BAB 15

Drama Completed 6758

Izzani merenung wajah Dahlia yang masih lena di ulit mimpi.. Kenapa hatinya terasa tidak jemu memandang wajah Dahlia yang sudah menjadi suri di hatinya..

Izzani tersenyum di saat dia mengingati peristiwa yang baru berlaku.. Indah sungguh ketentuan Ilahi.. Perlahan lahan Izzani menyentuh pipi mulus milik Dahlia takut akan kelakuannya di sedari Dahlia.. Dahlia yang merasa seperti ada sesuatu yang mengganggu tidur nya, dengan perlahan lahan kelopak mata dibuka.. Seketika itu anak mata mereka bertembung membuatkan Dahlia bagai ada sesuatu yang menjalar di hati nya.. Sesuatu rasa yang sukar di tafsir..

" Sorry.. Saya ganggu tidur awak.. Awak tidur lah lagi.. saya tak kacau.. " Kata Izzani di kala dia sedar akan perbuatannya mengganggu tidur wanita itu..

" Dah pagi ke.. awal nya awak bangun.. Kenapa tak kejutkan saya.. " Tanya Dahlia dengan nada separuh mamai..

" Saja nak tengok wajah awak masa tidur.. Kalau sebelum ni saya tak ada peluang nak tengok tapi sekarang,setiap kali saya buka mata saya berharap saya akan dapat tengok wajah orang yang saya sayang.. " Ujar Izzani..

" Pandang lama lama nak buat apa.. Wajah saya tak berubah.. Saya tetap masih sama.. Dah lah, saya nak bangun..pergi mandi lepas tu siapkan breakfast kita.. " Kata Dahlia.. Semakin lama dia di situ semakin tidak selesa dia di renung sebegitu..

" Ala.. nanti la.. tak payah bangun lagi.. saya masih nak bersama awak.. Tak puas lagi tengok wajah awak.. apa pun.. thank you for last night.." Izzani mengenyitkan matanya pada Dahlia membuatkan Dahlia mempercepatkan langkah nya menuju ke bilik air.. Baru dia tersedar akan peristiwa malam semalam..Timbul sedikit perasaan malu dari dalam dirinya setelah tersedar dengan ungkapan Izzani..

Lama Dahlia di dalam bilik air.. Kalau boleh memang dia nak duduk terus dalam bilik air itu.. Malu yang teramat masih tersisa di hatinya.. Tanpa sedar dia juga mencintai lelaki itu.. Dan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.. Izzani yang perasan akan keberadaan Dahlia di dalam bilik air dalam masa yang agak lama.. Izzani sedikit hairan.. Apa yang di lakukan Dahlia berlama di dalam bilik air..

" Dahlia.. awak.. awak okey ke tu.." Tanya Izzani dari luar bilik air.. Namun masih tiada sebarang respon dari Dahlia..

" Awak buat apa dalam tu.. mandi wajib ke.. lama sangat ni.. atau awak nak saya mandi bersama awak.. " Sengaja Izzani memancing Dahlia dengan kata sebegitu.. Dahlia yang mendengar akan bicara Izzani tidak langsung terus menjawab sebalik nya dia membuka pintu bilik air dan terus melangkah laju keluar dari bilik air..

" Laju nya.. awak okey ke.. " Izzani kembali bertanya.. Dia sedikit risau melihat perubahan Dahlia ..

" Saya okey.. awak pergi mandi dulu.. selesai nanti awak turun.. Saya nak buat breakfast dulu.." kata Dahlia tanpa memandang wajah Izzani..

" Eh.. eh.. nanti dulu.. Awak marahkan saya atau awak menyesal pasal semalam.." Soalan itu akhirnya di ajukan..

" Tak.. " Pendek sahaja Dahlia membalas..

" Dah tu.. kenapa awak macam nak mengelak dari saya Lia.. "

" Tak ada apa.. Awak cepat lah pergi mandi.. " Dahlia masih lagi memandang lantai.. Izzani yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Dahlia, dia mendekati gadis itu untuk mendapatkan kepastian..

" Pandang saya Lia.. awak marah saya atau awak menyesal dengan apa yang berlaku semalam.. Kalau awak nak marah.. silakan.. kalau awak rasa menyesal dengan apa yang berlaku.. saya minta maaf.. Saya janji saya tak akan sentuh awak lagi tanpa izin awak.. " Begitulah tafsiran Izzani kepada Dahlia yang tiba tiba dingin pada nya..

" Saya tak marah awak dan saya tak menyesal dengan apa yang berlaku..cuma.." Belum sempat Dahlia menghabiskan bicaranya, Izzani terlebih dahulu memotong..

" Cuma apa Lia.. Cuma rasa yang saya ni rak sepatutnya melakukan perkara itu.. " Tanya Izzani namun masih lagi berbicara tenang..

" Tak.. bukan itu.. Maksud saya.. Cuma saya takut awak akan tinggalkan saya selepas tempoh tiga bulan ini berakhir seperti yang awak pernah kata dahulu..

Izzani menarik tangan Dahlia lalu dibawanya Dahlia duduk di birai katil..

" Awak cakap apa ni.. Awak lupa saya pernah kata dahulu.. Kalau sesuatu berlaku sebelum berakhirnya tempoh itu.. Saya akan terus memperisterikan awak dan akan terus bertanggungjawab pada awak.. Awak lupa yang saya pernah suruh awak untuk memikirkan tentang hal ini.. Dahlia.. selepas awak sah bergelar isteri kepada saya, saya berjanji yang saya akan tawan hati awak.. Dan saya akan cuba untuk buat awak jatuh cinta pada saya supaya cinta saya tidak bertepuk sebelah tangan.. Dan selepas apa yang berlaku semalam, awak akan fikir saya akan lepaskan awak.. Semua itu tak akan pernah terjadi.. Saya tak akan lepaskan awak walau apa pun yang berlaku.. Bila saya kata saya sayangkan awak.. Saya betul betul maksudkannya.. Dan bila saya lamar awak semalam untuk jadi suri di hati saya.. Semua itu bukan mainan.. semuanya lahir dari hati ini.. " Izzani meletakkan telapak tangan Dahlia ke arah dada nya.. Kata kata Izzani menyentuh hati kecilnya.. Sebutir mutiara gugur jua akhirnya..

" Terima kasih Izzani.. Saya janji, lepas nie saya akan jadi seorang isteri yang baik pada awak.." Dahlia lalu memeluk Izzani seketika..

" Erm.. saya macam ada tercium bau sesuatu.. awak perasan tak.. " Tiba tiba sahaja Dahlia berbicara setelah seketika tadi suasana sedikit hiba..

" Bau.. aoa yang awak cium.." Izzani masih tidak dapat menduga apa yang di maksudkan oleh Dahlia.

" Ya lah.. bau busuk.. bau orang belum.... " Tidak sempat Dahlia menghabiskan katanya.. Sekelip mata sahaja satu ciuman hangat singgah di bibirnya.. Habis merah wajah Dahlia akan perlakuan sepontan Izzani pada nya.. Izzani pula sekadar hanya tersengih sengih..

" Ooo.. perli saya ya.. rasakan.. Kan dah kena sebiji.. nak lagi.. " Izzani sengaja mengusik Dahlia yang sudah pun membatukan dirinya..

" Mana aci main macam tu.. dah lah.. saya nak ke dapur.. pergi mandi.. busuk.. " Dahliaterus bangkit dengan laju meninggalkan Izzani keseorangan.. Masih ada sisa ketawa dari lelaki itu kedengaran dari luar bilik peraduan mereka..

" Dahlia..Dahlia.. comel betul bila awak malu malu.. " Ujar Izzani di dalam hati.. Dengan senyuman yang mekar meniti di bibirnya dia melangkah menuju ke bilik air untuk mandi..

Dahlia pula sibuk mengerjakan perkerjaannya di dapur.. Sedikit sebanyak dia semakin tahu apa yang mahu dimakan oleh Izzani pada waktu pagi, tengah hari , petang mahupun ketika waktu malam.. Segalanya menjadi rutin buat Dahlia untuk menyediakan makan minum dan pakai buat Izzani.. Jika dahulu ia melakukannya di sebabkan oleh perjanjian mereka tetapi kini Dahlia melakukan nya kerana itu sewajarnya di lakukan.. Tiada lagi ikatan perjanjian dan dendam di antara mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience