BAB 37

Drama Completed 71272

"Tyara bangun, Sayang Dah pukul tujuh ni.Lepas ni saya nak pergi seminar"dengar suara Tengku Kriz mengejutku.

Mata aku masih terkatup.Malasnya nak bangun dia rasa penat semacam.Bagilah dia tidur kejap.

"Tyara!"Terasa tubuhku digoncang sedikit.Kemudian dahiku disentuh.

"Tyara, Tyara demam ni.Tak payahlah keluar dengan Hana"

Aku terus buka mata.Nampak suaminya dengan kening berkerut sedikit.

"Mana boleh.Awak pergi seminar saya duduk sini.Bagilah saya keluar dengan Hana.Kalau macam ni baik saya tak payah ikut"

"Tapi Sayang demam ni.Berehat je la dalam bilik"nasihat Tengku Kriz.

Aku terus duduk dari pembaringan.Memang dia rasa penat tapi mungkin akan hilang lepas mandi nanti.

Tengku Kriz yang hanya memakai seluar slek hitam hitam itu dipandang.

"Tak nak saya nak keluar dengan Hana.Kesian Hana nanti"Aku berdegil.

"Tyara"

Kata-kata Tengku Kriz mati sebaik sahaja mendengar bunyi loceng ditekan dan pint diketuk beberapa kali.Kami sama-sama pandang pintu bilik.

"Kriz!!"Suara Lily.

Tengku Kriz mahu membuka pintu tapi dihalang oleh Tyara.

"Awak jangan nak buka pintu ya dengan tak pakai baju nanti makin gedik si Lily tengok badan awak"ucap Tyara sebelum bangun dari katil menuju ke pintu.

Tyara menyuruh Tengku Kriz masuk bilik air.Aku membuka pintu bilik, Lily dah terpacak dengan senyuman gediknya.Pagi-pagi lagi dah cari laki orang!.

"Apasal kau pagi-pagi buta sibuk dekat bilik orang?"soal Tyara sambil tangan menghalang pintu bilik.

"I cuma nak ajak Kriz breakfast sebelum dia pergi seminar"ucap Lily tanpa rasa serba salah langsung dia ada dekat depan matanya.

"Nope Kriz tidur lagi.You better breakfast sorang-sorang kot"ucap Tyara terus menutup pintu bilik kuat.

"Dia nak apa?"soal Tengku Kriz yang sedang menyarungkan kemejanya.

"Dia nak ajak awak pergi breakfast.Dia buta agaknya tak nampak Tyara ada sekali dengan Abang"

"Dah buat tak peduli aje"

*******

Kali ke berapa dia rasa dia bersin.Hana kat sebelah pun dah pandang semacam.Risau agaknya virus aku ni tersebar.

Turun dari bot semasa mengelilingi pulau tadi buatkan Tyara termuntah-muntah beberapa kali.Dia tak pasti mabuk laut ke atau badannya memang tak sihat.

"Weh Tyara muka kau pucat ni.Kau okey tak?"soal Hana yang risau.

Nasib mereka duduk di restoran memandangkan nak makan tengahari.Disamping itu dia nampak Tengku Kriz dan sekumpulan ahli perniagaan turut berada di tempat yang sama sedang makan tengahari rasanya.

"Aku okeylah.Entahlah aku rasa macam penat sangat badan ni.Macam bawa gajah Tau"

"Aku tengok Tengku Kriz dari tadi lagi perhatikan kau.Dia cari apa?"kata Hana.

Memang betul sangkaannya suaminya sedang memerhatikan dia.Aku tahu muka tu.Muka risau Tengku Kriz.

Yang paling aku sakit hati Lily turut ada dalam kalangan mereka.Sakit Hati aku dibuatnya.

Tengku Kriz ni tahulah nak rahsiakan pasal keadaan dia tapi dia biar je Lily tu ada sekali.Tak reti langsung nak tegas sikit.

Bencilah aku dahlah tak berapa sihat pastu stres dengan manusia.

"Hana....Aku tak selera nak makanlah.Lagipun seafood ni tak segar bau hanyir.Aku nak masuk bilik dululah"Akhirnya aku meminta diri.Aku bingkas bangun dari duduknya dan berjalan mahu ke bilik.Sambil tu aku memandang ke arah Tengku Kriz yang sedang berborak.

******

Aku mengatur langkah untuk ke bilikku.Lalu kaki lima ini agak sunyi.

Aku berjalan selaju mungkin.Dengan langkah terhuyung-hayang tiba-tiba tanganku direntap.Terus aku menjerit.

"Ni Abang sayang"

Aku tarik nafas lega.Tengku Kriz rupanya.

"Awak okay"

Aku buat tak peduli.

"Nak apa?"tangn disilang ke dada.Muka tidak bermaya.

"Nak pergi mana?"Tengku Kriz tidak menghiraukan soalanku tadi.

"Bilik"jawabku pendek.

Terasa dahiku disentuh oleh Tengku Kriz.

"Kepala awak panas"

"Nak masuk bilik rehat lah ni"

"Jom" sekali lagi tangan ku ditarik.

"Nak pergi mana?"

"Bilik kitalah"

"Eh awak ada seminar kan?. Awak kena pergi"

"Screw the talk"Mudah jawapannya.

"Nanti Lily cari awak pulak?"sinis suaraku.

"it's none of her business"

"Jom nanti sayang pengsan dekat sini"sambung Tengku Kriz.

*****
Pintu bilik dibuka, Tyara terus baring atas katil.Kepalanya berat sangat rasa mahu meletup.

Tengku Kriz mengambil alat kawalan jauh penghawa dingin dan memperlahankan sedikit suhu bilik.Dia membuka bagasinya dan mencari tuala kecil yang terselit dibalik bajunya.Lalu menuju ke bilik air dan dibasahkan sedikit.

Dia mengambil air mineral dan beberapa kelengkapan ubat yang ada.Lalu menuju ke katil tempat Tyara baring.

"Sayang...bangun kejap.Makan ubat ni"ucap Tengku Kriz menyandarkan tubuh Tyara.

Ubat dihulurkan pada Tyara dan air mineral diminum bagi melepaskan ubat ke dalam badan.

"Tadi Abang tengok sayang tak makan langsung.Kenapa?"soal Tengku Kriz menyelak rambut Tyara.

"Tak boleh nak masuklah.Seafood tu tak segar bau hanyir kuat sangat pening kepala"adu Tyara.

"Takpe nanti Abang order bubur untuk sayang"kata Tengku Kriz.

Tyara membaringkan badannya.Tuala yang dibasahkan oleh Tengku Kriz diletakkan dikepalanya.

"Awak tak pe kalau tak pergi seminar tu.Nanti apa pulak kata orang"ucap Tyara.

Tengku Kriz membuka butang kemejanya bahagian atas.

"it's okay sayang, Haziq ada dekat sana lagipun sekarang zaman canggih Abang boleh buka dekat google meet je"ucap Tengku Kriz mengambil komputer ribanya dan melabuhkan punggung di atas katil sebelah Tyara.

********

Hana duduk berseorangan di tepi pantai.Dia hanya memandang laut yang begitu tenang.

"Sorang je ke?"soal satu suara dari belakangnya.Dia menoleh kepala ke belakang.Lalu dia bingkas bangun dari duduknya.

Dia memandang lelaki itu yang mengenakan kemeja motif bunga dan seluar pendek beserta spek mata hitam.

"Kenapa saya tak boleh ada dekat sini?"soal lelaki itu.

"Tak maksud saya macamana Tengku Mateen boleh ada dekat sini?"soal Hana pelik.


Lelaki itu hanya tersenyum manis.

"Saya sampai malam tadi naik flight.Lagipun Haziq yang bagitahu korang ada dekat sini.Tu yang saya datang"ucap Tengku Mateen.

Hana menganggukkan kepala dengan perlahan.

"Kenapa awak duduk sorang? Mana Tyara?"soal Tengku Mateen.

"Ohh pagi tadi saya dengan Tyara dah jalan keliling Pulau.Tapi balik tadi Tyara tak sihat jadi dia balik bilik.Saya saja duduk sini"ucap Hana.

"Boleh saya join awak sekali?"ucap Tengku Mateen.

Hana menganggukkan kepala.

Tengku Mateen duduk disebelah Hana.

"Tengku datang sini Tengku Eliza tak marah ke?"soal Hana.

"Mummy?. Taklah Mummy saya bukan macam dulu dah.Sekarang saya dah besar saya boleh buat keputusan sendiri.Dia kena percaya pada kebolehan saya dan sokong saya"ceritanya.

Hana tersenyum manis.

"Maknanya Mummy Tengku lebih terbuka sekarang.Kalau macam tu Tengku dah boleh cari isteri memandangkan Mummy Tengku dah boleh terima semua keputusan Tengku"ucap Hana.

Tengku Mateen memandang wajah Hana yang memandangnya.

"Siapalah nak dengan saya ni?.Dekat pejabat semua orang kata saya ni sombonglah.Awak je bernasib baik kerja satu bumbung tapi tak pernah jumpa"ucap Tengku Mateen.

"Ya ke Tengku?.Saya selalu je jumpa Tengku.Tengku yang tak kenal saya"ucap Hana.

Hana bangkit dari duduknya dan berjalan ke pantai.Tengku Mateen berkerut seribu dahinya sambil menahan panas matahari.

********

Percutian ini betul-betul tak menyeronokkan Tyara.Bukan apa dia lebih banyak habiskan masa dekat bilik gara-gara tidak sihat.

Segala makanan yang dia makan semua keluar balik.Dia hanya mampu terbaring tidak mampu untuk buat apa-apa.

Bila dia rasa sihat dia keluar tapi bila balik je mesti dia penat sangat.Matanya hanya mahu tidur sepanjang hari.

Banyak kali Tengku Kriz memujuknya untuk ke klinik tapi dia tidak mahu.Esok merupakan hari terakhir mereka di Pulau Redang.Malam ini ada makan malam Tengku Kriz dan sekumpulan ahli perniagaan.

Tengku Kriz dah siap sedia baju untuk dia pakai malam ni.Tapi dia tidak tahu lagi kesihatannya mengizinkan atau tidak.Dia tak nak mengecewakan suaminya yang mahunya ikut malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience