BAB 10

Romance Completed 8172

“Not in service.” Bukan jawapan yang Luthfi kehendaki. Luthfi makin mundar mandir. Lily sudah penat mendail dan menggeleng.

“Tuan, saya.. tak sedap hati.” Lily terus terang.

“Kenapa?”

“Dia ada cakap, dia.. dia lupa bawak baju hujan. Dia tak boleh kena hujan. Tadi, dia bising-bising sebelum keluar.” Penjelasan Lily makin mengundahkan perasaan Luthfi. Rasa bersalah semakin menghantui dirinya. Apa-apa terjadi kepada Aya, dia tidak mungkin dapat memaafkan dirinya.

“Em.. macam ni. Awak tahu alamat dia pergi tadi?” Lily mengangguk dan segera memberikan alamat tersebut kepada Luthfi. Bergegas jugalah Luthfi berkejar ke alamat tadi. 25 minit perjalanan, hujan masih setia mencurah sewaktu dia sampai ke alamat yang Lily berikan. Kaunter pertanyaan ditujunya, bertanya jika ada seorang despatch perempuan datang ke mari.

“Lah, encik.. lepas hantar surat kat sini, budak tu lah yang accident kat depan jalan besar tadi.” Seolah mahu gugur jantung Luthfi mendengar perkhabaran gadis bertudung tadi. Tambah mengukuhkan dakwaan dengan anggukan beberapa orang staf disebelahnya. Sempat mereka bercerita, daripada saksi yang mengatakan motor yang ditunggangnya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Bekejar pula Luthfi ke hospital yang dimaksudkan. Bertanya pada jururawat bertugas, dan berlari ke wad yang ditunjukkan. Airmata menitis tidak perlu diminta bila mana melihat keadaan Aya yang berbalut dikepala dan kaki kirinya. Kata doktor, lukanya tidak begitu parah, tapi dia masih perlu menjalani rawatan rapi di hospital.

“Aya.. maafkan saya…” Luthfi mengusap kepala Aya yang masih dalam keadaan tidak sedar. Namun, esakkan Luthfi menyedarkan Aya dari lenanya.

“Tuan..,” panggil Aya, perlahan. Luthfi masih menunduk.

“Tuan.. jangan lah sedih. Saya hidup lagi ni. Saya takkan tinggalkan tuan selagi tuan tak bayar gaji saya double!” Luthfi tergelak, tapi tangisnya masih bersisa dan masih menunduk.

“Maafkan saya..”

“Tuan, pesal nak minta maaf? Saya yang terhuyu-hayang bawa motor tadi. Patutnya saya dah tahu tak larat, saya berhenti je dulu. Ni tak, saya degil..”

“.. tak sabar nak balik office sebab nak jumpa saya, kan?” Mereka sama-sama gelak.

“Aya cik adik sayang..” Aya hanya mengangguk dipanggil begitu.

“Janji jangan buat saya risau lagi, ok?”

“Janji!” Jari kelengkengnya diangkat, dan dipaut jari kelengkeng Luthfi.

“Pesal keluar cepat sangat?!”, marah Luthfi tatkala ternampak Aya sudah terpacak di pejabat pagi itu.

“Tuan ni, tanya pulak! Dah doktor bagi keluar awal!”

“Tipu, saya dah tanya doktor. Dia cakap awak patut keluar wad minggu depan!” Aya mengerut muka.

“Tak nak jumpa saya, cakap je lah! Saya dah cuti lama, dah hilang duit saya banyak! Motor pun dah rosak, tu semua kena guna fulus! Dah lah, saya sambung kerja!” Aya berpaling dari Luthfi yang tegak di depan pintu biliknya.

“Motor saya dah upah orang suruh baiki! Lain kali bawak motor baik-baik! Malang tak berbau!”, kata Luthfi sekilas dan masuk ke biliknya. Aya senyum lantas berpaling menghadapnya. Tapi, pintu sudah ditutup. Segera Aya mendekatkan mulutnya dicelah daun pintu.

“Terima kasih daun keladi! Nanti nak lagi! Tuan sangat baik hati dan kacak!”, pekiknya tanpa membuka pintu. Semua staf memandang perilakunya. Namun dia hanya tersengih. Majikan mereka memang seorang yang sporting!

Bagai isi dengan kuku. Itulah yang dijolokkan staf-staf pejabat setiap kali ternampak Luthfi dan Aya berdua. Akrab walaupun selalu bertikam lidah mengenai pelbagai perkara. Paling mengharukan Aya, semasa dia berada di hospital bosnya selalu menjenguknya. Bosnya itulah yang sering datang bersama senyuman dan jika dia tidak dapat hadir, jambangan bunga yang akan menggantikan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience