BAB 11

Romance Completed 8172

“Kenapa awak rajin sangat kerja?”, tanya Luthfi sewaktu mereka berdua berteleku menghadap tasik. Kedengaran juga keriuhan kanak-kanak bermain di belakang mereka dan panorama senja di depan mata memang mengasyikan Aya. Bawah pokok itu memang menjadi tempatnya meluahkan segala rasa.

“Kan saya dah cakap.. saya nak cepat kaya!” Luthfi masih belum berpuas hati.

“Kenapa awak suka duduk kat sini?” Aya terus menghadap Luthfi yang masih berlagak bersahaja.

“Mana tuan tahu ni? Mesti tuan selalu intip saya, kan?” Luthfi sengih.

“Jawab lah soalan saya..” Aya mengalih pandangannya.

“Sebab.. tempat ni mengingatkan saya waktu kecil-kecil dulu..”

“.. dengan kawan awak yang sama nama dengan saya, ke?” Aya mengangguk dan senyum.

“Dekat padang sekolah rendah dulu, boleh tengok matahari terbenam. Cantik sangat. Kami selalu ke situ, biarpun dah sekolah menengah. Suara kanak-kanak kat belakang ni pun mengingatkan saya tentang dia. Sebab saya selalu teman dia duduk kat tepi padang, waktu orang lain main. Sebab dia tu gemuk, tak ada orang nak main bola dengan dia!” Aya gelak. Luthfi tumpang sekali.

“Saya selalu ke sini. Saya pun rindu zaman sekolah saya. . Tu yang perasan awak kat sini..”

“Ye lah tu!” Aya mencebik.

“Em.. spy awak pun ye jugak. Takut awak jatuh motor lagi. Nanti tak pasal saya kena bayar lagi!” Aya memukul Luthfi. Saja mahu mengenakannya.

“Tangkai jering! Buat apa intip saya! Macam saya girlfriend tuan pulak!”

“Memang awak girlfriend saya pun!” Aya terdiam. Tapi dia buat-buat tidak faham.

“Ha’ah, kan. Saya memang kawan perempuan tuan, kan? Lain cerita pulak macam Sandra, Sally, Samantha, Suzy dan semua yang S-S tu!”

“Apa lain pulak, sama je.. awak Suraya!” Aya bangun sambil cekak pinggang. Geram cara majikannya bergurau.

“Dah lah, saya nak balik!”

“Apasal naik angin ni? Awak tak nak ke bercinta dengan saya? Sehidup semati dengan saya. Sampai hati awak!”

“Saya tak nak jadi koleksi album teman wanita, tuan!” kata Aya masih lagi berjalan meninggalkan Luthfi. Segera Luthfi bangun dan mengejarnya.

“Saya tak nak pun awak jadi koleksi semata. Saya akan buat satu album limited edition untuk awak seorang saja.”

“Tin kosong!” Aya melangkah makin laju.

“Macam mana kalau saya serius?” sempat Luthfi memegang hujung bajunya. Langkah Aya mati. Semati katanya. Semati fikirannya. Luthfi masih dibelakangnya. Permainan apakah lelaki ini tayangkan?

Belum sempat kata diatur, telefon bimbit Aya berbunyi. Luthfi merungkai erat tangannya pada Aya.

“Hello.. Ya, saya Suraya. Em.. Ha?! Apa?!” Aya terduduk mendengar perkhabaran itu. Airmata yang menitis membuatkan Luthfi disebelah turut dipaut rasa cemas.

“Kenapa ni?! Aya?” Luthfi menepuk-nepuk bahu Aya yang masih menangis.

Luthfi berlari mengikut rentak perjalanan Aya. Tidak banyak bicara yang keluar. Hanya yang sempat ditangkap pada pendengaran Luthfi, ibunya masuk hospital selepas dilapor jiran tidak sedarkan diri sewaktu datang menjenguknya di rumah. Sekarang, sedang nazak di unit rawatan rapi. Sampai di wad, Aya hanya berdiri di luar wad. Mengumpul sebanyak mana kekuatan untuk berdepan ibunya. Dia memandang Luthfi. Mungkin lelaki itu boleh memberinya keberanian dan ketabahan. Luthfi yang seolah mengerti, terus senyum lalu mengesat airmata yang deras mengalir dipipinya. Lirik matanya ditala ke dalam wad, menyuruh Aya masuk segera ke dalam. Aya mengangguk. Perbualan bisu menemani mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience