BAB 4

Romance Completed 8171

“Biarlah, Aya. Mulut tempayan pun susah nak ditutup, ini kan mulut manusia.. nanti dah penat, diaorang diamlah..”, halang Luthfi.

“Apasal kau nak halang aku ni? Mesti kau dah tak mahu bayar duit perlindungan kat aku, kan? Kan?!” Luthfi menyeringai sengih.

“Bukan macam tu.. Tapi, saya tak kisah diaorang panggil saya beast. Kalau awak marah diaorang, nanti diaorang tak ada lah panggil awak the beauty.. ye tak?” Kata-kata Luthfi membuatkan Aya memandang ke langit. Betul jugak! Sudahnya, mereka pekakkan sahaja telinga.

Sebab karipap, mereka menjadi kawan baik. Luthfi tidak menyangka pertemuan Aya dengannya pada keesokkan paginya adalah untuk meminta maaf mengenai ketelanjuran katanya semalam. Hati yang panas, boleh mencair hanya mendengar kata maaf sahaja keluar dari bibir manis Aya.

Terpatri janji yang Aya tidak akan mengulangi kesilapannya, namun Luthfi perlu berjanji menjadi bodyguard Aya, begitu juga Aya. Cuma, prinsip hidup Aya yang tidak berubah. Ini Aya, ok? Mana ada benda percuma dalam hidup!

“Aya..saya..”

“Kau ni kenapa?! Dari tadi kau duk saya.. saya! Cakap lah cepat! Aku nak masuk kelas ni! Kau tu lainlah! Honeymoon year dah! Aku ni nak ambil periksa tahun ni!” Aya mencekak pinggang sambil Luthfi duduk di bangku sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Saya.. saya..”

“Cepatlah!” Aya menepuk meja.

“..Saya suka awak!” Mencerlung mata Aya. Diam. Luthfi masih menunggu kata balas dari Aya. Mungkin Aya masih kabur-kabur dengan maksudnya.

“Bukan suka-suka biasa.. Cinta. Saya cinta awak..” Aya gelak. Ketawa seperti sedang menonton jenaka yang maha kelakar. Sambil perut ditekan dan mata berair.

“Kenapa?” Dahi Luthfi semakin berlipat.

“Luthfi, kita boleh jadi sahabat saja, sampai bila-bila. Hakikat tu tak boleh berubah! Kita, tak macam pinang dibelah dua lah kalau bercinta! Walaupun aku berlagak kaya dengan mengepau duit orang dan tak sekaya kau, tapi kau tak sekacak untuk bersama dengan secantik seperti aku, faham? Kita memang beauty and the beast! Dongeng yang tak mungkin jadi kenyataan!” Luthfi terkedu. Tiada respons. Hanya tunduk memandang bumi. Tidak mampu untuk mendongak untuk memandang gadis didepannya.

Aya menapak meninggalkan Luthfi. Dia berhenti, sambil berpesan.

“Enggang sama enggang, pipit sama pipit lah! Dalam ini cerita, aku enggang!”

“Hoi! Kau tak nampak ke aku baru je mop tempat tu?!” Tempik Aya sebaik saja lelaki yang berpakaian kemas siap dengan tali leher tu menapak lima langkah di depannya.

“Dah lah kaki tu pijak najis mughalazah mana entah! Habis kotor balik! Kau nak tolong aku mop balik ke?!” Aya masih mencekak pinggang. Lelaki itu yang mulanya mahu memasuki lif, membatalkan niatnya dan menghadap Aya.

“Cik adik yang manis bahasa dan sopan santun, cik adik tak letak pun papan tanda lantai basah. Saya juga yang salah ke?”, perli lelaki itu sambil senyum.

“Muka je kacak, tapi otak udang! Takkan tak nampak lantai ni basah?! Mata letak kaki lah! Dah lah, sana.. sana!”, Aya menolak kaki lelaki tadi dengan batang mop. Lelaki tadi hanya menggeleng kepala.

Sara, rakan sekerjanya datang menghampiri.

“Aku rasa semalam pun orang ni juga yang buang sampah depan kau tu.. Aku rasa dia memang suka kena marah lah!”

“Eh, ye ke, Sara? Haa.. baru aku ingat! Minggu lepas, dialah yang masuk tandas lelaki masa aku tengah bersihkan tu! Padahal aku dah letak papan tanda kat pintu masuk. Aku rasa dia ni mental lah!”

“Kesian..” Sara mengeleng-gelengkan kepalanya. Simpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience