BAB 11

Drama Completed 6758

Izzani duduk termenung sambil memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.. Seketika ingatan dan kata kata Iskandar timbul di benaknya..

" Abang.. Is nak abang tunaikan satu permintaan.. Is harap abang akan lakukannya.." Pinta Iskandar kepada Izzani..

" Permintaan apa yang Iskandar mahu abang lakukan.." Tanya Izzani kepada adik nya..

" Is nak abang kahwini Dahlia.. Abang kenal Dahlia bukan.. Is nak sangat dia jadi isteri Is tapi abang tengok lah keadaan Is yang menunggu hari dan tidak berdaya..mana mampu Is hendak memperisterikan Dahlia.. Bila Is tak ada nanti, abang tolong jagakan Dahlia dan kahwini dia walau apa cara sekali pun demi Is.. Boleh kan.." Kata Iskandar..

Belum sempat Izzani membalas kata kata Iskandar, Iskandar sudah pun pergi untuk selamanya.. Di saat itu lah dia sedar bahawa kasih Iskandar kepada Dahlia sangat dalam.. Selepas pemergian Iskandar, Izzani bertekad untuk mendekati Dahlia, namun semua itu hanya sementara selepas Izzani mengetahui punca kematian Iskandar di sebabkan oleh ayah kepada Dahlia,Hj Rahman.. Izzani mengambil keputusan untuk membunuh Hj Rahman.. Siapa sangka, pada hari Hj Rahman dan isterinya hendak kembali ke Malaysia, mereka terlibat dengan nahas kapal terbang..

Dendam Izzani tidak pudar meskipun dia mengetahui Hj Rahman sudah tiada.. Izzani mula menyimpan niat hendak menghancurkan Dahlia tetapi, semakin dia mendekati gadis itu bagaikan ada sesuatu yang berlaku.. Semakin Izzani hendak menjauhkan dirinua dari Dahlia semakin banyak perkara yang tersimpan terbongkar..dan akhirnya Izzani mengambil keputusan untuk menikahi Dahlia seperti permintaan Iskandar kepadanya dahulu..

" Iskandar.. tak lama lagi abang akan mengahwini Dahlia sesuai dengan permintaan kamu.. Dan abang berjanji akan tuntut kembali hak kamu di Golden Star Holding.. Itu janji abang.." Kata Izzani di dalam hati.. Lamunannya terhenti di kala dia mendengar telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas.. Izzani bangkit lalu mengapai telefon nya untuk melihat siapa yang menghantar pesanan itu..

- " Saya nak jumpa awak esok di Taman Cahaya jam 8 malam.. Ada perkara penting saya nak bincang dengan awak.." - Dahlia -

-" baiklah.. jumpa di sana.." - Izzani -

Izzani meletakkan kembali telefonnya setelah dia membalas butiran pesanan ringkas yang di hantar oleh Dahlia sebentar tadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience