BAB 16

Romance Completed 8171

“Luthfi.. ini aku Aya. Aku nak minta maaf. Aku nak minta maaf Luthfi. Aku sekali lagi buta dengan keikhlasan cinta kau. Aku tak nak minta apa-apa pun dari kau. Cuma aku minta kau sedar sekarang. Aku nak kau maafkan aku, dan tahu yang aku pun cintakan kau.. aku tak nak kau tinggalkan aku. Cukuplah, semua orang yang aku sayang tinggalkan aku. Aku dah penat ditinggalkan, Luthfi..” Aya menangis lagi. Cepat-cepat dikesat airmata yang berjuraian dengan tapak tangannya. Tidak mahu nampak sedih didepan Luthfi.

“Luthfi, ingat tak dulu aku pernah janji yang aku takkan buat kau risau? Sekarang, kau pulak kena janji dengan aku, yang kau takkan buat aku risau, ya?” Ditarik jari kelengkeng Luthfi dan diselitkan dengan jarinya. Dia senyum.

Runtin harian Aya, berulang ke hospital menjenguk Luthfi selepas dia pulang bekerja di restoran. Namun, dia juga menjaga langkahnya agar tidak bertembung dengan ibu dan adik tiri Luthfi. Dia mengirimkan bunga sambil menukar ganti yang lama, dia berbual dengan Luthfi yang masih koma dan kadang kala hanya diam merenung Luthfi lama. Dia takut dia terlupa pada wajah itu. Bila terkenangkannya, dia menangis lagi.

“Ya Allah Ya tuhanku.. kau lah maha pengasih lagi maha penyayang. Aku hambamu yang lemah ini memohon agar kau tabahkan hatiku untuk menempuh segala dugaan dari mu, kau sembuhkan penyakit Luthfi Ya Allah.. Kau sedarkan dia kembali Ya Allah, dan aku berjanji yang aku tidak akan menganggu kehidupannya lagi. Semoga aku mendapat keredhaanMu di dunia dan akhirat. Amin Ya rabbal alamin..” Aya menyapu wajahnya.

Ya, dia berjanji untuk tidak muncul dihadapan lelaki itu lagi jika doanya diperkenankan. Dia takut dia akan melukakan lagi Luthfi. Lagipun, dia tidak mahu menjejaskan perhubungan Luthfi dan ibu tirinya yang mahu Luthfi bahagia bersama anak perempuannya. Dia tidak mahu menjadi penghalang hubungan mereka. Jika benar tekaannya bahawa Datin Saleehah ialah ibu kandungnya, dia juga tidak mahu kewujudannya diketahui. Kehadirannya akan mengeruhkan lagi hubungan mereka anak beranak. Bagaimana dia mahu berdepan dengan Luthfi yang menyintainya, tetapi berkahwin dengan kakaknya dan bergelar abang iparnya? Bagaimana dia mahu berdepan dengan Datin Saleehah dan kakaknya yang merindukannya, tetapi menyintai Luthfi yang bergelar abang tirinya? Dia nekad untuk mengundur diri.

Aya memanjatkan syukurnya kepada Ilahi bila Luthfi sudah beroleh penderma yang sesuai. Orang yang berjasa itu ialah Dato’ Hanafi sendiri yang tidak mahu mengulangi kesilapannya sewaktu pemergian ibu Luthfi dulu. Aya amat berharap yang hubungan ayah dan anak itu dapat jernih kembali dengan pengorbanan Dato’ Hanafi ini. Aya juga mengambil keputusan untuk tidak menjadi penderma kerana tidak mahu Luthfi rasa terhutang budi jika dia berbuat demikian.

Pembedahan berjalan lancar dan betapa bersyukurnya Aya bila diberitahu oleh mak cik Som yang Luthfi dan ayahnya selamat dalam pembedahan itu.

“Tapi, ada kesan dari pembedahan tu, Aya.” Nada mak cik Som yang hiba mendebarkan Aya.

“Dia lupa siapa orang disekelilingnya. Dia mengalami amnesia.. mungkin jadi lepas dia jatuh dalam bilik air hari tu..” Aya diam. Memang benar-benar Allah mengkabulkan permintaanya.

“Mak cik Som.. janji dengan saya.” Mak cik Som memandang Aya, lambat.

“Jangan beritahu Luthfi siapa saya.”

“Tapi, kenapa?!”

“Sebab saya tak rasa saya boleh cintakan dia..” Bohong!

“Aya? Kenapa dengan kamu ni? Lepas apa yang berlaku, kamu nak lepaskan Luthfi macam tu je?”

“Maafkan saya mak cik. Kalau tak nak banyak hati yang terluka lagi, tolonglah saya simpan rahsia ni. Terima kasih sebab bantu saya selama ni. Harap kita jumpa lagi!” Segera dia menyalami tangan wanita itu dan berlalu pergi dari banglo milik Dato’ Hanafi, meninggalkan wanita tua itu terpekik-pekik memanggilnya di belakang. Aya tidak menghiraukan panggilan itu.

Disebalik tirai wad, Aya merenung Luthfi, sebentar cuma. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Khuatir Luthfi akan terjaga dan sedar akan kehadiranya di situ. Dia berpaling mahu keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja tombol dipulas, terjengul dua muka yang amat dirinduinya.

“Assalamualaikum..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience