BAB 3

Romance Completed 8171

“Jangan lupa karipap tu!” Luthfi hanya mengangguk sambil tersenyum.

Puas Aya menunggu. Namun, bukan sahaja bayang karipap, batang hidung Luthfi pun tidak kelihatan. Semasa dia melewati kelasnya untuk ke tandas, dia nampak Luthfi berseorangan sedang khusyuk menulis sesuatu di bukunya. Maknanya, Luthfi masih wujud. Fikirnya, Luthfi sudah serik dan berpindah sekolah. Muka Aya sudah memerah menahan kemarahan. Mungkir janji!

Luthfi mengesat airmatanya yang tidak henti mengalir. Siapa punya angkara ni?! Kenapa dia perlu terkurung di dalam stor sukan ni?! Seingatnya, tadi ada seorang budak lelaki datang kepadanya, mengatakn Cikgu Latipah ingin berjumpanya di stor sukan. Difikirnya pasti cikgu kesanyangannya itu mahu dia membantunya, kerana memang dia suka membantu Cikgu Latipah. Tapi, bila difikirkan balik, apa fungsinya cikgu Bahasa Melayu itu buat di stor sukan? Bukannya dia mengajar Pendidikan Jasmani pun?

Tidak sempat menjawab soalan yang sukar mengalahkan soalan matematik, dia tiba-tiba ditolak seseorang lalu pintu bilik itu ditutup rapat tanpa mampu dia membuka balik. Dengan perut yang tidak sempat diisi dan mengenangkan pelbagai cerita mistik di stor itu, membuatkan airmatanya memang tidak dapat ditahan.

“Tolonglah saya! Bukak la pintu ni! Saja janji akan buat apa saja!” Serak sudah suara Luthfi, memekik meminta bantuan. Namun, dia hanya menangkap suara halus ketawa di luar bilik, tanpa sedikit pun rasa bersalah membuatnya begini.

“Hei, apa kamu buat di sini?!”, pertanyaan itu membuatkan Luthfi terjaga dari lenanya. Digosok matanya dan kelihatan seorang guru pendidikan jasmani sedang mencangkuk menghadapnya.

“Awak ponteng, ya?!” Luthfi segera menggeleng. Diceritakan dari mula alkisahnya, namun ceritanya hanya jadi bahan jenaka saja.

“Aya cerita pada cikgu yang dia nak buka pintu bilik ni, tapi awak suruh dia pergi dan jangan kacau dia.. Apa cerita pulak tuh?!” Terbeliak mata Luthfi mendengarkan nama itu. Aya?

“Saya dikurung, cikgu!”

“Sudahlah Luthfi.. Sekarang awak ikut saya jumpa Cikgu Seman!”, mendengar nama itu membuatkan Luthfi sekali lagi rasa mahu pengsan. Dengan lemah longlai dia berjalan membuntuti cikgu muda itu. Saat dia mendongak, dia terpandang Aya dengan ibu jarinya diangkat. Sengihannya bersama jelirannya membuatkan Luthfi rasa mahu dimarahkan sahaja wajah cantik itu. Apa salah saya pada awak, Aya? Awak bukan bidadari saya! Awak bukan srikandi saya!

“Awak lempar batu, tapi sembunyi tangan!” Walaupun sakit hati dan kecewa, Luthfi mahu tahu keadaan sebenar. Oleh kerana itu, dengan hati yang sebal, dia berlari mengejar Aya masa pulang, berhadapan dengannya.

“Sebab kau mungkir janji!”dihamburkan rasa tidak puas hatinya pada Luthfi.

“Sebab itu je?” Aya menganguk.

“Dengan sebab itu juga lah saya dapat ini, tahu!” Luthfi menunjukkan tapak tangannya yang berbirat. 3 strikes! Denda ponteng kelas!

“Salah kau sendiri! Padan muka!” Aya mencebik.

“Dah lah, aku nak balik!” Aya berjalan meninggalkan Luthfi.

“Aya!” Automatik, Aya berhenti, namun lambat-lambat dia berpaling.

Luthfi berdiri di sebelahnya, mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah yang digalasnya.

“Untuk awak.. Maaf sebab lambat, sebab pagi tadi Cikgu Latipah panggil saya, tolong angkat buku. Terima kasih juga pasal semalam, selamatkan saya dari geng botak dan tumpangkan saya balik. Saya bukannya kacang yang lupakan kulit.” Bungkusan plastik itu beralih tangan. Luthfi melangkah meninggalkan Aya, namun Aya hanya mampu menelan air liur dan memandangnya pergi. Bersalahnya aku!

“Kawan-kawan! Beauty and the beast dah sampai!”, sorak kawan-kawan sekelas Aya apabila terpandangkan Aya dan Luthfi yang berjalan beriringan masuk ke perkarangan sekolah.

“Ish, kurang asam betullah mulut diaorang ni! Ada ke cakap kau ni beast! Nak kena ajar ni!”, Aya mengenggam penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience