BAB 2

Romance Completed 8171

Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana semua pelajar tidak ingin mengenalinya, apatah lagi tidak mahu mendekatinya kerana rupa bentuknya yang gemuk menjadi punca utama. Dia juga menduduki tangga pertama carta buli Geng 3 Botak. Rupa paras, lebih penting dari harta dunia, ideolisme kanak-kanak sekolah rendah.

“Hello.. ini Aya, ok? Mana ada benda percuma dalam hidup!” Si gemuk mengerutkan muka. Tidak faham. Sesi perkenalan yang cukup aneh.

“Oh.. saya Luthfi Bin Dato’ Hanafi.” Belum sempat sengihan si gemuk mengembang hingga ke pipi, Aya menepuk meja sambil kaki kirinya mendarat di sebelah Luthfi. Luthfi terkejut lalu mengengsot sedikit ke belakang.

“Aku peduli apa nama kau apa! Apa yang mustahak sekarang ni, dah aku tolong kau, bayar lah!”

“Huh?”

“Cepat bagi aku duit! Kalau tak aku panggil Geng 3 Botak! Kau nak?!”

Cepat-cepat Luthfi menggeleng sambil mengeluarkan beberapa wang kertas dari poketnya. Terketar-ketar dia mengira namun belum sempat dia menolak tambah, semua duit itu telah dirampas Aya.

“Kira pun lembab! Bagi je lah aku semua!” Sengihan panjang menghiasi wajahnya. Sempat Luthfi merenungnya, lama. Betul khabar angin yang dia dengar, sekali anda memandang wajah Aya, pasti anda akan mahu menatap wajahnya. Namun, untuk memandangnya untuk kali seterusnya, anda harus membayarnya.

“Haa.. kan senang macam ni punya bisnes! Peribahasa hari ni ialah, tiada ultraman, aku pun berguna! Tapi, kena ada fulusnya, ok?” Aya menepuk bahu Luthfi sambil berjalan meninggalkannya, namun langkahnya terbantut bila namanya diseru Luthfi.

Kening Aya diangkat, tanda bertanya.

“Macam mana saya nak balik sekolah nanti? Rumah saya jauh, saya kena naik bas..” Aya mengurut-urut misai halimunannya.

“Itu..aku tak boleh nak buat kesimpulan. Kalau aku bagi balik pada kau duit ni, nanti orang cakap buruk siku pulak. Cuma aku boleh bagi peribahasa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ni peribahasa paling terbaru lah Cikgu Latipah bagi aku. Pandai-pandai lah kau guna, ek? Daa!” Aya kian jauh meninggalkannya.

“Tapi, Aya.. peribahasa paling terbaru yang Cikgu Latipah bagi pada saya ialah, terlepas dari mulut buaya, masuk mulut harimau..” Luthfi mengeluh sendirian.

Luthfi mengesat peluh yang membasahi dahinya. Selalunya perjalanan ke rumah dirasakan sekejap sangat. Tapi, bila terpaksa berjalan kaki terasa seperti rumahnya sejauh Johor ke Perlis. Sesekali beberapa orang yang menaiki basikal menggelakkannya dan tidak kurang sempat mengejeknya.

“Bagus lah jalan kaki. Biar kau kurus sikit!” Datang satu suara di sebelah kanannya, membuatkan langkahnya terbantut. Niatnya mahu memaki hamun gadis itu, minta dia pulangkan duitnya. Tapi, melihatkan wajahnya sahaja mampu membuatkan lidahnya seakan melekat ke gigi. Tidak mampu berkata-kata.

“Oleh sebab hari ni aku rasa macam nak baik hati, aku bagi kelonggaran sikit lah kat kau. Kau boleh tumpang basikal aku, tapi esok sebelum kau masuk pagar sekolah, kau kena belanja aku karipap Mak Cik Senah kat kantin tu, boleh?!” Seperti burung belatuk, segera Luthfi mengangguk-angguk. Aya senyum, lalu dia turun dari basikal.

“Kenapa? Awak nak bagi saya terus ke basikal ni?”

“Kepala hotak kau! Kau bawak lah basikal ni, takkan aku pulak nak kayuh! Patah kaki aku, kau tu dah lah gemuk! Dah tumpang orang, nak senang lenang pulak! Cepatlah! Aku dah lapar nih!” Terkocoh-kocoh Luthfi mengayuh basikal itu sambil Aya tersenyum lebar di belakang.

“Cepat! Cepat lah!”

“Sabarlah.. Saya semput nanti!” Jawapan Luthfi disambut dengan ketawa Aya. 5 minit kemudian, mereka sampai di pintu pagar rumah Luthfi dan Aya masih lagi terlopong melihat rumah Luthfi yang dua kali lebih besar dari rumahnya sendiri.

“Terima kasih, Aya..” Aya menutup mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience