersebelahan dengan zila..

" Encik Izzani..ohh dia pergi ke suatu tempat..sekejap lagi dia sampai.." Terang Amar..

" Baiklah.. Urm.. Encik Amar.. Boleh saya tanya satu soalan.."

" Cik nak tanya apa..tanya lah.."

" Boss awak tu memang nama dia Izzani dan dia orang mana.." Tanya Dahlia..

" Itu memang nama dia Cik.. Dia orang mana saya tak pasti Cik..tapi yang saya tahu dia orang sini sini juga.. itu menurut apa yang saya tahu lah Cik..Kenapa Cik Dahlia tanya.."

" Tak ada apa..saja nak tahu.."

" Ooo..macam tu..ya lah.. kalau Cik nak tahu lagi Cik tanya lah dia sendiri.." Kata Amar sambil dia tersengih memandang Dahlia..

" Kalau boleh memang nak tanya lagi tapi nanti apa kata Encik Izzani.. " Kata Dahlia lembut..

Mereka ketawa memenuhkan ruang Cafe Melinda.. Tidak lama kemudian, Izzani datang menghampiri mereka..

" boss.. baru sampai..silakan duduk boss.." Kata Amar smbil dia menarik kerusi yang berada di sebelahnya untuk Izzani..

" Thank you.. " Kata Izzani..

" Boleh kita mulakan sekarang.. " Dahlia bertanya setelah beberapa saat dia berdiam..

" Silakan Cik Dahlia.." Kata Izzani bersahaja..

Mereka meneruskan perbincangan tentang projek gabungan syarikat di antara mereka..

" thank you Encik Izzani.. cadangan dari syarikat Encik sangat memuaskan.. saya senang bekerjasama dengan syarikat Encik.. " Kata Dahlia sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan rakan kongsinya Izzani..

" Sama-sama Cik Dahlia.. Saya juga merasa senang hati dan sangat berpuas hati bekerjasama dengan Syarikat Cik.. Saya harap projek ini akan berjalan dengan lancar.." Izzani berbicara lalu menyambut huluran tangan Dahlia..

" Kalau macam tu.. Saya minta diri dulu.. Kita jumpa next meeting Encik Izzani.." Kata Dahlia..

" Baiklah.. Silakan Cik Dahlia.."

Mereka bergerak mengikut haluan masing masing.. Segala perbincangan ditamatkan di situ..tanpa ada sebarang masalah mahupun kesukaran di sepanjang perbincangan mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience