BAB 13

Romance Completed 8172

Semenjak dia kembali semula bekerja, bayang Luthfi masih tidak kelihatan berada di pejabat. Menelefonnya pun apatah lagi tidak. Tiada jejak dan kesan. Dalam keadaan kehilangan begitu, Aya dapat merasai sesuatu. Kerinduan!

Sampai di pejabat, pasti dia akan menjenguk bilik bosnya. Tiada! Hampa. Bila keluar, wajahnya terasa berada di mana-mana, seolah-olah mengiringinya dan senyum nakal sambil mengenyit mata seperti selalu. Seolah-olah juga Luthfi yang mengamitnya, memujuknya dengan panggilan manja. Tiap masa mahu dia ada didepan mata, menemani dan mengirimkan kata-kata semangat seperti selalu. Inikah cinta?

“Sejak you tak ada hari tu, dia memang jarang masuk office. Last week dia pergi meeting ke Langkawi. Sebab tu dia tak ada. Tapi, bila you ada, dia pulak tak ada,

“ tutur Lily tatkala Aya asyik berulang menjengah bilik Luthfi. Mungkin perasan dengan kegelisahan yang bersarang dalam jiwanya. Aya sengih, malu rahsia hatinya terbongkar.

“Minggu ni diacakap dia tak sihat. I have told him about you, dia diam je. Maybe, you patut melawat dia kat rumah. Baru dia cepat sihat, kut?” Aya teruja mendengar cadangan Lily. Segera dia meminta alamat rumah majikannya dari Lily. Satu flying kiss dengan ucapan terima kasih dilemparkan sebagai tanda penghargaan.

“Good luck!” Lily membalas.

Aya memangkir motornya di hadapan banglo besar seperti dimaksudkan di alamat yang Lily kirimkan. Sewaktu mulutnya melongo melihat kesergaman binaan konkrit didepannya, pintu pagar terbuka menampakkan halaman rumahnya yang dihias indah dengan tumbuhan hijau.

“Boleh saya jumpa dengan Tuan Luthfi?” Wanita Indonesia yang berumur sedikit darinya mengangguk dan membawa Aya masuk. Wanita itu kemudiannya mempersilakan Aya duduk di ruang tamu sementara dia memanggil orang yang dimaksudkan.

Aya tertarik dengan rangkaian gambar yang tersusun cantik di hujung ruang tersebut. Gambar sekeluarga majikannya barangkali. Luthfi, disebelahnya seorang lelaki lewat 40-an, seorang wanita berhijab yang nampak berumur tapi masih nampak anggun dan seorang wanita yang nampak sebaya dengan Luthfi. Barangkali adik perempuannya yang belajar di Adelaine, Australia seperti yang pernah diceritakan oleh Lily. Namun, hatinya tercuit melihat gambar seorang bayi dalam posisi meniarap di sebelah gambar keluarga tersebut. Lama dia merenung dan mendekati gambar itu.

“Itu gambar anak bongsu perempuan Datin Saleehah…”, sapa satu suara membuatkan Aya sedikit tersentak lantas berpaling mendapatkan empunya suara. Aya melurut dada meleraikan kederasan degupan jantungnya setelah melihat seorang wanita separuh abad, memakai anak tudung dan berkain batik, mungkin ketua orang gaji sedang senyum ke arahnya. Dia senyum dan menyalami wanita itu. Seketika kemudian, dia mengamati semula wanita di depannya.

“Macam pernah jumpa, kat mana, ya?” Aya cuba memproses kotak ingatannya. Wanita itu turut mengerutkan dahinya.

“Oh, baru saya ingat! Mak cik Som kan? Ingat tak 10 tahun lepas. Saya jumpa mak cik masa mak cik kerja kat rumah Luthfi? Saya, Aya lah! Ingat tak?!” Aya terusan memaksa ingatan wanita itu. Lama dia termenung, barulah mak cik Som mengangguk-angguk, mengiakan tekaan Aya.

“Mak cik Som apa khabar? Luthfi pulak? Macam mana pulak boleh kerja dengan orang lain tapi nama sama ni?”, pertanyaan Aya membuatkan mak cik Som terdiam.

“Apa pulak orang lainnya? Mak cik masih kerja dengan orang yang sama.. Amboi, mentang-mentang lah Luthfi dah hensem sekarang, boleh pulak Aya buat-buat tak kenal dia! Habis tu, macam mana boleh tahu rumah dia ni?” Giliran Aya pula yang terdiam. Luthfi yang sama?!

“Maksud mak cik.. Luthfi yang 10 tahun dulu dengan Luthfi yang saya kenal hari ni adalah orang yang sama?” terketar-ketar Aya menuturkan penyataan itu. Mak cik Som mengangguk lambat-lambat dengan wajah yang hairan.

“Ya, saya Luthfi bin Dato’ Mohamad Hanafi. Kenapa? Ada masalah ke?”, jawab satu suara yang sedang menuruni anak tangga. Aya berpaling. Melihat wajah Luthfi yang sedikit pucat tapi masih berlagak biasa membuatkan nafasnya terasa seperti terlekat dijantungnya. Jiwanya terjerut. Betapa selama ini dia ditipu oleh kata manis lelaki itu. Airmata tiba-tiba menitis lagi mengenangkannya walaupun sudah diikrar tidak mahu menangis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience