BAB 7

Romance Completed 8171

“Eh, boleh! Siapa cakap tak boleh! Tapi, kena bayar gaji saya lebih la bulan nih. Tuan, mana ada benda percuma dalam hidup!”

“Banyak cantik muka awak! Kerja tak sampai sehari, ada hati nak duit lebih! Dah, ambilkan kopi untuk saya! Haus saya bercakap dengan awak ni!” Aya membulatkan mata.

“Ini sudah lebih!” Aya seraya menepuk meja. Luthfi menjungkitkan keningnya.

“Saya bos ke awak bos?!” Aya baru tersedar yang dia kini berhadapan dengan bosnya, bukan dengan Luthfi, rakan sekolahnya dulu yang sentiasa menurut semua kerenahnya.

“Opss.. sorry! Semestinya lah tuan yang baik hati dan kacak ni bos saya!” Aya tersengih-sengih.

“Tahu pun! Apa lagi, cepat lah buat kerja!” Luthfi tunduk, dan seusai Aya keluar dari biliknya, dia senyum sambil menggeleng kepalanya.

Aya mengelap meja makan, selepas pelanggan meninggalkan tempat dan membuat pembayaran. Selesai, dia kembali kepada Sara, menemaninya makan di satu sudut restoran.

“Macam – macam dia suruh aku buat! Aku rasa tak lama lagi, aku boleh jadi CEO kat situ!” Sara tergelak. Macam tidak kenal rakannya yang dikenali sewaktu sama-sama mencari rezeki 2 tahun dulu. Kalau bab cerita, mesti nak berlebih-lebih.

“Kau tahu, kalau aku bercakap dengan dia, aku rasa macam dia Luthfi yang aku kenal. Tapi, aku tahu semua tu mustahil!”

“Aya, mana tahu dia buat plastic surgery?!”

“Tapi, takkan lah sampai hensem tahap meleleh macam tu?!” Sara mengangguk-anguk, mengiakan kata-kata Aya. Panggilan dari tokey kedai membuatkan Aya segera berlari mendapatkan meja yang didatangi pelanggan.

“Makan apa, encik?” Aya menunduk menulis sesuatu di buku notanya.

“Nak makan awak, boleh?” Aya mendongak. Luthfi tersengih-sengih bersama seorang wanita berambut perang disebelahnya.

“You ni, ada-ada je! Nampak sangat you ni memang gatal, depan I pun ada hati main mata dengan orang lain!” , gadis disebelah kian mencemburui gurauan Luthfi. Aya membalas senyuman.

“Kalau nak makan saya, tak ada orang lah pulak nak hantar surat tuan!”

“You, ni staff I lah..”, terang Luthfi pada gadis disebelahnya, menampakkan muka lega gadis itu.

“Sally.”

“Aya.” Mereka bersalaman. Nampak gedik, tapi peramah orangnya.

“Kerja sini?” Aya mengangguk, menjawab soalan majikannya.

“Siang malam kerja. Rajinnya.. tak cukup ke gaji saya bagi?” Aya geleng.

“Saya nak kaya cepat. Nak lagi kaya dari tuan!” Mereka tergelak. Aya hanya senyum, sambil otaknya ligat membuat tanggapan mengenai bos yang baru dikenalinya sehari. Miang rupanya!

“Kerja baik-baik. Balik, terus tidur. Esok boleh bangun awal, boleh datang kerja tepat masa!” Sempat Luthfi berpesan, sambil mengenyitkan mata kepada Aya. Walaupun terkejut, Aya hanya mengangguk seperti burung belatuk.

Dari pagi Aya keluar menghantar surat dan bila dia balik ke pejabat, terus dia dipanggil Luthfi untuk menyusun fail di dalam biliknya. Tiba waktu rehat, cepat-cepat dia keluar dari bilik Luthfi. Bergegas ke stor, menyusun kotak, menepuk-nepuk sedikit dan mengiring untuk melelapkan mata.

Rasanya baru beberapa minit bermimpi, dia terjaga bila telinganya rasa perit.

“Aduh!” Luhtfi dengan muka nakalnya sedang memulas telinga Aya, seperti seorang guru displin sedang mendenda pelajarnya.

“Sakitlah, tuan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience