BAB 6

Romance Completed 8171

“Minta maaf..” kata Aya perlahan.

“Sebab?”

“Mandikan tuan dengan air bilasan lantai.”

“Maafkan.. em, tengoklah kalau ada masa. Awak ni banyak sangat kesalahan dengan saya..”

“Takkan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga?”

“Awak ingat kesalahan awak setitik ke? Sebaldi, tahu. Dahlah panggil saya abu nawas!”

“Dah tuan tak beritahu nama tuan!”

“Dah awak tak tanya!” Aya diam. Mati kata. Lelaki dihadapannya masih membelek borang jawatan kosong yang baru diisinya bersama fail sijilnya.

Lelaki dihadapannya menolak fail sijil hampir dengan Aya.

“Tiada jawatan yang sesuai dengan kelulusan awak.” Lelaki dihadapannya membuka fail kerjanya dan membiarkan Aya terkebil-kebil.

“Pintu keluar kat sebelah sana.”, telunjuk diluruskan sambil mata masih setia pada kandungan failnya.

“Paku dulang, paku serpih. Mengata orang dia yang lebih! Tuan ingat kesalahan tuan pada saya sebaldi ke? Setangki, tahu?! Menfitnah orang sampai saya kena pecat, menipu lagi! Tapi, tak pe lah. Saya tahu tuan ni bukannya spesis kacang yang lupakan kulit! Terima kasih!”, bebel Aya sambil berjalan ke pintu keluar bilik.

“Esok mula kerja. Datang pukul 8.30 pagi. Tepat! Tiba-tiba sayarasa penat dengan kerenah despatch saya tu, asyik ponteng kerja je.” Langkah Aya terhenti.

“Betul ke, tuan? Tuan nak suruh saya jadi despatch?”

“Kenapa, tak nak? Tulis pada form ada lesen motor?”

“Eh, nak.. nak! Memang cita-cita saya nak jadi posmen masa sekolah rendah. Despatch pun kira sama lah! Terima kasih tuan! Terima kasih..“

“..Nama saya Luthfi.” Keterujaan Aya terhenti. Lama dia memandang lelaki dihadapannya yang masih tekun meneliti kerja. Lama diam, membuatkan lelaki itu mendongak.

“Eh, awak apa masalah lagi nih?!”

“Apa.. nama.. tuan?”

“Luthfi! Luthfi Mohamad! Nak tengok ic ke?” Cepat-cepat Aya menggeleng. Senyuman diukir. Luthfi didepannya bukan Luthfi yang dikenalinya. Bukan Luthfi masa lampaunya. Bukan Luthfi, teman peribahasanya.

“Nama tuan mengingatkan saya pada seseorang. Tapi, tak mungkin tuan dan dia adalah orang yang sama..”, bisiknya, tapi masih ditangkap pada pendengaran Luthfi.

“Kenapa, sebab saya hensem ke?” Aya memandang Luthfi yang masih tidak bertentang mata dengannya. Aya menjeleng, sambil melangkah keluar.

“Muka tembok!”, bisiknya.

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar! Datang lambat si muka tembok ni potong gaji awak!”, pekik Luthfi masih bersahaja.

“Telinga lintah!!” Pintu dihempas membuatkan staf yang lain memandang ke arah Aya. Aya hanya sengih sambil berjengkit-jengkit keluar.

Baru sehari bekerja, terasa seperti sudah sebulan kerja. Mahu mengeluh, takut dikatakan tidak beretika oleh majikannya.

“Aik, tuan.. photostat pun bidang kerja despatch ke?” Luthfi meletakkan pennya dan menumpu perhatian kepada gadis didepannya.

“Kenapa, tak boleh buat ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience