BAB 1

Romance Completed 8171

“Woi, Fatty kid! Boleh tak kau blah dari sini! Kau tak boleh makan kat sini! Tak kesian ke dengan yang lain tak dapat nak makan. Sesak dan tak muat jadinya sebab kau!

Mendengar kata cercaan itu, budak lelaki yang sedang menyuap nasi ke mulutnya lantas berpaling tatkala nama panggilannya diseru. Tiga orang budak lelaki sebayanya, namun tidak sebesarnya sedang mengelilinginya. Seorang botak dengan muka menyeringai, seorang lagi botak berhidung sedikit

kembang, manakala yang mengherdiknya tadi berpakaian agak comot dan paling penting dia juga botak. Tiada reaksi daripada si gemuk membuatkan ‘tyco’ botak ini menepuk meja membuatkan si gemut sedikit terkejut. Si botak bertiga serentak ketawa melihat kegerunan si gemuk pada mereka.

“Harap badan je besar, tapi penakut!”

“Ha’ah! Kan aku dah cakap?! Kau pergi makan kat sana!”

Si gemuk masih memandang mereka, meminta secebis simpati supaya dapat dia berteleku di tempat berkenaan memandangkan tempat makan lain semuanya telah penuh.

“Kau tak payah nak buat muka seposen kau! Seringgit pun tak laku lah! Dah, kau blah sekarang!” herdik ‘tyco’ si botak, masih belum berpuas hati.

“Tak nak!”

“Kurang ajar!”

Serentak itu, si botak yang bermuka bengis mengenggam penumbuk di tangan kanan manakala tangan kirinya segera mengenggam kolar baju si gemuk.

“Hoi! Tak ada kerja ke? Hari-hari nak buli orang! Aku bagi tahu Cikgu Seman nanti, baru korang tahu!”, tempik seorang budak perempuan, membuatkan genggaman si botak berhenti sebelum sempat sampai di pipi si gemuk.

Si gemuk seolah-olah di awangan. Mana tidaknya, gadis yang namanya sering meniti di bibir pelajar-pelajar selama dia seminggu berada di sini, yang menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki berkasta tinggi (contohnya pengawas, pelajar cemerlang, pelajar berada) telah muncul nyata dihadapannya.

Bukan sekadar muncul, namun karakternya seperti srikandi dalam ini drama!

“Kau apa sibuk?! Karang dengan kau sekali aku cepuk!”, mahu tidak mahu sahaja suaranya keluar. Takut, malu, gembira.. semuanya bercampur baur.

“Buatlah kalau berani!” si perempuan sudah menyingsing lengan baju.

“Eh, takkan kau nak gaduh dengan dia kut? Jatuhlah saham kau! Bukan kau pun sama nak mengorat dia hari tu?”, bisik si botak berhidung kembang membuatkan ‘tyco’ si botak sedikit termenung. Beberapa saat kemudian, dia mengarahkan rakan sejenayahnya menarik penumbuknya.

“Kali ni aku lepaskan kau, tu pun sebab aku tak nak kecoh! Kalau kau buat perangai lagi, siap kau! Faham?!” Sempat ‘tyco’ si botak menolak bahu si gemuk.

Mereka beredar dari tempat kejadian, sambil memandang tajam ke arah si gemuk. Ibu jari si botak berhidung kembang merentas lehernya, amaran terakhir jika dia gagal mematuhi arahan lagi.

Si gadis menghampiri si gemuk. Siapa tidak kenal dengan si gadis ini. Walaupun baru darjah 5, namun peminatnya mengalahkan peserta Akademi Fantasia. Cantik, lagi pandai. Semua pelajar ingin mengenalinya, apatah lagi mendekatinya.

“Terima kasih sebab bantu saya. Saya pelajar baru di sini.. tak biasa lagi.”, tutur si gemuk penuh berbudi bahasa.

Siapa pula yang tidak kenal dengan pelajar baru ini. Walaupun baru darjah 6 dan baru mendaftar di sekolah ini kerana mengikut ayahnya yang baru berpindah ke daerah itu, namanya sering disebut-sebut kerana dia ialah anak orang berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience