BAB 4

Drama Completed 6750

Cafe Mentari..

Segala urusan bersama client dari Jepun Encik Hokama berjalan dengan lancar.. Dahlia menarik nafas lega selepas perbincangan kertas kerja syarikat mereka di peesetujui dan di sukai Encik Hokama..

" Zila..Ashraf.. jom kita berangkat.. Nanti kita terlambat sampai di sana.." Kata Dahlia saat dia melihat jam tangannya yang baru menunjukkan pukul satu setengah petang..

" Baik Cik Lia " Kata mereka serentak..

Kereta milik Dahlia bertukar tangan, Ashraf pula yang memandu kenderaan majikannya..

" Urm.. Zila.. Kertas cadangan kita bersama Iz Company, awak ada bawa" ..

" Ada Cik.. Semua ada.. "

" Good Job Zila.. Ashraf..bawa kereta tu tak perlu laju sangat nanti..ibarat kata orang tua tua.. Biar lambat asalkan selamat.." Dahlia memperingati Ashraf..

" Baik Cik.. Mari.. kita gerak sekarang.." Kata Ashraf..

Tanpa berlengah mereka terus masuk ke dalam perut kereta.. Kereta di pandu dengan cermat menuju ke destinasi mereka menuju ke Iz Company.. Sepanjang perjalanan Dahlia hanya memikirkan siapa peneraju Iz Company dan kenapa Iskandar ke luar kota pada hari yang sama dengan dia.. Zila yang melihat akan riak wajah Dahlia yang seakan sedang memikirkan sesuatu bertanya kepada Dahlia..

" Cik..Cik Lia.." Panggil Zila.

" Ya Zila.. kita dah nak sampai ke.." Kata Dahlia yang baru tersedar dari lamunannya..

" Cik Lia okey.. Cik Lia macam ada masalah je.." Zila cuba meneka..

" Tak ada apa.. cuma terfikir macam mana rupa dan sikap peneraju Iz Company yang bakal kita jumpa sebentar nanti.."

" Oohhh...pasal tu.. Zila pun tak tahu Cik Lia, tapi saya pernah dengar orang kata peneraju Iz Company tu hemsem.." Kata Zila..

" Awak ni Zila.. yang hensem je yang awak tahu.. Saya pernah dengar yang peneraju tu baik, bujang tapi seorang yang sangat misteri.. Dia jarang ada di pejabat kecuali ada hal penting..Satu lagi orang ramai kata yang dia ni peramah dan agak sedikit cerewet orangnya Cik Lia.." Terang Ashraf panjang lebar..

" Bagus Ashraf, awak tahu serba sedikit pasal peneraju syarikat tu.. senang lah saya nak bersedia kalau kalau dia tak suka proposal kita nanti.." Kata Dahlia sedikit lega..


**************************

Ashraf memberhentikan kereta di tempat letak kereta di luar tapak pembinaan..

" Alhamdulilah.. sampai juga kita akhirnya ." kata Ashraf menarik nafas lega..

" jom turun.. kita masuk ke dalam.. Bedebar pula rasanya nak jumpa peneraju Iz Company.." Kata Zila..

Dahlia hanya sekadar tersenyum mendengar omelan kedua pekerja nya..

Mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke kawasan tapak pembinaan.. Saat tiba di kawasan pembinaan, anak mata Dahlia terpandang sesusuk tubuh badan yang amat di kenalinya..

" Selamat datang Cik..Encik.." Kata Amar kepada mereka bertiga..

" Terima kasih.. dah lama tunggu.." Dahlia bertanya kepada Amar..

" Tak Cik..kami pun baru sampai..sekejap..saya pergi panggil boss saya.."

" Boss.. diorang dah sampai.. kenapa boss nampak macam resah je.." Amar bertanya..

" Kalau kau nak tahu, Perempuan tu anak majikan saya.. Saya kan jadi drive Haji Rahman.. itu anak dia.. Aduhhh..macam mana lah saya boleh jumpa dia kat sini..aduhhh..." Iskandar mengeluh..

" Ala boss.. Boss pakai cermin mata ni..Topi ni..Dia tak akan kenal boss..Jangan risau.." Amar menyerahkan topi safety berwarna kuning dengan cermin mata hitam..

" Good Idea..okey..jom.." Kata Izzani..

" Hai.. maaf sebab tunggu lama.." Kata Iskandar sambil menghulurkan tangannya kepada Ashraf dan sekadar tersenyum kepada Zila dan Dahlia..

" Hai..tak apa.. boleh kita mula sekarang Encik...."

" Encik Iz..kan...Izzani..Nama saya Izzani.." Kata Izzani..

" Encik Izani..kenalkan saya Dahlia Rahman.. Anak kepada Haji Rahman.. " Kata Dahlia sebelum memulakan perbincangan mereka..

" Apa kata kita meninjau kawasan sekeliling tapak ni dulu.. Lepas tu kita pergi ke sebuah cafe berdekatan.. Dekat sana kita bincang lebih lanjut lagi.. Dekat sini panas.." Kata Iskandar bersahaja..

Mereka mulakan kerja mereka untuk meninjau kawasan sekeliling tapak pembinaan yang bakal menjadi resort suatu ketika nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience