BAB 8

Drama Completed 6750

" Iskandar..Izzani.. siapa mereka.. kenapa wajah mereka nampak seiras .. perbezaan mereka hanya dari segi penampilan dan budi bicara mereka.. tetapi kenapa aku harus fikirkan mereka.." Kata Dahlia di dalam hati..

Lamunan Dahlia terhenti takkala pintu biliknya di ketuk seseorang..

" Masuk.. " Jawab Dahlia dari dalam..

" Cik Lia.. Sekejap lagi kita ada meeting bersama staff.. " Kata Zila..

" Baiklah.. awak kumpulkan semua staff dan tunggu saya dalam bilik mesyuarat.. sekejap lagi saya ke sana.. "

" Baik Cik Lia.. kalau tak ada apa apa lagi.. saya minta diri dulu.." Pinta Zila kepada Dahlia..

Dahlia sekadar hanya mengangguk dengan permintaan Zila.. Semenjak kematian kedua ibu bapanya, Dahlia tidak lagi seperti dahulu.. Jika dahulu dia seorang gadis yang periang, peramah dan suka mengusik kini semua itu tidak lagi.. Dahlia menjadi seorang gadis yang sangat tegas dalam semua pekerjaannya..

Kedengaran bunyi riuh dari dalam bilik mesyuarat membuatkan langkah Dahlia di lajukan.. Saat pintu di buka, semua staff nya terdiam tanpa sebarang kata hanya senyuman yang diberikan kepada boss mereka..

" Selamat petang semua.." Ujar Dahlia..

" Selamat petang Cik Dahlia.." Jawab mereka serentak..

" Kamu semua tahu kenapa saya panggil kamu semua ke mari.." Dahlia cuba bertanya..

" Kami tak tahu Cik Dahlia.. " jawab salag seorang staff yang berada di situ..

" Baiklah.. tujuan saya memanggil anda semua sebab saya mahu tahu tentang keperluan di syarikat seperti yang kamu semua mahukan..Saya mahu kamu semua ajukan apa sahaja cadangan atau permintaan yang berkaitan dengan syarikat ini.. Proposal kamu semua hendaklah di hantar selewat lewatnya minggu hadapan.. Ingat..tiada siapa yang terkecuali untuk tugusan ini.. saya mahu semua orang mengajukan sesuatu cadangan mahupun kemudahan yang kamu semua perlukan.. Jelas.." Arah Dahlia..

" Jelas Cik Dahlia.. " Kata mereka serentak..

" Bagus.. Satu lagi.. Besok..saya berikan kamu semua cuti satu hari sebagai cuti umum kepada kamu semua memandangkan lusa sabtu dan ahad.. Saya mahu kamu semua berehat.. jangan risau..cuti kamu semua pada hari esok adalah cuti bergaji.. " Kata Dahlia lembut..

Riuh suasana di dalam bilik mesyuarat dengan tepukan gemuruh mereka apabila mereka di berikan cuti bergaji..

" Terima kasih Cik Dahlia.. " Kata Zila..

Dahlia mengangguk lalu menghadiakan segaris senyuman kepada PA nya..

" Cukup..cukup.. sebelum kita bersurai.. ada satu lagi perkara saya nak sampaikan.. " Kata Dahlia..

" Naik gaji ke boss.." Kata Hamdi ..selaku Manager Pemasaran..

Namun kata itu hanya membuatkan Dahlia tersenyum seperti memaksudkan kata itu benar..

" Seperti yang sedia maklum.. Mulai bulan hadapan.. Saya akan naikkan gaji kamu semua.. dan saya akan memberikan kamu semua bonus hujung bulan ini sebagai hadiah di atas kecemerlangan yang kamu semua berikan kepada syarikat ini.." Kata Dahlia..

" Yeaahhh... naik gaji.. terima kasih Cik Dahlia.. " Kata mereka senang hati..

" Itu sahaja mesyuarat kita hari ini.. Selamat bercuti..dan jangan lupa untuk kembali lagi hari isnin bersama dengan kertas cadangan kamu semua.. Terima kasih.. " Kata Dahlia.. Dan dia berlalu pergi meninggalkan mereka yang di landa kegembiraan..

" Best nya.. dapat cuti esok.. Meeting hari ini semua berita baik.. dapat bonus..kenaikkan gaji dan kita semua dapat ajukan apa sahaja cadangan dan kemudahan yang kita mahu.. baik betul boss kita tu.. " Kata Malik..

Rata rata mereka hanya mengangguk dan mengiakan kata lelaki muda itu.. Perasaan gembira mereka hanya mereka yang tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience