BAB 6

Drama Completed 6758

Dahlia yang asyik membaca majalahnya tiba tiba terdengar satu berita yang di siarkan di satu stesen tv.. Mata nya tidak lari dari memandang gambar dua orang yang amat di kenalinya.. Pemberita mengesahkan sepasang suami isteri maut dalam nahas kapal terbang dari London ke KL.. Pemberita itu juga mengesahkan identiti mangsa nahas tersebut dan beberapa nama sebagai orang ternama..Tidak terkecuali nama Haji Rahman dan Isterinya Hjh Suria yang juga merupakan penaung GOLDEN STAR HOLDING SDN BHD.. Mendengar akan nama yang di sebut, Dahlia meraung kesedihan..Dia menanggis semahu mahunya takkala dia mendengar nama ayah dan ibu nya tersenarai dalam nama penumpang nahas kepal terbang yang di bacakan oleh pemberita sebentar tadi..

" Mama.. papa........" Dahlia menjerit meraung pilu.. Mak Siah yang mendengar tangisan dan jeritan Dahlia, dengan segera dia berlari mendapatkan Dahlia..Mak Siah memeluk Dahlia seketika untuk menenangkan Dahlia dan bertanya apa yang berlaku..

" Suhhh..kenapa ni Cik Lia.."

" Papa..mama.."

" kenapa dengan Tuan dan Puan Cik..."

" Papa dan mama..dah pergi tinggalkan kita Mak Siah..." Kata Dahlia sambil tangannya menunjukkan kearah Tv di ruang tamu.. Mak Siah memerhatikan apa yang di tunjukkan oleh Dahlia kepadanya.. Dia juga turut terkejut mendengar berita tersebut.. Mak Siah bersimpati dengan nasib yang menimpa Hj Rahman dan isterinya Hjh Suria..

" mengucap Cik.. Allah lebih menyayangi mereka.." Mak Siah cuba menenangkan Dahlia..

Namun Dahlia tetap begitu,hati siapa yang tidak pilu mendengar akan berita sedemikian.. Iskandar yang baru mendapat berita tentang kematian kedua dua majikannya berlari masuk ke dalam rumah..Saat itu dia melihat Dahlia menanggis pilu di samping Mak Siah..

" Cik Lia.. Pihak hospital ada hubungi saya sebentar tadi, mereka meminta Cik Lia datang ke hospital bagi proses pengecaman.. Kesemua mangsa akan di jangka tiba dua jam dari sekarang Cik Lia.." Terang Iskandar kepada Dahlia namun Dahlia hanya membisukan dirinya.. Dahlia tidak mengatakan sesuatu tetapi sebaliknya dia terus menanggis.. Air matanya terus mengalir membasahi pipi gadis itu..


**********************

Semua keluarga mangsa yang terkorban berkumpul di Hospital Besar TNS bagi proses pengecaman mangsa.. Iskandar dan Mak Siah juga turut ada bersama untuk menemani Dahlia..

Nama Dahlia di panggil masuk ke dalam bilik mayat bagi proses tersebut.. Dahlia melangkah masuk kedalam dengan pelbagai macam perasaan..

" Cik..sila kan.. "

Di saat Dahlia membuka kain yang menutupi jasad kedua orang tuanya.. Saat itu Dahlja bagaikan tiada arah tuju lagi.. Dahlia memeluk kedua jasad ibu dan ayahnya sebaik sahaja kain yang menutupi wajah mereka terbentang..

" Mama..papa.. kenapa mama dan papa tinggalkan Lia.." Tanggis Dahlia sambil dia memeluk jasad yang kaku itu..

" Sabar Cik Lia.. Ingat Allah Cik Lia.. " Kata Mak Siah..

Iskandar masih berbual dengan seseorang di luar bilik untuk menguruskan jenazah kedua majikannya.. Urusan jenazah akan di segerakan..
Jenazah kedua ibu bapa Dahlia selesai di uruskan .. Segala urusan berjalan dengan lancar.. Tiada sebarang masalah.. Suasana hiba di perkarangan kawasan perkuburan dengan kehadiran sanak saudara dan orang orang yang mengenali mereka.. Pilu dan sayu setiap yang datang dan pergi..

" Cik Lia.. mari..kita balik.." Mak Siah mengajak Dahlia setelah semua yang ada seketika berganjak pulang..

" Lia tak nak balik.. Lia nak dekat sini.. Lia nak temankan mama dan papa.."

" Jangan macam ni Cik Lia.. tak baik macam tu.. ingat Allah nak.." Pujuk Mak Siah lagi..

" kenapa Allah ambil mama dan papa..kenapa bukan Lia Mak Siah.." Kata Dahlia dalam tangisan..

" Kenapa Cik Lia cakap macam tu.. Mengucap Cik Lia..Allah lebih sayangkan mereka.. Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya.. Cik Lia kena kuat.. " Kali ini Iskandar pula yang bersuara..

" Betul tu Cik Lia.. Cik Lia kena kuat.. mari.. kita pulang..hari pun dah lewat.." Kata Mak Siah..

Dengan perasaan yang hiba..langkah yang berat,Dahlia akhirnya akur jua untuk bangkit dan berlalu pergi.. Sepanjang perjalanan mereka Dahlia hanya diam dan menanggis.. Puas Mak Siah memujuk nya dan akhirnya Mak Siah membiarkan Dahlia untuk menanggis agar gadis itu lebih tenang.. Iskandar yang melihat situasi tersebut hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.. Dia sendiri juga sedih akan kehilangan Hj Rahman dan Hjh Suria.. Dia juga pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.. Dia memahami perasaan Dahlia ketika itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience