BAB 9

Drama Completed 6758

" Kalau lah Dahlia tahu siapa Izzani.. Apa yang akan Dahlia lakukan.. tapi.. Aku tak boleh mengalah macam tu je.. Aku kena terus berjuang demi kau Iskandar.."

Begitulah coretan hati Izzani.. Tiada yang lebih penting dari kasihnya kepada adiknya Iskandar.. Namun apa kan daya.. Di sebabkan sikap tamak seseorang , adiknya menjadi mangsa kekejaman mereka.. Izzani dengan nekad mahu menuntut apa yang sepatutnya yang di miliki oleh Iskandar.. Namun dari sisi yang lain, Izzani mencintai Dahlia yang merupakan anak kepada munsuhnya selama ini..

Setahun yang lalu...

Iskandar terlibat dengan satu nahas jalan raya, ketika itu Iskandar merupakan seorang pemandu kepada ayah Dahlia, Haji Rahman.. Iskandar merupakan seorang lelaki yang sangat baik hati..dan agak sedikit lurus bendul.. Iskandar hanya mengikuti apa sahaja arahan yang diberikan padanya ileh sesiapa sahaja berbeza dengan abang nya Izzani.. Izzani seorang lelaki yang bijak dan dia juga memiliki hati budi yang baik..

Izzani dan Iskandar merupakan saudara kembar tetapi mereka di besarkan di rumah anak yatim selepas kematian kedua ibu bapa mereka.. Izzani selalu mendahulukan adiknya Iskandar kerana Iskandar sedikit istimewa daripadanya .. Iskandar yang terlahir dengan sifat yang lambat memahami apa sahaja yang baru di pelajarinya.. Izzani terlalu menyayangi Iskandar, dia sanggup melakukan apa sahaja demi Iskandar.. Sehinggalah mereka memiliki sebuah Syarikat dan mereka bertemu semula dengan Dahlia, kawan masa kecil mereka.. Segalanya berubah, Iskandar memilih untuk bekerja dengan ayah Dahlia supaya dia lebih mendekati gadis itu.. Izzani hanya mampu menyetujui apa sahaja kehendak Iskandar..

Izzani tahu kenapa Iskandar memilih untuk bekerja dengan keluarga Haji Rahman.. Cinta yang terpendam di hati Iskandar kepada Dahlia mendorong Izzani untuk melepaskan adik kesayangannya Iskandar.. Selepas beberapa bulan Iskandar bekerja dengan keluarga Hj Rahman, Iskandar terlibat dengan satu tragedi yang meragut nyawanya membuatkan Izzani menyimpan satu dendam terhadap keluarga Hj Rahman setelah dia mengetahui punca kematian adiknya Iskandar.. Kematian Iskandar tiada siapa yang mengetahuinya kerana menurut siasatan polis kereta yang di pandu oleh Iskandar seratus peratus rentung dan mereka tidak menjumpai sebarang mayat dan akhirnya kes tersebut di tutup dan hanya disahkan sebagai kemalangan biasa..

Izzani yang tidak dapat menerima kenyataan atas berita kemalangan yang melibatkan adiknya membuatkan Izzani menyiasat punca kemalangan tersebut yang membawa dia ke satu tempat dimana Iskandar diselamatkan oleh orang kampung.. Namun keadaan Iskandar waktu itu sangat kritikal, Izzani menghantar Iskandar ke hospital yang ada di kawasan desa tersebut dengan harapan Iskandar akan sembuh.. Tetapi sebaliknya yang terjadi, Iskandar menghembuskan nafas terakhirnya selepas dua minggu kemalangan tersebut.. Punca kemalangan tersebut hanyalah di sebabkan perselisihan faham di antara Haji Rahman dan rakan kongsinya.. Di sebabkan ketidak puasan hati,salah seorang rakan kongsi Haji Rahman telah melakukan sesuatu dengan cara membuatkan kereta yang sepatutnya di pandu oleh Haji Rahman ketika itu hilang kawalan namun malangnya, Haji Rahman terselamat dari tragedi tersebut kerana secara kebetulan anaknya Dahlia baru pulang dari luar negara dan Haji Rahman meminta Iskandar untuk menjemput Dahlia di lapangan terbang..

Semasa dalam perjalan ke lapangan terbang, Iskandar gagal mengawal kenderaan nya menyebabkan keretanya tercampak ke dalam gaung.. Sebelum kereta tersebut meletup Iskandar sempat melarikan diri jauh dari keretanya..Siapa sangka, Iskandar juga akhirnya tewas walaupun bukan di tempat kejadian.. selepas kejadian tersebut, Izzani menyamar menjadi Iskandar.. Kemunculan Izzani sebagai Iskandar membuatkan Hj Rahman merasa lega kerana Iskandar yang dikatakan hilang akhirnya kembali dengan keadaan yang sihat tanpa sebarang kelukaan selepas sebulan kemalangan ngeri itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience