BAB 12

Romance Completed 8171

“Mak..” Ibunya membuka mata. Alat bantuan pernafasan dialihkan, memberi ruang untuk berbicara.

“Maafkan mak, sebab susahkan Aya. Mak janji tak akan susahkan Aya lagi..” Aya tidak dapat menahan airmatanya.

“Jangan cakap macam tu, mak. Aya sayangkan mak. Mak tak pernah susahkan Aya. Aya yang selalu susahkan mak. .” Tangan Aya dipegang.

“Aya.. Aya anak mak yang mak sayang sangat. Terima kasih sebab sudi menjadi susah dan senang bersama mak dan ayah. Menumpang kasih kami yang tak ada sesiapa lagi di dunia ni, walaupun kami cuma mak ayah angkat Aya. Mak rasa, dah tiba masa mak ikut jejak ayah..”

“.. mak! Jangan cakap macam tu! Mak dan ayah tetap mak dan ayah Aya! Aya sayang mak, jangan tinggalkan Aya! Aya dah tak ada sesiapa lagi, mak!”

“.. jangan lupa, Aya ada Allah. Allah yang selalu menemani kita walau macam mana keadaan kita. Dah tiba masanya juga Aya cari mak ayah kandung Aya macam mak pesan dari dulu lagi. Cari Puan Syarifah tu. Cari kakak Aya, Suhana. Bukan nak menumpang senang mereka. Cuma nak tebus kesilapan mak dan ayah yang ambil Aya dari mereka..” Aya tunduk dan menyembamkan mukanya dalam pelukan ibunya. Tangisan masih tidak dapat dihentikan.

“Ingat Aya.. janji dengan mak Aya. Aya tunaikan lah permintaan mak dan ayah ni..” Aya mengangguk laju.

Luhtfi meraut mukanya. Apa yang ditangkap dipendengarannya daripada jiran-jiran Aya yang berada di situ, betul-betul menformat semula takrifan Aya dalam hidupnya. Aya, anak angkat yang sudi bekerja siang dan malam demi membayar kos rawatan ibu angkatnya yang menghidap barah payudara. Patutlah kerja siang malam tapi tak kaya-kaya!

Pusara yang masih merah tanahnya dipandang lama. Sudah seminggu ibunya meninggalkannya, dan seminggu jugalah Aya berulang alik ke situ, tanpa mempedulikan hal kerja. Selesai membacakan surah Yaasin, dia memegang nisan ibunya yang disemadikan di sebelah pusara ayah angkatnya. Teringat pesan ibunya, membuatkan airmatanya kian galak menitis. Belum sampai beberapa langkah dari situ, dia disapa seseorang. Mukanya yang sembab diangkat.

“Tuan..” Luthfi senyum sekilas.

“Takziah.. Maaflah, baru hari ni sempat datang menjenguk.” Aya mengangguk. Faham kesibukan majikannya.

“Saya minta maaf. Tak dapat datang kerja lama. Mungkin, tak dapat datang terus, kut..”, katanya perlahan. Luthfi terkejut.

“Kenapa? Dah putus asa hidup? Mana pergi Aya saya yang begitu kuat semangat dan rajin dulu?!” Aya geleng kepala lagi dan terusan menangis.

“Tuan.. putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu!”

“Tapi, patah tumbuh, hilang berganti! Saya ada, Aya..” Aya diam. Sendunya terhenti.

“Aya.. saya tak pernah main-main dengan apa yang saya cakap pada awak hari tu. Saya bersedia menerima siapa saja awak asalkan awak ada dihati saya..” Aya mengimbau kembali kata-kata Luthfi pada kali terakhir dia berjumpa. Dadanya sesak. Seriuskah dia?

“Tuan, rasanya tak sesuai untuk bincang semua ni sekarang. Saya tak rasa saya boleh terima tuan.” Luthfi menghela nafas berat.

“Ambillah sebanyak masa pun awak mahu. Saya cuma nak awak tahu, saya sentiasa ada untuk diri awak. Bagilah peluang pada diri saya. Saya yakin dengan apa yang saya rasa. Saya yakin awak pun sama.” Aya masih kaku memandang bumi. Keliru. Melihat reaksi Aya, Luthfi lantas berpaling meninggalkannya. Membiarkan Aya memikirkan sedalam-dalamnya.

Walaupun dia tidak pasti dengan pilihannya, dia akur dengan nasihat Sara yang mahu dia bekerja semula untuk terus hidup. Sekurang-kurangnya, dengan bekerja dia dapat melupakan sebentar kerinduannya kepada ibu dan ayahnya. Tentang Luthfi, Sara memihak kepada majikannya itu. Beri peluang dan ruang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience