BAB 5

Drama Completed 6758

Dahlia menghempaskan diri di atas tilam yang empuk.. Dia menghelakan nafas nya , banyak perkara yang sedang bermain di fikirannya.. Badan yang terasa letih menyebabkan Dahlia malas hendak bangkit untuk mandi.. Dia menutup matanya buat seketika, saat itu dia mula terfikir dan terbayangkan wajah Izani yang kelihatan seakan mirip Iskandar..

" Izzani..Iskandar..Iskandar..Izzani.. kenapa wajah mereka seakan sama.. Tapi Izzani lebih segak..pintar pandai bergaya..tak macam Iskandar..Iskandar lurus bendul..sengal pula tu..dan tak banyak cakap.." Bicara Dahlia seorang diri..

Lamunanya terhenti ketika dia mendengar nama nya di panggil..

" Cik Lia.." Mak Siah memanggil Dahlia..

" masuk Mak Siah..pintu tak kunci.."

Seketika kemudian, pintu biliknya di kuak luas.. Kelihatan Mak Siah tersenyum sambil membawa segelas susu..

" Air Cik Lia.. " Mak Siah menyerahkan segelas susu kepada Dahlia..

" Terima Kasih Mak Siah.."

" Sama sama.. Mak Siah keluar dulu.."

" Mak Siah.. sekejap.." Dahlia memanggil wanita tua itu sebaik sahaja kaki wanita itu melangkah..

" Kenapa Cik Lia.." Mak Sia bertanya

" Iskandar ada tak Mak Siah.." Tanya Dahlia sedikit ragu ragu..

" Ada.. Baru je sampai.. Kenapa Cik.."

" Baru sampai.. urm..tak ada apa..saja tanya..Terima Kasih Mak Siah.." Kata Dahlia Lembut..

" Ye lah.. Mak Siah keluar dulu..Jangan lupa minum susu tu..baru lega sikit nanti.." Pesan Mak Siah kepada Dahlia..


*******************************

Iskandar memancutkan air paip ke arah badan kereta majikannya.. Memang menjadi kewajipan dia untuk membersihkan kereta majikannya setiap hujung minggu.. Dahlia yang baru turun dari tingkat atas melihat Iskandar yang sedang tekun membersihkan kereta hanya tersenyum.. Ada sahaja niat nakalnya mahu menggangu Iskandar..

Matanya tertumpu ke arah Iskandar yang leka memberus tayar kereta.. Dengan perlahan Dahlia menghampiri Iskandar..

" Hahhhh......" Dahlia menyergah Iskandar membuatkan lelaki itu terkejut..

" Cik Lia.. terkejut saya..nasib baik saya tak tumpahkan air sabun ni kat Cik Lia.." Kata Iskandar yang sudah mengosok dadanya..

" Itu pun nak terkejut..lembik lah awak ni.. Nak saya tolong.." Dahlja sengaja mempelawa diri..

" Tak apa Cik.. dah nak siap ni.." Kata Iskandar..

Tanpa berfikir panjang, Dahlia mengapai getah paip lalu di halakan kearah Iskandar..Iskandar sudah basah kuyup..

" Cik Lia..berhenti.. " Kata Iskandar perlahan..

" Tak nak.." Dahlia masih lagi menghalakan air paip ke arah Iskandar..

Riuh rendah halaman rumah dibuat mereka berdua membuatkan Mak Siah menjemguk ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku..

" Astaga Cik Lia..Iskandar.. korang buat apa tu.." Tanya Mak Siah

" Tu ha... Cik Lia yang kacau Is.. dia siram Is dengan air tu.." Kata Iskandar geram..

" Ala Mak Siah.. Sikit je pun.." Kata Cik Lia sambil dia mencebikkan mulut nya ke arah Iskandar..

" Ada ada saja kami berdua ni.. Cik Lia jangan lah ganggu Is.. kesian dia.." Mak Siah memujuk Dahlua agar dia berhenti menghalakan air ke arah Iskandar..Namun Lia terfikir akan sesuatu lalu dia memanggil Mak Siah agar datang mendekatinya..

" Mak Siah.. sini kejap.. " Panggil Dahlia dengan riak wajah yang agak serius membuatkan wanita separuh umur itu datang mendekatinya.. Tidak semena mena dengan Mak Siah sekalinyang terkena perangkap Dahlia..

" Cik Lia... nakal nya.. " Mak Siah geram..

Iskandar dan Dahlia ketawa melihat Mak Siah yang sudah basah kuyup..

" Tengok Mak Siah.. tak cukup Is yang di kenakannya dengan Mak Siah sekali terkena.." Kata Iskandar geli hati..

Iskandar tidak puas hati, dia mengapai baldi yang berisi air sabun lalu di simbahkannya ke arah Dahlia membuatkan segala buih sabin melekat kearah gadis itu membuatkan Dahlia terpinga pinga.. Kini giliran Mak Siah pula yang mentertawai anak perempuan majikannya..

" Kesian Cik Lia.. " Mak Siah geli hati

" Iskandar..... ooo..balas dendam ya.." Jerit Dahlia..

" Mana ada Cik Lia, Saya buat untuk Mak Siah.." Kata Iskandar bersahaja..

" Tak apa.. Siaplah awak Iskandar.." Dahlia geram

Dahlia menghalakan getah paip itu semula ke arah Iskandar membuatkan Iskandar bertambah basah.. Di halaman rumah sudah riuh dan menjadi pesta dengan pelbagai aksi mereka bertiga..

" Sudah sudah.. Cukup tu..nanti orang tengok habis kita bertiga.. Cik Lia pergi masuk, salin pakaian nanti Cik Lia demam.. Iskandar pun sama.. Mak Siah nak buat minum petang untuk kita bertiga.." Kata Mak Siah dan dia berlalu pergi meninggalkan Dahlia dan Iskandar..

Tidak lama kemudian, Dahlia berlari meninggalkan Iskandar sendirian.. Iskandar pula membersihkan kereta dan halaman yang terkena buih sabun..

" Dahlia..Dahlia..awak cantik sangat.." Sempat lagi Iskandar bermonolog sendiri..

" Macam mana kalau dia tahu aku Izani.. mesti dia benci aku.." Tiba tiba dia terfikirkan hal sebegitu..

Sempat lagi Iskandar mengelamun sendiri..Andai kata suatu hari nanti Dahlia mengetahui siapa dia yang sebenar mahukah gadis itu menerima dia yang sebenarnya memiliki sebuah syarikat sendiri tetapi sanggup merahsiakan segalanya dan menjadi drive semata mata mahu mendekati Dahlia.. Lamunan Iskandar terhenti apabila namamya di panggil oleh Mak Siah..

" Iskandar.."

" Ya Mak Siah.."

" kenapa Is masih di luar..masuk lah cepat.."

" baiklah.. Is kemas ni dulu.."

" ya lah..Mak Siah masuk dulu.."

Mak Siah meninggalkan Iskandar sendirian.. Iskandar dengan segera kembali ke biliknya untuk mandi.. Bilik kecil yang terletak di belakang rumah hanya bersempadankan ruang dapur.. Iskandar tinggal di luar kediaman Haji Rahman manakala Mak Siah tinggal sebumbung dengan Dahlia.. Iskandar lebih selesa berada di luar rumah majikannya supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah orang sekeliling..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience