BAB 17

Romance Completed 8171

“Waalaikummussalam..”, jawab Aya gugup. Aya terpandang loket pada rantai di dada wanita itu. Sama seperti yang dimilikinya. Begitu juga dengan gadis di yang membuntutinya. Sah! Dialah orang yang dicari!

“Kawan Luthfi?”, tanya wanita itu sambil menguntum senyum.

“Ha’ah. Saya.. Su. Su..ria. Suria. Ni Datin Sharifah Saleehah, ya?” Wanita itu mengangguk bila namanya diseru.

“Ni mesti Suhana, kan?” kata Aya membuatkan gadis dibelakang angguk sama.

“Macam mana kenal dengan Luth?”, tanya si ibu.

“Oh, kenal masa kerja ni. Ada projek yang melibatkan syarikat kami berdua. Tu yang kenal!” Tipu!

“Em.. tak apalah datin. Saya tak boleh berlama juga ni. Ada hal. Saya balik dulu, ya?”

“Ha.. ya lah.” Aya menghulur tangan untuk bersalam.

“Datin, boleh saya peluk datin?” pintanya tanpa segan. Datin Saleehah yang mulanya pelik, tetap memaniskan roman wajahnya.

“Boleh! Apa salahnya..” Aya mencium tangan wanita itu lama dan memeluknya erat. Begitu juga dengan Suhana. Airmata ditahan. Sebak dipendamkan ke dasar hatinya.

“Pergi dulu!”, ucap Aya sambil berjalan deras meninggalkan mereka.

“Er.. Suria!”, gamit Datin Saleehah membuatkan Aya berpaling lambat-lambat.

“Jumpa lagi!”, tuturnya.

“Insya Allah..”, katanya lalu melangkah pergi. Tidak, dia tidak mahu lagi pertemuan itu. Maafkan Aya, ibu.. ayah. Aya tak mampu untuk melaksanakan janji kalian. Maafkan Aya!

Aya hanya memerhati dari kejauhan. Betapa Luthfi sudah sihat dan kejadian yang menimpa Luthfi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Hinggallah saat Luthfi dibenarkan keluar dari hospital, Aya masih lagi menyembunyikan diri dan identitinya.

“Aya..”, seru Luthfi sewaktu diusung ke tempat letak kereta dengan kerusi roda. Aya yang berjalan melintasi mereka sambil melindungi wajahnya dengan hijab tiba-tiba berhenti. Luthfi berada membelakangkannya, agak jauh darinya tapi panggilan Luthfi masih dapat ditangkap oleh pendengarannya. Dia perasankah?

“Siapa Aya.. mama?”, tanya Luthfi pada Datin Saleehah di sisinya. Dia mengerutkan muka sambil memandang Suhana yang sedang berada di belakang Luthfi. Suhana angkat bahu.

“Luth.. mama dan Ana tak tahu lah siapa dia. Tak pernah pula Luth cerita pasal dia?” Luthfi diam. Lama dia berfikir.

“Dah lah Luth.. jangan fikir sangat okey? Nanti stress pulak.. tenangkan fikiran, nanti mesti ingatan pasal dia datang.” Suhana cuba menenangkan Luthfi. Luthfi mengangguk cuma dan perjalanan mereka yang terhenti tadi disambung semula. Begitu juga Aya. Cermin mata gelapnya diangkat sedikit, mahu melihat bayang lelaki itu sebelum semua memori berkenaannya cuba dilupuskan dari ingatan Aya. Juga mahu melihat ibu dan kakak kandungnya, sebelum semua kerinduannya cuba dimansuhkan dari jiwa Aya.

Airmata sudah kering. Hanya hati yang mampu menangis hiba. Dia sudah jauh dari ingatan Luthfi dan tak mungkin Luthfi akan menyayanginya lagi. Benar, dia dan Luthfi ialah dongeng The Beauty and The Beast yang tak mungkin akan menjadi kenyataan. Aya pasrah.

Setiba dipersimpangan, langkah kita tak lagi sehaluan

Bermula disaat itu, tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini, tiada yang abadi

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku, tiada ruang dihati buatmu

Namun harus ku akui, ada ketika diminda kau menjelma kembali

Sekali-sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba

Tak mungkin kerana sayang, hanya kadang-kala aku terkenang

Tak mungkin kerana sayang-Alyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience