BAB 8

Romance Completed 8172

“Tahu sakit?! Saya terpekik-pekik panggil awak, awak boleh curi tulang kat sini?!”

“Bukan curi tulang pun! Saya tidur je kat sini! Takkan saya nak tidur dalam bilik tuan?! Masa rehat pun sekarang!”

“Masa rehat? Sekarang dah pukul 3!” Aya tergopoh-gopoh bangun.

“Minta maaf tuan! Jam saya mati!”

“Abu nawas!” Aya terkebil. Pulang paku buah keras!

Akibatnya, dia terpaksa mengambil tugas Lily, membuat salinan 16 jilid dokumen sebesar kamus! Jam sudah menginjak pukul 6, barulah dia keluar dari bangunan pejabat. Baru dia mahu menghidupkan enjin motornya, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang.

“Eh, tuan! Tuan nak culik saya ke?”

“Sebelum saya pulas telinga awak, baik awak diam!”

“Tapi, tuan.. saya dah lambat ni! Nanti tokey restoran marah saya pulak!”

“Nanti saya bayar hari kerja awak kat restoran tu hari ni!”

“Tapi, tuan nak bawak saya pergi mana nih?”

“Pergi nikah, nak?” Aya sudah senyum-senyum kambing.

“Hei, dah sampai depan tok kadi ke?” Aya cepat-cepat menggeleng, mengembalikannya ke alam nyata. Mereka sampai ke sebuah restoran.

“Duduk!” Aya akur.

“Nak buat apa sini?”

“Haa.. nak basuh kain sini!” Luthfi senyum bila Aya menarik muka masam.

“Makan lah cik adik sayang!” Aya tunduk. Malu dipanggil begitu.

“Kenapa tunduk? Suka saya panggil macam tu?”

“Tuan ni, pandai menanam tebu di bibir! Patut girlfriend ramai!”

“Girlfriend kan kawan perempuan, memang lah ramai. Tapi, yang istimewa tak ada lagi!” Aya mencebik. Dusta!

“Bila last awak makan? Tadi, rehat tak makan, kan? Sibuk membuta!” Aya melihat siling restoran. Baru teringat, patut lah perutnya berdondang sayang dari tadi. Tapi, dia sudah biasa begitu. Makan sekali sehari sahaja. Apa yang ajaibnya?

“Saya diet!”

“Sekeding pun nak diet?”

“Tuan pun sama!”

“Alamak, serupa lah pulak kita ni! Oklah tu, sepadan! Berjodoh agaknya!”

“Tuan ni mengada-ngada, macam kawan saya!”

“Awak ni kalau bercakap dengan saya, mesti nak padankan dengan kawan awak tu! Bagus sangat ke dia tu?” Aya diam sejenak, lalu menyambung.

“Dia kawan saya lah tuan, dunia akhirat! Tapi, saya tak tahu dia pergi mana sekarang. Dia merajuk sangat dengan saya..” Aya bersuara sayu, menambah minat Luthfi untuk menyelongkar ke lubuk hati Aya.

“Kenapa..?”

“Sebab saya dah hancurkan hati dia. Saya dah kecewakan dia. Saya dah hina dia.. Saya hina dia, yang ikhlas meluahkan isi hati dan perasaan dia pada saya.. Saya, saya tak sengaja. Saya terlalu ikutkan ego saya. Tapi, saya pun tak sanggup kehilangan seorang sahabat karib..” Keadaan hening. Masing-masing melayan perasaan. Aya masih menunduk. Airmatanya kian bergenang. Luthfi memandangnya, lama.

“Aya.. awak menyesal?” Cepat-cepat Aya mengangguk dan airmatanya menitis laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience