BAB 18

Romance Completed 8171

“Luthfi.. mencintai tidak semestinya memiliki. Melepaskan orang yang kita sayang bersama dengan seseorang yang lebih membahagiakan adalah satu pengorbanan cinta aku untuk kau. Ketahuilah kau masih orang yang aku pernah sayang, tapi aku bukan bahagia yang kau cari. Maafkan aku..” Aya melambainya pergi dan ghaib sekelip mata walaupun berkali digamitnya.

“Jangan tinggalkan aku! Aku sayangkan kau jugak!”, namun bayang Aya masih tiada ditubir mata.

“Aya! Suraya!” pekik Luthfi hingga ke alam realiti. Dia beristigfar sambil meraup wajahnya yang basah dek peluh. Ya, dia kenal kini siapa Aya yang sentiasa menimbulkan teka-teki difikirannya selalu. Segala memori tentang Aya kembali mengisi kekosongan dalam ingatannya. Tapi, dia tidak yakin yang dia mampu untuk mendapatkan Aya semula setelah apa yang pernah dilakukan dulu. Namun, jauh disudut hatinya dia amat berharap Aya kembali semula ke sisinya. Dia tidak pernah berdusta tentang cintanya pada Aya, dari dulu hingga selamanya.

Datin Saleehah tekun meneliti fail projek syarikat Luthfi. Dia menghela nafas panjang, berat. Buntu dalam pencariannya, dia menapak ke meja Lily.

“Lily.. boleh tak saya nak tanya sesuatu?”, Lily senyum sambil mengangguk.

“Ada tak kawan-kawan atau sesiapa sahajalah yang pernah Luthfi kenal bernama Suria?” Lily termenung panjang. Memang ramai teman wanita bosnya yang nama berpangkalkan S, tapi tidak Suria.

“Maafkan saya Datin. Tapi setahu saya tak ada pula saya tahu atau kenal orang yang nama Suria..”

“Joint venture dia dalam projek-projek latest ke?” Lily menyemak name card Luthfi dan semua temujanjinya. Seketika kemudian dia menggeleng lagi.

“Peliknya.. habis tu mana datangnya Suria ni?”, bisiknya sendirian. Masih belum berpuas hati. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya tatkala berjumpa dengan si empunya nama. Suhana datang mendekatinya yang masih mengelamun.

“Mama..? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Datin Saleehah senyum sekilas.

“Suria..”, tuturnya ringkas, padat. Suhana pula mengerutkan muka.

“Suria yang kita jumpa masa tengok Luth tu? Kenapa dengan dia?”

“Entah lah Ana.. mama macam rasa sesuatu bila mama jumpa dia.”

“Sesuatu… what?”, Suhana masih belum mengerti maksud tersirat ibunya. Datin Saleehah melepaskan nafas panjang lagi. Cuba menebarkan kusut dari jiwa.

“Bila mama pandang mata dia.. mata dia mengingatkan mama pada seseorang. Arwah ayah Ana. Sama, serupa macam dia dan dia mengingatkan mama pada adik Ana. Mama macam terasa dia ada dekat dengan mama hari tu. Lepas dia pergi, tiba-tiba mama rasa sebak. Mama asyik ingatkan dia dan adik… Mama..”

“..mama, mama rasa macam tu sebab mama rindukan arwah ayah dan adik. Tapi, mama kena ingat yang mereka dah tiada. Mama kena redha dengan qada’ dan qadar Allah. Tapi, Allah gantikan mama dengan Luth dan papa. Ada hikmah disebalik kejadian, mama. Mama tenang, ok? Mama jangan macam ni, Ana, papa dan Luth sayangkan mama..” Suhana menenangkan Datin Saleehah yang sudah berjuraian airmata.

Satu pelukan erat diberikan pada Suhana dari Datin Saleehah.

Sebesar mana kasih kita kepada mereka, harus diingat Allah lagi menyayangi mereka. Nama Suria dibiarkan di awangan bersama tanda tanya yang beribu. Nama Suraya dibiarkan dijiwanya bersama rindu yang berjuta. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan semoga syurga tempat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience