BAB 9

Romance Completed 8171

“Mesti dia dah benci saya. Mesti dia dah tak mahu jumpa saya..”

“Aya..” Aya masih menunduk, masih malu bertentang mata dengan majikannya bila airmata sudah menghiasi wajahnya.

“Aya cik adik sayang..

“ Aya masih membisu.

“Saya percaya kawan awak tu dah maafkan awak, dan mesti ada sebab untuk dia jauhkan diri dari awak. Percaya lah cakap bos awak yang sama nama dengan kawan awak tu. Bos awak yang kacak ni, bukan setakat mulut manis, tapi mulut masin jugak tahu!” Aya gelak sambil mengesat saki airmata.

“Jom makan, saya belanja. Mesti awak ni lapar, sebab tu awak nak touching-touching segala nih!”

“Tuan belanja tahu! Jangan potong gaji saya sudah!”

“Ya lah!”

Waima betapa banyak sekalipun kerja yang Luthfi berikan kepada Aya, Aya menjalankan tanggungjawabnya dengan senang hati, kerana Luthfi sudah berjanji akan membayar gajinya lebih jika dia rajin. Luthfi mahu Aya berhenti kerja di kedai makan pada waktu malam, kerana katanya khuatir kerja sambilan akan memenatkan Aya sekaligus mengganggu masa kerja Aya di waktu siang. Tapi, kedegilan Aya yang tetap mahu bekerja sambilan dengan alasan sudah biasa membuatkan Luthfi mati kata.

“Tuan, motor saya tak ada atap!” Luthfi mengalihkan pandangannya dari laptop ke wajah Aya. Kening dikerutkan, minta Aya menjelaskan maksud tersiratnya. Nak beli kereta ke?

“Hujan kat luar, camane nak hantar surat tu. Dah lah jauh!” Luthfi menarik nafas. Ingatkan apa!

“Takkan awak ni spesis kambing kut?”

“Bukanlah.. tapi..”

“Abu nawas!” Aya menghentak kaki sambil mengerlingnya. Tidak suka dipanggil begitu.

“Ye lah, saya lah abu nawas! Puas?!” Sampul surat sebesar kertas A4 di atas meja Luthfi diambil kasar. Sempat dia mendengus kasar dan menghempas kuat pintu. Luthfi sekali lagi geleng kepala sambil sengih panjang. Suka mengusik Aya begitu. Suka melihat wajah Aya yang naif itu marah-marah dan merungut.

Luthfi menghenyak badannya di kerusi empuknya yang menghadap meja. Usai mesyuarat, terus dia kembali ke pejabat. Setengah jam menyiapkan kertas cadangan untuk dilanjutkan kepada pihak pemaju, dia teringat sesuatu. Aya! Mesti dia curi tulang lagi. Segera dia menjenguk ke stor. Tiada! Pantry. Tiada! Luthfi menggaru kepala.

“Lily.. Suraya mana?” Interkom ditekan di dalam biliknya. Tiba-tiba hatinya rasa tidak tenteram. Dia menjengah ke luar. Hujan masih lebat mencurah ke bumi. Drama Aya dan dirinya tadi tergambar di tubir mata.

“Maaf tuan. Dia tak balik dari pagi tadi.” Suara Lily membuatkan Luthfi menelan air liur. Jam dikerling. Pukul 3.55 petang.

“Lunch pun dia tak masuk office?”

“Tak tuan.”

“Cuba contact handphone dia. Sambungkan pada saya. Mana dia pergi ni? Saya nak minta dia hantar proposal saya ni.”

“Baik, tuan.” Klik. Talian mati. Lama dia menanti. Matanya asyik terencap pada telefon pejabat di tepinya. Hatinya dipaut resah. Segera dia melangkah keluar, mahu bersoal jawab sendiri dengan Lily.

“Macam mana, Lily?” Lily menggeleng.

“Tak dapat dihubungi..”

“Cuba lagi. Tak angkat ke enganged?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience