BAB 14

Romance Completed 8171

Malu dan kecewa. Dirinya terasa kerdil. Tidak mampu lagi berdiri di situ. Lantas, segera dia berlari keluar. Tapi, ditahan Luthfi. Mak cik Som hanya memerhati dari kejauhan.

“Ada apa datang?”

“Perlu ke aku beritahu?!”, pekiknya dalam sendu tangisan dan masih tidak mahu berdepan dengan Luthfi.

“Ikut suka awak lah.. Awak nak balik sangat kan? Haa, balik la sekarang!”, Luthfi menapak menjauhinya.

“Kenapa.. Kenapa kau buat aku macam ni? Sampai aku sanggup datang jumpa kau hari ni semata-mata sebab nak cakap aku cintakan kau?”, tanya Aya masih dalam posisi yang sama. Luthfi gelak sinis.

“Oh, dah jatuh cinta rupanya! Kiranya berhasil juga lah taktik saya sampai ada hati dah mencair. Ingat nak berterusan sampai hari akad nikah. Tapi, tak sangka pulak cerita ni cepat habis!” ketawanya basih berbaki. Aya menapak beberapa langkah ke depan. Tiada guna dia berada di situ lagi. Hanya menabur garam di luka yang parah.

“Senang je alasannya. Balas dendam. Saya nak awak rasa apa yang saya rasa dulu. Em, dalam ini cerita, rasanya sayalah enggang kut!” kata Luthfi dengan senyum sinis sambil mengimbau kenangan lampau.

Aya lantas berpaling menghampiri Luthfi lalu menamparnya.

“Kau kejam! Aku benci tengok kau! Kau lah orang yang aku paling menyesal berjumpa selama hayat aku dan jangan pernah muncul lagi dalam hidup aku!!” Aya berlari keluar dari rumah itu dengan deraian air mata. Luthfi memandang Aya pergi dari rumahnya sekaligus pergi dari hidupnya bersama mata yang berkaca. Dia menggeleng, meminta perasaannya tidak menganggu minda dan tindakannya. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam ruang rumahnya.

“Kenapa sanggup buat Aya macam tu, Luth? Bukan ke dah lama sangat Luth tunggu dia?” Mak cik Som inginkan penjelasan.

“Memang saya tunggu dia lama. Tunggu dia untuk saat ini lah..” Luthfi berjalan, namun mak cik Som memegang lengannya.

“Rasanya bukan itu niat sebenar kamu, kan?” Luthfi senyum pahit.

“Dah terlambat untuk segala-galanya..”

Aya masih berada di bawah pohon mengadap tasik. Surat perletakkan jawatan sudah diberikan kepada Lily untuk dilanjutkan kepada Luthfi. Baginya itulah jalan terbaik untuk dia dan Luthfi. Dia tidak bisa lagi bekerja dengan orang yang dibencinya. Pada Sara juga telah dicerikan hal sebenar. Sememangnya sahabat karibnya itu sendiri tidak pernah menyangka perkara sedemikian akan berlaku. Tegarnya lelaki itu mempermainkan Aya tatkala Aya benar-benar memerlukannya. Besar sangatkah dosa Aya kepadanya dulu?

Aya masih merenung lama gambar waktu kecilnya yang dipangku oleh ibunya. Betapa dia merindui saat itu. Jika diberi pilihan, dia mahu ibu dan ayahnya membawanya bersama ke tempat azali itu. Tapi, dia tidak upaya. Dia hanya mampu berserah pada Allah, semoga dikuatkan hati dan imannya menempuh dugaan ini.

“Aya..?” Panggil seseorang sambil menepuk lembut bahunya membuatkan Aya tersentak. Kalung milik ibu kandungnya yang diberi ibu angkatnya tercampak ke tanah lalu matanya dipalingkan kepada empunya suara di sisi. Wanita yang baru dijumpainya minggu lepas kembali menghiasi ruang penglihatannya, membawa bersama detik dukanya. Aya mengesat airmatanya bila wanita itu senyum lagi

“Mak cik Som? Macam mana boleh ada sini? Luthfi suruh datang ke?”, tanya Aya, masih terkejut. Mak cik Som menggeleng.

“Mak cik sendiri yang nak datang. Tak ada sesiapa yang suruh atau paksa. Cuma, Luthfi cakap dia suka datang sini. Jadi, hati tua mak cik cakap, mesti dia ada sebab untuk dia suka datang sini. Rupa-rupanya, ada orang juga yang suka benda yang sama..” Aya mencebik.

“Tak payah lah mak cik cakap pasal dia lagi. Tak ada guna dah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience