BAB 19

Drama Completed 6750

Beberapa hari berlalu, hubungan Izzani dan Dahlia masih lagi dingin.. Liza pula semakin galak merancang kejahatan nya..

" Izzani..Izzani.. kau ingat aku tak tahu yang kau memang bukan Iskandar.. aku sengaja kata kau Iskandar supaya lagi mudah kerja aku untuk hancurkan isteri kau Dahlia.. Di sebabkan keluarga dia, Iskandar mati.." Kata Liza sambil memegang sekeping gambar milik Iskandar dan sekeratan akhbar kisah tentang tragedi yang menimpa Iskandar..

Rupa rupanya Liza memiliki agenda tersendiri.. Manusia yang tidak mengetahu asal usul jalan cerita hanya menganggap pada sesuatu perkara yang di pandang dengan sebelah mata sahaja.. Liza masih lagi belum mengetahui lagi kisah sebenar yang menimpa Iskandar.. Kerana dendam tertutuplah segala pintu kemurnian di hati seseorang manusia..


***************************

Izzani duduk mengeluh di dalam pejabat nya sambil mengenangkan bermacam macam perkara yang berlaku dalam keluarga nya.. Di tambah lagi, Dahlia yang sarat mengandungi hanya menunggu hari untuk bersalin.. Hubungan mereka pula masih belum lagi reda..Bermacam cara Yang sudah Izzani lakukan agar Dahlia mempercayainya namun malang, semua itu hanya sia sia bagi Iskandar..

Seketika kemudian telefon bimbit Izzani berbunyi..

" Hello Encik Izzani.. Saya dari pihak hospital puteri ingin menyampaikan sesuatu mengenai isteri encik.. Puan Dahlia."

" kenapa dengan isteri saya Cik.." Tanya Izzani binggung..

" Saya cuma nak bagitahu.. kalau boleh.. Encik datang lah ke hospital kami untuk proses persalinan isteri Encik Izzani.. " terangnya kepada Izzani..

" baiklah Cik.. lagi setengah jam saya sampai.. apa pun.. thank you.. kerana bagitahu saya.." Kata Izzani sebelum pergi meninggalkan pejabatnya..

Dengan tergesa gesa Izzani meninggalkan pejabatnya.. Dia mahu berada di samping Dahlia di saat waktu kelahiran anak mereka.. Sampai sahaja di hospital Izzani terus menuju ke arah bilik yang menempatkan isterinya sebelum bersalin seperti yang di khabarkan kepadanya sebentar tadi..

" Lia.. abang datang.. "

" Awak datang buat apa.. pergi lah bersama semua kekasih awak.."

" kenapa Lia masih tak percayakan abang.. Abang tak tahu lagi nak bukti kan macam mana pada Lia.. Semua tu fitnah Lia.."

" Gambar tu..cukup menjadi bukti abang tipu Lia.." Dahlia masih tidak mengalah..

Ketegangan berlaku di dalam wad.. Kedengaran bunyi telefon bimbit Izzani berbunyi..

" sekejap sayang.. Hamdan call abang.. "

" Hello Hamdan.. ada apa.. kan saya cakap tadi..tak perlu tunggu saya.."

" Maaf boss.. tadi saya nampak Liza di usung masuk ke dalam hospital yang sama dengan Isteri boss berada.."

" Kenapa pula dengan dia.. apa yang berlaku.."

" menurut kata orang yang menghantar Liza, tu cakap yang Liza kena langgar masa polis nak tangkap dia.." Terang Hamdan mengikut kata salah seorang yang menghantar Liza ke hospital..

" Tak apa Hamdan.. saya nak awak pantau setiap apa yang berlaku.. apa apa nanti inform saya.. Saya nak kena temankan Dahlia ke ward bersalin dulu.."

" Baiklah boss " Panggilan di matikan.. Dahlia pula di bawa masuk ke dalam ward bersalin..

Setelah setengah jam berlalu, Dahlia selamat melahirkan seorang putera sulung mereka.. Izzani tidak berhenti mengucap syukur ke atas Ilahi dengan segala rahmat dan kelancarab kelahiran putera sulung mereka.. Kedengaran bunyi tangisan bayi bergema di dalam ruangan bersalin..

" Tahniah Encik..Puan.. Bayi lelaki seberat 3.2 kg.. Anak Encik ,alhamdulilah sihat dan isteri Encik juga sihat.." Kata Doktor yang menyambut kelahiran anak mereka..

" Terima kasih Doktor.." Ujar Izzani kepada Doktor tersebut..

Izzani lalu mencium dahi Dahlia sebagai tanda terima kasihnya kepada Dahlia.. Izzani juga sudah mengazan kan anak nya.. Mereka di pindahkan ke ward biasa selepas sejam berlalu..

Berita tentang kemalangan Liza masih lagi belum di kenal pasti.. Kepastian mengapa pihak polis menahannya juga masih belum di ketahui lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience