BAB 5

Romance Completed 8171

Aya masih mencangkung di tangga belakang bangunan, padahal waktu bekerjanya sudah hampir tamat. Keterujaannya untuk pulang terbantut mengenangkan kata muktamad dari penyelianya tadi. Dia diberhentikan kerja 24 jam gara-gara aduan dari salah seorang pelawat bangunan itu yang mengatakan Aya mengherdiknya. Hatinya kian panas. Telinganya rasa berdesing.

“Cik adik..” Aya mendongak. Orang ini! Orang ini yang sakit jiwa ini lah yang menabur pasir dalam periuk nasinya.

“Abu nawas!!” Seraya itu, Aya mengambil baldi yang berisi bilasan air mop kotor di tepinya lalu disimbah kepada lelaki dihadapannya. Sara yang baru sampai ke tempat itu turut terkejut dengan tindakan Aya.

“Aya! Apa kau buat ni?!”

“Sara.. monyet ni lah yang report pada supervisor kita sampai aku kena berhenti, tahu!” Aya mencampakkan baldi ke tepi.

“Tapi kalau ya pun, takkan lah sampai kau simbah dia! Renjis cukuplah! Hensem tu!”

“Ahh! Peduli aku! Puas hati aku!”

Sara mendapatkan lelaki tadi yang masih kaku di sebelah.

“Maafkan saya encik atas keterlampauan sahabat saya ni. Mintak maaf, ya?”

“Cik.. bila saya mengadu pada pihak atasan tentang kegiatan tidak bermoral cik ni, niat saya hanya mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk tempat ini, tapi tak sangka sampai dia kena fired. Jadi, saya datang sekarang dengan niat nak pelawa cik ni kerja dengan syarikat bos saya. Saya nak tebus kesalahan saya, dan rasa bersalah saya. Tak sangka ini yang saya dapat. Tapi, tak pelah, terima kasih sebab simbah saya.” Lelaki itu melangkah beberapa tapak, tetapi berhenti.

“Saya cuma nak buktikan yang saya bukannya jenis kacang lupakan kulit.” Dia berjalan laju semula selepas menuturkan penyataan itu.

Aya memandang lelaki tadi, waktu dia sudah membelakangkannya.

“Aya, kesian pulak aku tengok abu nawas kau tu.. Baik kau jumpa supervisor, tanya alamat syarikat dia. Mana tahu kau dapat kerja lagi bagus dari sini ke?”, Sara memberi cadangan. Aya masih diam. Dirinya sudah berada 10 tahun lepas.

“Kacang lupakan kulit? Aku kah tu?”

Aya tercegat-cegat memandang sekeliling. Syarikat sudah jumpa, tapi silap dia tidak bertanya nama si abu nawas itu. Terpaksalah dia duduk sambil menunggu seorang demi seorang pekerja yang masuk ke dalam syarikat itu.

“Selamat pagi, tuan,” sapa gadis di kaunter pertanyaan sewaktu Aya masih ralit membaca suratkhabar berbahasa inggeris (padahal tengok gambar je, tak faham!).

“Selamat pagi. Tunggu siapa tu?”, Aya hanya mendengar, pasti soalan itu ditujukan bermotifkan dirinya.

“Em.. minta maaf, tuan. Tapi, dia cakap dia nak jumpa abu nawas!” Aya menurunkan suratkhabar, menampakkan matanya sahaja. Dua pasang mata sedang memerhatinya. Tatkala memandang wajah lelaki yang dicarinya, matanya membulat dan suratkhabar diturunkan sepenuhnya.

“Haa.. dia nilah abu nawas yang dicari!” Aya lantas memekik, membuatkan gadis dihadapannya hampir tergelak. Namun, ditahan memandangkan wajah serius bosnya. Aya masih tersengih-sengih. Lelaki itu tidak bereaksi.

“Lily, bagi dia borang mintak kerja. Lepas tu suruh dia masuk bilik saya,” arahnya lalu berjalan meninggalkan Aya terpinga-pinga. Aya mendapatkan gadis yang dipanggil Lily.

“Kenapa tu, sakit perut ke?” tanya Aya, separuh berbisik.

“Cik, abu nawas cik tu, bos kami semua!”

“Haa?!”

“Ya.. saya bos kat sini, ada masalah ke cik Suraya?”, kata lelaki itu sebaik sahaja Aya duduk menghadapnya. Aya sengih sambil menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience