BAB 3

Drama Completed 6750

Jam loceng di jenguk dalam keadaan mamar.. Iskandar bangun dari baringan dan badannya di sandarkan ke kepala katil.. Sudah hampir pukul tujuh pagi, dia mula terfikir akan sesuatu.. Dengan cepat dia bingkas lalu mengapai tuala mandinya dan berlalu pergi ke bilik air..
Seusai mandi Iskandar mengenakan kemeja biru muda dan berseluar jean.. Wangian di semburkan di pergelangan tangan.. Iskandar bergegas keluar dari biliknya..

" Is.. segak nya..nak kemana awal pagi macam ni.." tanya Mak Siah apabila melihat anak muda itu tergesa gesa..

" Terkejut Is.. Is ada urusan dekat luar kota hari ni.. Is dah lambat Mak Siah.. Is pergi dulu.. Assalamualaikum Mak Siah.." Kata Iskandar berlalu pergi..

" waalaikummussalam..Hati hati di jalan.." Kata Mak Siah dan dia meneruskan kerjanya kembali..

" Mak Siah.. selamat pagi..." Kata Dahlia yang baru muncul dari dalam biliknya..

" Cik Dahlia.. selamat pagi.. Cik Dahlia nak sarapan..Mak siah dah sediakan atas meja.." Kata Mak Siah lembut..

" kita sarapan bersama nak..jom.." ajak Dahlia..

" Mak Siah ada kerja.. Cik sarapan lah dulu.."

" Nanti nanti sambunglah lagi .. Jom lah Mak Siah.. temankan Lia.." pujuk Dahlia manja.. Sudah menjadi rutin hariannya mengajak Mak Siah bersarapan bersamanya tak kira ada atau tidak orang tuanya di rumah.. Mak Siah pula hanya menuruti sahaja permintaan Dahlia..

" Baiklah.. mari.." Kata Mak Siah..

" Urmm.. Mak Siah.. si sengal tu mana..tak nampak pun.." Kata Dahlia sambil matanya memerhati kawasan sekeliling mencari kelibat Iskandar..

" Iskandar.. Dia tak ada.." Kata Mak Siah lalu dia menyerahkan secawan kopi kepada Dahlia..

" Tak ada..dia kemana Mak Siah.." Tanya Dahlia lagi..

" Cik tanya dia ni, ada apa apa ke.." Mak Siah sengaja mengusik..

" Mak Siah ni..ke situ pula.. Tak ada lah.. biasanya waktu macam ni, dia baru balik jogging.. Hari ni tak nampak pun dia.." Kata Dahlia sedikit kecewa..

" Iskandar pergi ke luar kota ..Ada urusan katanya.. " Kata Mak Siah..

" Urusan.. urusan apa Mak Siah.." Tanya Dahlia lagi..

" Manalah Mak Siah tahu Cik.. Cik tanya lah dia sendiri.." Mak Siah tersenyum kepada Dahlia membuatkan Dahlia tersedak..

" Saya nak tanya..memang taklah mak Siah.. malu Lia nak tanya.." Dahlia tersengih..

" Cik Lia ni kan.. Kalau suka tu cakap nanti kena ambil orang baru padan muka..melepas.." Mak Siah mengusik Dahlia..

" Suka dia.. tak lah Mak Siah.. tak kan Lia nak cakap..Apa orang kata nanti, perigi cari timba.." Kata Dahlia..

" Apa sahajalah Cik Lia.., Mak Siah nak sambung kerja.. Nanti Cik Lia panggil Mak Siah kalau dah selesai sarapan tu.." Kata Mak Siah

" Baiklah Mak Siah.."

Seusai sarapan, Dahlia seperti biasa.. Dia akan mengemaskan dan membersihkan meja makan.. Walaupun sering kali Mak Siah berpesan agar memanggilnya setelah selesai namun Dahlia tetap dengan pendiriannya, Dahlia sudah terbiasa melakukan semua kerja dirumah walaupun dia memiliki orang gaji tetapi itu bukanlah alasan untuk dia bersenang lenang ..


****************************

Dahlia bersiap hendak ke pejabat papanya, semenjak papa nya Hj Rahman di luar negara, dialah yang menguruskan segala hal ehwal yang ada di pejabat papanya..Kadang kadang dia meminta Iskandar untuk menemani dia di pejabat tetapi memandangkan hari ini Iskandar tiada, terpaksalah dia bersendirian..

" Dia ke luar kota buat apa..urusan apa yang dia buat.." Kata Dahlia di dalam hati..

Kedengaran bunyi enjin kereta di hidupkan, Kereta milik Dahlia meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumah nya..

Golden Star Holding..

Dahlia melangkah masuk ke dalam bangunan kerja papa nya..

" Selamat pagi Cik Lia.." Kata Dewi selaku penyambut tetamu di Golden Star Holding..

" Selamat pagi Dewi.." Dahlia menghadiahkan segaris senyum untuk gadis kecil molek penyeri syarikat mereka..

" Selamat Pagi boss.." Kata Zila.. Pembantu peribadi Dahlia..

" Pagi.. urm.. Zila.. ikut saya.." Arah Dahlia lembut..

" Baik boss.." Dengan segera Zila mengikuti langkah Dahlia masuk ke pejabatnya..

" Duduk Zila.. Hari ini saya ada janji temu tak..atau urusan lain.." Tanya Dahlia..

" Hari ini kita ada meeting di luar kota jam tiga petang.. kemudian kita ada makan tengah hari bersama client kita dari Jepun.. Itu sahaja untuk hari ini.." Terang Zila..

" Pukul Tiga luar kota..dengan siapa??" Tanya Dahlia kepada Zila..

" Yang itu.. kita melawat tapak pembinaan resort kita bersama Iz Company.. " Kata Zila..

" Iz Company.. oohh..company baru tu ke.."

" Ye Cik Lia.. ada apa apa lagi Cik Lia.. Kalau tak ada saya nak minta diri.." Kata Zila

" Tak ada..thank you Zila.."

Zila melangkah menuju ke arah pintu pejabat Dahlia..

" urm..Zila.. wait..."

" Ada apa Cik.."

" Selepas lunch tengah hari bersama client Jepun, Saya nak awak dan Asyraf ikut saya ke luar kota.. " Arah Dahlia kepada Zila..

" Baiklah Cik Lia.. Saya minta diri dulu Cik Lia.." Kata Zila berlalu pergi meninggalkan Dahlia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience